RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 8 Julai 2008

Cinta Pertama 4

BAB 4

Malam itu, Hafifah membantu ibunya membuat biskut. Ibu Hafifah adalah seorang usahawan kedai biskut. Sebab itu la Hafifah banyak mempelajari biskut buatan dari ibunya.
HAFIFAH : (dalam hati) Kali ini nak buat biskut apa, ek? Haa… buat biskut coklat
dan kacang almond la!
Hafifah memasukkan bahan2 ke dalam mangkuk lantas di kacau sehingga sebati. Dia ralit membuat kerjanya sehingga lupa tentang ibunya di belakang.
IBU FIFA : Nak bagi boyfriend lagi, ke?
Hafifah terkejut.
HAFIFAH : Eh ibu ni! Terkejut Fifa. Nak tegur bagi la salam dulu.
IBU FIFA : Hai, anak ibu ni. Dari tadi ibu cakap dengan kamu. Langsung kamu tak
dengar? Mengelamun ke?
HAFIFAH : Alah, ibu. Fifa tengah memikirkan biskut apa yang Fifa nak buat
malam ni.
IBU FIFA : Fifa nak bagi kat boyfriend ek?
HAFIFAH : Takdelah! Fifa mana ada pakwe. Siapa la yang nak kat anak ibu ni…
(dalam hati) Aku memang tak lawa. Tapi aku akan berusaha.

***********************
Esoknya…
Di dewan latihan…
Hezriq cuba sedaya upaya mengawal langkah permainannya…
Dia harus melupakan soal hubungan dia dengan Sofia.. dan dia harus menitik beratkan soal perlawanan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dalam waktu yang sama, Hafifah setia menunggu Hezriq di luar padang. Dia menggenggam erat bungkusan biskut yang dibuatnya semalam. Dia tunduk mengeluh.
HAFIFAH : (dalam hati) Benarkah apa yang aku buat, ni?
Pada waktu yang sama Idham yang dalam perjalanan kembali ke padang ternampak kelibat Hafifah yang sedang duduk termenung panjang. Dia menggelengkan kepala lantas mendekati Hafifah.
IDHAM : Hai, Fifa?
Fifa terkejut..
HAFIFAH : Err…hai.
Idham duduk di sebelah Hafifah. Dia memandang bungkusan di tangan Hafifah.
IDHAM : Biskut lagi?
Hafifah hanya mengangguk lemah. Idham hanya mengeluh…
IDHAM : Takde gunanya ko cuba mengambil hati Hezriq. Cinta dia tetap pada
Sofia. Lupakan aje la niat kau tu.
Hafifah tetap diam membisu.
IDHAM : Aku tak faham… kenapa ko cuba untuk mengacau hidup orang lain?
Hezriq dah ada Sofia. Jangan la ganggu hidup mereka. Mereka dah…
Belum habis Idham berkata-kata Hafifah menghulurkan bungkusan itu kepada Idham. Idham memandang Hafifah.
HAFIFAH : Boleh tak ko bagi pada dia?
IDHAM : Boleh. Tapi….
HAFIFAH : Terima kasih.
Hafifah bangun dan terus meninggalkan Idham yang terpinga-pinga.
Tiba-tiba langkah Hafifah terhenti..
HAFIFAH : Tiada niat untuk aku merampas sesiapa. Niat aku hanya untuk
berkawan. Tapi kalau niat aku tu disalah ertikan, aku minta maaf.
Memang betul cakap kau! Aku ni suka cari masalah. Aku tahu dia
takkan terima biskut tu. Kalau kau nak, kau ambil la. Sekurang-
kurangnya aku menunjukkan keikhlasan aku untuk berkawan dengan
dia.
Hafifah berlari meninggalkan Idham. Dia menangis mengenangkan dirinya. Aku memang bodoh!

****************

Perlawanan berlangsung. Pasukan Hezriq sedaya upaya cuba menjaringkan gol buat pertama kali. Hezriq sebagai striker bertungkus lumus membawa bola dengan cermat mendekati ke kawasan gol tetapi nasibnya malang kerana dia dihalang oleh pasukan lawan. Hezriq tiada cara lain melainkan menendang bola ke arah Idham yang dari tadi menjerit memanggil namanya. Hafifah dan Mary menjerit memberi sokongan kepada pasukan sekolah.

