RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 31

BAB 31

Empat bulan kemudian..
‘Am.. aku ada berita baik nak bagitau kau..’
‘Berita baik? Berita pasal apa?’
‘Aku dapat surat dari Jepun. Aku dapat further study dekat sana’
‘Wah! Bagus la camtu. Omedeto gozaimasu! Tercapai juga impian kau. Universiti mana?’
‘Tohoku University. Aku gembira sangat-sangat ni. Papa dan mama aku pun tumpang gembira!’
‘Ye? Fifa tahu tak pasal, ni?’
‘Tak.. aku tak terfikir pun nak bagitau dia’
‘Kau masih marahkan dia lagi, ke?’
‘Entah la, Am. Aku rasa seolah-olah dia mainkan aku. Siapa yang tak marah bila cinta kita dipermainkan!’
‘Mana kau tahu dia mainkan perasaan kau?’
‘Aku tahu.. Dia sendiri mengaku. Dia menyayangi orang lain bukannya aku!’
‘Kau bagi la dia peluang ceritakan perkara yang sebenar..’
‘Rasanya tak perlu. Dia sendiri takde inisiatif nak mesej aku minta maaf. So aku rasa dia betul-betul dah buang aku jauh-jauh dari hidup dia.’
‘Kau rasa macam tu, ke?’
‘Am.. aku tahu niat baik kau, tu! Tapi aku betul-betul dah tawar hati. Dia dapat sambung belajar dekat USM, langsung dia tak contact aku. So, sekarang ni.. aku pun malas nk contact dia nak bagitau pasal ni.’
‘Hmm.. mungkin ada sebab. Bila kau nak berangkat?’
‘Maybe. Tapi takpe la.. aku doakan dia bahagia je. Aku maybe berangkat jumaat minggu ni. Tengah malam..’
‘Cepatnya!!? Tunggu la aku balik dulu hujung minggu ni..’
‘Lagi cepat lagi bagus, Am. Aku dah lama makan hati. Lagipun aku nak buat preparation dekat sana nanti.’
‘Makcik dengan Pakcik tak nak buat kenduri ke?’
‘Esok. Ajak jiran-jiran, je.. Mak kau pun jemput sekali’
‘Hmm.. good luck la kawan.. Nanti kat sana jangan lupa on YM. Boleh kita sembang macam selalu..’
‘Yups! Itu sudah semestinya. Nanti apa-apa hal.. aku email je kau..’
‘Hmm.. aku mesti rindu dekat kau, Eriq. Dari kecik kita tak pernah berpisah. Bila dah habis belajar ni masing-masing bawak haluan sendiri.’
‘Jangan risau, bro. Air dicincang takkan putus. Kita tetap sedara, kan? Ok la.. aku nak keluar kejap. Nak beli barang.. Nanti esok kita borak lagi.. Assalamualaikum..’
‘Ok.. waalaikumussalam..’

Idham mengeluh. Dia rasa serba salah sangat. Dia menatap setiap bait perbualannya bersama Eriq di dalam Yahoo Messenger. Fifa.. kenapa gadis itu jadi begitu? Hafifah betul-betul dah berubah.

*******************

HAFIFAH: Eriq dapat sambung belajar?
Idham mengangguk. Hafifah mengeluh. Dia tunduk membisu.
Hafifah dan Idham belajar di tempat yang sama walaupun berlainan universiti. Idham mengambil jurusan diploma in engineering di UiTM, Penang manakala Hafifah mengambil A Level dalam jurusan surgery di USM.
IDHAM: Kau tak nak wish good luck dekat dia, ke?
HAFIFAH: Aku masih takut nak mesej dia, Am. Aku rasa dia masih marahkan aku.
IDHAM: Dia dah tawar hati dengan kau.
HAFIFAH: Aku tahu.. kalau aku jadi dia pun aku akan fikir macam tu.
IDHAM: Kau masih sayangkan dia, ke?
Hafifah mengangguk..
HAFIFAH: Aku sendiri pun selalu salahkan diri aku. Sebenarnya aku masih sayangkan dia tapi.. kerana taksub aku pasal peristiwa dulu buat aku jadi seorang yang mementingkan diri.
IDHAM: So sekarang macam mana? Better kau mesej dia minta maaf.. Selagi dia ada di sini..
HAFIFAH: Aku tak boleh balik minggu ni, Am.. Ada appointment dengan orang mengenai project kelas aku.
IDHAM: So, just message him and say ‘Good Luck’!
HAFIFAH: Nanti aku fikirkan…

************
Hafifah membelek handphonenya. Perlukah dia mesej Eriq? Hampir dua bulan dia memendam rasa. Adakah lelaki itu dapat maafkan dia?
Aku mesti kuatkan semangat. As long dia tahu aku masih tetap sayangkan dia…

