RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 29

BAB 29

Hezriq menatap gambar Hafifah. Sungguh! Dia rindukan gadis itu yang ke 1000 kali. Dia masih tidak boleh melupakan Hafifah. Cintanya hanya untuk gadis itu. ‘Kenapa kau buat aku begini, Fifa?’ keluh dia dalam hati.


**************************

Dalam waktu yang sama, Idham juga terkenangkan memori mereka petang tadi. ‘Kenapa Fifa peluk aku, tadi?’ tanya dia dalam hati. Dia tahu, memang dia sayangkan gadis itu. Sayang yang teramat sangat tapi, dia tak sanggup untuk memusnahkan persahabatannya bersama Eriq hanya kerana Hafifah. Eriq… lelaki itu dah banyak merana. Idham mengeluh. Kenapa dia tidak boleh melupakan gadis itu? Ya Allah! Apa yang harus aku buat?

********************

Hafifah tersenyum di dalam bilik. Dia sendiri tidak percaya kenapa dia sanggup peluk Idham. Adakah dia dah mula sayangkan lelaki itu lebih dari Hezriq? Hezriq?? Hmmm… ‘Maafkan aku, Eriq…’ pintanya dalam hati. Siapakah yang harus aku pilih?

**********************

MARY: How dare you! Kau sanggup mainkan perasaan diorang berdua!?
Hafifah senyap. Dia tahu Mary tetap akan membangkang kata-katanya.
Mary mengerut dahi marah. Dia tak sangka Hafifah boleh jadi sebegini kejam.
MARY: Fifa, think about it! Kalau kau di pihak Hezriq, apa perasaan kau?
Hafifah tetap diam. Takde guna untuknya mempertahankan diri kerana dia tahu dia memang benar-benar bersalah.
MARY: Aku merayu sangat dengan kau, Fifa! Susah nak tengok Eriq tu bersungguh-sungguh dalam perkara macam ni. Dia betul-betul sayangkan kau! Sanggup ke kau nak mainkan perasaan dia?
HAFIFAH: Aku tahu aku bersalah, Mary… Aku tak boleh nak paksa diri aku.
MARY: Cinta boleh dipupuk, Fifa. Tapi persahabatan, once it’s broken… it will never fix!
Hafifah menatap wajah gadis itu…
MARY: Kau pernah beri cinta kau pada Eriq… Kau pernah bahagia dengannya bukan? Dan tak salah sekiranya kau beri peluang diri kau untuk menyayangi dia seperti dulu.
Hafifah mengeluh. Betul cakap Mary, tak salah sekiranya dia menerima Eriq semula. Dia pernah bahagia bersama Eriq… lelaki tu dah banyak terseksa demi dia. Tapi Idham? Ah! Am tak pernah janji apa-apa dengannya. Dan dia sendiri tak tahu samada lelaki itu sukakan dia ataupun hanya menganggap dirinya sebagai seorang kawan baik!


********************
HEZRIQ: Fifa!?
Petang itu Fifa membuat temujanji dengan Hezriq di Mall.
Hafifah memandang Eriq…dia tersenyum…
HEZRIQ: Baru sekarang Eriq dapat jumpa Fifa…
HAFIFAH: Kita pergi Food Court?
Hezriq mengangguk lantas mereka bergerak ke sana.