Bola di tangan Idham. Dia mesti menjaringkan gol. Dengan cermat Idham cuba memberi tendangan yang padu ke arah gol dan…………….GOLLLLLL!!!! Cubaan pertama Idham berhasil akhirnya. Sorakan dari penonton dan pelukan dari kawan2 yang lain memberi semangat kepadanya. Hezriq mendekati Idham.
HEZRIQ : Bagus! Cubaan yang bagus!
Idham mengangguk. Dia gembira. Dia melihat kea rah penonton. Satu kepuasan buatnya apabila melihat penonton bersorak gembira.
Masing-masing kembali ke tempat mereka semula. Hezriq memandang ke arah penonton. Tidak kelihatan wajah gadis yang amat dia cintai. Dia kecewa. Spontan matanya melihat kearah Hafifah. Gadis itu bersemangat memberi sorakan.
HAFIFAH : Berusaha!!!! Berusaha, Eriq!!! Awak boleh!
Hezriq hanya tersenyum walaupun hatinya kecewa kerana Sofia tidak datang memberikan sokongan.
HEZRIQ : (dalam hati) Ah! Pedulikan! Aku mesti menang!
Hezriq menyimpan semangat.

************************

Pasukan futsal sekolah berjaya memasuki pusingan suku akhir dengan mata sebanyak 4-1 mengalahkan pasukan dari SMK Bukit Gantang. Jurulatih begitu bangga dengan usaha yang diberikan oleh pasukan sekolah.
JURULATIH : Tahniah kepada kamu semua. Inilah semangat yang saya harapkan!
Saya harap pasukan kita akan mara hingga ke perlawanan akhir dan
menjadi juara pada tahun ini!
PELATIH : (bersemangat) Ya!!!
Jurulatih Rahman mendekati Idham dan Hezriq.
JURULATIH : Bagus Idham! Ini cubaan pertama kamu. Sebelum ini kamu hanya menjadi defender dan saya dah dapat agak, kamu dapat mengawal bola dengan baik. Tak sia-sia saya menyuruh kamu menjadi striker untuk perlawanan kali ini. Bagus!
IDHAM : Terima kasih coach!
Jurulatih mengangguk.
JURULATIH : Kamu Hezriq. Pencapaian kamu juga agak membanggakan. Usaha lagi!
Hezriq mengangguk. Walaupun kali ini dia dan Idham menjaringkan mata yang sama, namun dia berpuas hati kerana dapat mengalahkan pihak lawan kali ini.
JURULATIH : Perlawanan suku akhir akan bermula esok. Saya harap kamu semua
berusaha. Semangat pasukan perlu ada dalam diri kamu! Ingat! Jangan
kita leka dengan kejayaan yang kita peroleh kerana musuh kita bila2
masa aje boleh jatuhkan kita! Faham!?
PELATIH : Faham, coach!!
JURULATIH : Baiklah! Kamu boleh bersurai.
Masing2 bersurai. Hezriq segera ke loker untuk mengambil bajunya. Ada misi yang perlu dia jalankan.
IDHAM : Kau nak kemana lepas, ni?
HEZRIQ : Aku nak pergi jumpa Piya.
Idham mengangguk.
IDHAM : Ha! Biskut yang Fifa bagi tu kau tak mahu, ke?
Hezriq memandang Idham. Dia tersenyum.
HEZRIQ : Kau ambil ajelah! Aku tak mahu.
IDHAM : Sayang! Cubalah rasa sikit. Sedap tau biskut yang dia buat.
HEZRIQ : Lain kali la! Aku dah lambat ni!
Hezriq segera berlari ke pintu keluar. Tiba-tiba dia menghentikan langkah. Dia menoleh semula.
HEZRIQ : Kalau ko jumpa dia, ucapkan terima kasih aku pada dia.
Idham hanya mengangguk. Hezriq hilang dari pandangan. Dia melihat bungkusan yang diberikan oleh Fifa tempohari. Seraya dia teringat kata2 gadis itu:
‘Tiada niat untuk aku merampas sesiapa. Niat aku hanya untuk berkawan. Tapi kalau niat aku tu disalah ertikan, aku minta maaf. Memang betul cakap kau! Aku ni suka cari masalah. Aku tahu dia takkan terima biskut tu. Kalau kau nak, kau ambil la. Sekurang-kurangnya aku menunjukkan keikhlasan aku untuk berkawan dengan dia’.
Idham tersenyum sendirian. Dia mengambil sekeping dan masuk ke dalam mulutnya. Rasa keenakkan biskut membuatkan dia kembali segar selepas penat bermain.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...