RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 30

BAB 30

Hafifah menangis. Bungkusan biskut di hadapannya dipandang sayu. Hezriq pergi begitu sahaja tanpa mendengar dulu rintihannya. Dia tahu dia bersalah, dan dia cuba untuk menerima Hezriq semula. Tapi… Tiba-tiba…
Telefon bimbitnya berbunyi…
HAFIFAH: Am….
Baru sebentar tadi dia menghantar mesej kepada Idham.
IDHAM: Fifa, kenapa ni?
Hafifah masih lagi melayan tangisnya.
HAFIFAH: Am… Eriq…
IDHAM: Kenapa dengan Eriq, Fifa?
HAFIFAH: Eriq dah bencikan Fifa…!
Idham terkejut…
IDHAM: Apa maksud Fifa? Fifa kat mana, ni?
HAFIFAH: Kat Food Court, Mall…
IDHAM: Am ke sana kejap lagi. Fifa tunggu, ye?
Hafifah mengangguk…
HAFIFAH: Ya…
Handphone diletakkan. Hafifah mengesat air matanya. Dia masih belum boleh menghilangkan rasa kesalnya. Dia betul-betul menyesal. Kenapa dia perlu berterus-terang, kenapa tidak dia lupakan sahaja memori lama dan menerima Eriq seadanya?


Setengah jam kemudian Idham sampai ke Food Court, Mall. Idham berlari mendekati Hafifah yang sedang merintih kesedihan. Gadis itu masih lagi menangis.
IDHAM: Fifa? Kau ok, ke?
Hafifah memandang Idham. Air mata tetap turun dari tadi…
HAFIFAH: Aku bersalah, Am… Aku dah mainkan perasaan Eriq… Betul cakap Mary, aku memang kejam! Aku betul-betul pentingkan diri sendiri…!
IDHAM: Fifa, kenapa cakap macam, tu? Kau tak bersalah, Fifa. Ini semua takdir.
HAFIFAH: Eriq betul-betul dah bencikan aku, Am! Dia marah betul dengan aku…
IDHAM: Apa yang dah kau cakapkan pada dia?
Hafifah diam.
IDHAM: Kau cakap apa, Fifa?
HAFIFAH: Aku… aku cuma cakap yang aku akan belajar menyayangi dia. Aku sebenarnya sukakan seseorang…
Idham terkejut…
IDHAM: Kenapa kau cakap macam tu!?
HAFIFAH: Eriq perlu tahu, Am! Aku tak nak simpan rahsia ni lama-lama.
IDHAM: Tapi kalau kau simpan benda ni takkan tersebar.
HAFIFAH: Memang takkan tersebar tapi aku akan rasa bersalah.
Idham mengeluh…
IDHAM: Eriq marah sangat ke dengan kau?
HAFIFAH: Mungkin…
IDHAM: So kau nak buat macam mana?
HAFIFAH: Aku akan terima dia semula.
IDHAM: Kau perlukan pertolongan aku?
HAFIFAH: Tak perlu. Aku akan usahakan sendiri. Cuma satu aku nak tahu dari kau! Aku harap kau mengaku…
IDHAM: Apa dia?
HAFIFAH: Kau sukakan aku, tak?
Idham diam. Apa yang perlu dia cakapkan? Aku memang sukakan dia tapi…
IDHAM: Fifa, ini bukan masanya untuk aku beritahu kau isi hati aku…
HAFIFAH: Jadi kau sukakan aku?
Idham masih diam…
HAFIFAH: Kalau kau suka aku, adakah aku masih ada peluang untuk bertakhta dalam hati kau?
Idham tidak menjawab..
HAFIFAH: I’m waiting, Am…
IDHAM: Memang aku sukakan kau, Fifa…
Hafifah kembali tersenyum… apa yang diharapkan benar-benar berlaku..
IDHAM: Tapi…
Tapi apa?
IDHAM: Cinta kita cinta terhalang… Aku takkan khianati sepupu aku sendiri. Eriq bukan sahaja saudara aku malah dia sahabat baik aku sejak kecil! Aku harap kau faham…
Hafifah terdiam… bukan itu yang dia mahu… tapi… Hafifah mengeluh..
HAFIFAH: Jadi, aku memang takde harapan langsung?
IDHAM: Bukan takde harapan… tapi… biarlah Tuhan yang tentukan. Kalau kita ada jodoh, tak ke mana, kan?
HAFIFAH: Jangan berserah kalau kita tak usaha, Am. Aku yakin Eriq akan faham…
IDHAM: Tapi kau rasa dia akan faham bila benda ni jadi secara tiba-tiba?
Hafifah diam… Dia segera mencapai tangan Idham…
HAFIFAH: Aku tak kisah bila… tapi aku yakin, satu hari akan berlaku.
Idham menepis pegangan Hafifah..
IDHAM: Jangan jadi bodoh, Fifa! Itu takkan terjadi!! Walaupun aku sayangkan kau, tapi aku sayang Eriq lebih lagi…
HAFIFAH: Ammm…
IDHAM: Eriq sayangkan kau, jangan mainkan perasaan dia lagi! Aku harap sangat!
HAFIFAH: Tapi…
IDHAM: Berpijak pada bumi yang nyata, Fifa!! Kalau kau di tempat Eriq, kau tahu apa perasaan dia, bukan?
Hafifah diam…
IDHAM: Please!! I’m begging you.. Please don’t hurt him again!!
Hafifah memandang Idham…
IDHAM: Aku doakan korang berdua bahagia… Terimalah Eriq semula. Dia masih perlukan kau!
Hafifah tunduk membisu. Betul cakap Am… aku betul-betul selfish! I’m so sorry, Eriq…
Hafifah mengangkat mukanya dan tersenyum..
HAFIFAH: I will… but just need your wish to make me getting some happiness..
IDHAM: Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau dan Eriq…
Hafifah mengangguk… walaupun dia tak boleh nak terima tapi Eriq dah banyak berkorban untuk dirinya.Idham mengetap bibir. Dia tahu dia dah salah buat keputusan. Kalau boleh dia tak mahu lepaskan Fifa… dia sayangkan gadis itu sangat-sangat. Tapi, persahabatan lebih penting dari cinta. Biarlah dia aje yang berkorban. Kalau ada jodoh tak kemana, kan? Masing-masing melayan perasaan namun disebaliknya mereka tidak menyedari seseorang telah melihat segala-galanya…

1 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Bagusnya Am !
Berkorban dmi sahabat !
Ni baru nme shbt sjati !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...