Sampai sahaja di Food Court, mereka mencari port berhampiran dengan cermin…
Hafifah menghulurkan sebungkus biskut buatannya untuk Hezriq…
HAFIFAH: Fifa buat untuk Eriq…
Hezriq gembira…
HEZRIQ: Thanks Fifa! Ingat juga Fifa dekat Eriq!
Hafifah tersenyum. Lelaki itu nampak betul-betul gembira. ‘Tak salah kalau aku menerimanya semula… lelaki ini pernah aku sayang dulu. Sayang yang teramat! Badannya kelihatan susut! Betulkah kau rindukan aku, Eriq?’
HEZRIQ: Fifa apa khabar?
HAFIFAH: Sihat. Eriq? Kenapa Eriq makin kurus?
Hezriq diam… dia tersenyum…
Hafifah mula rasa simpati dengan perubahan Hezriq. Dia mencapai tangan Eriq. Hezriq terkejut dengan sentuhan lembut dari tangan Hafifah.
Lelaki itu memandang Fifa…
HAFIFAH: Eriq masih sayangkan Fifa?
Lelaki itu mengangguk perlahan. Masih tidak berkata apa-apa.
HAFIFAH: Kalau Fifa minta maaf, macam mana?
Hezriq tidak memahami maksud Hafifah…
Hafifah tetap tersenyum. Genggaman tangan mereka semakin kuat.
HAFIFAH: Fifa nak kita go on balik.
Hezriq terkejut… begitu senang gadis itu berkata-kata…
HAFIFAH: Fifa tahu Fifa bersalah. Fifa ikut kata hati. Tapi percayalah! Fifa akan belajar menyayangi Eriq semula.
Hezriq sekali lagi terkejut…
HEZRIQ: Belajar menyayangi Eriq? Apa maksud Fifa?
HAFIFAH: Fifa pernah sayangkan seseorang. Dan Fifa ingat lelaki itu adalah Eriq… tapi sebenarnya bukan Eriq yang Fifa cari… tapi, bila Fifa fikirkan balik, Eriq dah banyak terseksa kerana Fifa. Fifa nak kita go on balik and mulakan hidup baru.
Hezriq melepaskan genggaman tangan mereka. Hafifah terkejut. Matanya menatap wajah lelaki itu..
Hezriq diam…
HAFIFAH: Eriq…?
HEZRIQ: Jadi selama ini Fifa tak pernah menyayangi Eriq?
Hafifah diam…
HEZRIQ: Jadi selama ini cinta Fifa hanyalah dusta semata-mata?
HAFIFAH: Eriq… bukan itu…
HEZRIQ: Siapa sebenarnya yang Fifa sayang!!?
Hafifah terdiam apabila Hezriq menengkingnya. Dia gugup. Hezriq tidak pernah meninggikan suaranya…
HEZRIQ: Cakap Fifa!!! Siapa!!!???
Semua mata yang berada di situ memandang ke arah mereka. Hafifah gugup…
HEZRIQ: Sampai hati Fifa mainkan perasaan Eriq macam ni! Apa Fifa ingat Eriq ni barang mainan ke? Kalau tak nak dibuang, kalau nak diambil… Eriq manusia, Fifa! Eriq ada perasaan!!!
Hafifah masih lagi diam membisu.
HEZRIQ: Eriq tak paksa Fifa untuk sayangkan Eriq… Eriq tak mahu seksa Fifa. Kalau selama ini Fifa mencintai orang lain, kenapa Eriq yang Fifa cari?
HAFIFAH: Eriq… sebenarnya ini semua salah faham…
Hezriq tersenyum sinis…
HEZRIQ: Salah faham!? Dan sekarang kenapa Fifa cari Eriq? Nak mainkan perasaan Eriq sekali lagi? Atau lelaki itu dah buang Fifa?
Hafifah terkejut. Tak sangka Eriq sanggup berkata sedemikian.
HEZRIQ: Eriq ni lelaki, Fifa. Ada sifat ego. Dulu memang Eriq sanggup buang sifat ego Eriq hanya kerana Fifa. Tapi sekarang Fifa dah cabar kesabaran Eriq! Kalau hanya menganggap Eriq sebagai Pak Sanggup... itu bukan Eriq!
Hezriq bangun dengan perasaan yang teramat marah. Dia meninggalkan gadis itu. Panggilan tidak dibalas. Hatinya benar-benar terluka! Memang dia sayang gadis itu, tapi kali ini dia tidak boleh terima. Fifa tidak pernah mencintainya selama ini. Gadis itu tidak pernah ada perasaan padanya. Apakah permainan yang sedang kau reka ni, Fifa?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...