Punat keypad ditekan. Dia menaip sesuatu..
‘Assalamualaikum, Eriq.. Eriq apa khabar? Fifa harap Eriq sihat. Am ada bagitau Fifa yang Eriq dapat further study dekat Jepun. Tahniah! Maaf sebab Fifa tak dapat balik minggu ni. Fifa ada kerja’
Mesej send ditekan. Lima minit kemudian mesejnya berbunyi..
‘Waalaikumussalam. Eriq sihat. Fifa? Thanks sebab ucap tahniah. Takpe.. Eriq pun nak kena berangkat cepat. Doakan kejayaan Eriq, ye?’
Hafifah diam. Tiba-tiba dia rasa sedih sangat. Kalau la Eriq berada di hadapannya.. mahu sahaja dia memeluk lelaki itu erat-erat. Membuang segala sikap hipokritnya dan menyambung kembali rasa sayang mereka.
‘Eriq masih sayangkan Fifa? Fifa minta maaf sebab selama ni Fifa main-mainkan perasaan Eriq. Fifa nak Eriq tahu, Fifa sayang Eriq sangat-sangat… Fifa minta maaf sebab tak bagitau Eriq pasal Fifa dapat USM. Fifa pergi macam tu je. Tapi bukan niat Fifa, Eriq. Fifa takut Eriq masih marahkan Fifa. Ni pun Fifa kuatkan semangat mesej Eriq. Fifa minta maaf…’
Kali ini dia menulis panjang berjela. Dia mahu Eriq tahu yang dalam hatinya cuma ada lelaki itu sahaja. Tiada lagi Idham.. Hanya la Eriq.. Hafifah menunggu balasan dari Eriq..
Setengah jam berlalu namun satu balasan pun tidak diterima dari Eriq. Adakah lelaki itu tidak sudi menerima dirinya kembali?
Sah! Eriq tidak membalas mesej darinya.. tunggu punya tunggu.. sampai Fifa terlelap Eriq masih tidak membalas.. Lelaki itu dah buang dia jauh-jauh.. Fifa doakan Eriq berjaya.. Air mata tak putus-putus mengalir.. dia kecewa sangat. Dia memang tidak berguna! Dia pernah lukakan hati seseorang dan kini Tuhan kembali membalasnya. Takpe la, Eriq.. Fifa layak terima semua ini! Biarlah Fifa merana asalkan Eriq bahagia selamanya..

**************

Hezriq membaca balasan terakhir Hafifah. Dia sendiri tak tahu samada dia masih sayangkan gadis itu atau tidak. 4 bulan.. 4 bulan lamanya tanpa apa-apa berita. 4 bulan lamanya dia menderita. Usahlah kembali semula penderitaan ini. Biarlah Eriq pergi dengan tenang, Fifa.. Eriq tak mampu untuk ucapkan kata sayang pada Fifa. Cuma Eriq berdoa, andai kita masih ada jodoh.. Eriq akan sentiasa menyayangi Fifa.. Andai tidak, doa Eriq sentiasa mengiringi Fifa..

****************
Hezriq melihat tiket penerbangan di tangan. Masa sudah sampai.. Announcement telahpun berbunyi. Dia harus pergi.. Hezriq menoleh ke arah kedua ibu bapanya, Mak Idham dan juga Sofia.. Gadis itu tidak sambung belajar. Hanya bekerja sebagai promoter di Mall.

HEZRIQ: Eriq pergi dulu, ma.. pa..
Mereka mengangguk..
MAMA HEZRIQ: Belajar rajin-rajin. Selalu-selalu la mesej mama dan papa, ye?
Hezriq mengangguk.. Dia bersalam dan mencium kedua ibu bapanya.
PAPA HEZRIQ: Jaga diri baik-baik. Kalau sakit, pergi klinik. Mama dan papa takde kat sana, so take good care of yourself!
Hezriq mengangguk sekali lagi.
HEZRIQ: Doakan kejayaan Eriq, pa.. ma..
Hezriq mendekati Sofia dan Mak Idham..
MAK IDHAM: Take care, Eriq..
HEZRIQ: Thanks Mak Lang.. Kirimkan salam Eriq pada Am, ye?
Mak Idham mengangguk. Hezriq mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.
HEZRIQ: Tolong bagi surat ni pada Am.. Cakap kat dia, Eriq doakan kebahagiaan dia..
MAK IDHAM: Baiklah..
Hezriq mencium tangan Mak Idham. Kemudian dia mendekati Sofia dan keluarganya.
HEZRIQ: Piya sambung la belajar.. Sayang kalau belajar sampai SPM..
SOFIA: Baiklah! Piya akan sambung belajar. Eriq jaga diri tau.. Piya tentu akan rindukan Eriq nanti..
Hezriq hanya tersenyum..
HEZRIQ: Eriq pergi dulu…
MAMA HEZRIQ: Sampai sana call mama, ye?
Hezriq mengangguk.. dia menarik beg beroda dan menghala ke escalator. Dia melambaikan tangan sehingga bayangan keluarganya hilang dari pandangan. Dia pergi dengan dua harapan.. Pergi dengan harapan untuk melupakan Hafifah dan pulang dengan harapan menjadi seorang engineer yang berkaliber..

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...