RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 28

BAB 28

Idham memandang ke luar apabila kedengaran orang memberi salam. Dia terkejut bila melihat Hafifah berdiri di luar pagar sambil tangannya menjinjit sebuah bungkusan. Dia segera keluar dan membuka pintu pagar rumahnya.

IDHAM: Eh? Apa mimpi datang rumah aku, ni?
Hafifah tersengih…
HAFIFAH: Saje ziarah kau dengan makcik…
Mereka masuk ke dalam rumah…
IDHAM: Duduk la dulu. Aku panggil mak aku, ye?
HAFIFAH: Ok…
Hafifah duduk di sofa. Bungkusan di letakkan di atas meja…
IDHAM: Maaaakkk… ooo maaakkk… ni bakal menantu mak datang ni!!
Hafifah membuntangkan matanya. Idham hanya tersengih… Am.. Am… sempat pulak dia buat lawak tengah-tengahari buta macam ni.
MAK IDHAM: Siapa bakal menantu mak tu, Am?
Mak Idham keluar dari dapur dan dia terkejut dengan kedatangan Hafifah…
IDHAM: Ni ha si Fifa datang. Bawak sekali biskut kegemaran mak, tu.
Mak Idham tersenyum..
MAK IDHAM: Memandai je kamu, ni…
Hafifah menghulurkan tangan untuk bersalam. Mak Idham tersengih membalas..
MAK IDHAM: Lama tak jumpa Fifa. Ingat dah lupa jalan rumah makcik.
HAFIFAH: Hehehe… takde la, makcik. Fifa ingat. Cuma sekarang ni agak busy sikit nak handle kedai biskut ibu, tu. Makcik sihat?
MAK IDHAM: Alhamdulillah, sihat.
HAFIFAH: Ni Fifa ada bawakkan makcik biskut yang Fifa buat.
IDHAM: Ha… mak.. biskut peberet mak, tu.
MAK IDHAM: Kamu ni ada-ada je la.. Terima kasih, Fifa. Ingat juga kamu dengan biskut kegemaran makcik, ni.
HAFIFAH: Ala makcik… bukan susah buatnya, pun. Hehehhe…
MAK IDHAM: Ha, Am… Apa lagi, pergilah buat air…
Idham ternganga…
IDHAM: Eh? Kenapa pulak Am yang kena buat air pulak ni, mak…
MAK IDHAM: Hai… kata bakal menantu mak. So mak kena la layan. Kau pergi buat air. Belajar sikit… nanti dah kahwin boleh tolong bini kau buat keje rumah.
IDHAM: Alaa… mak. Bukan kerja orang perempuan ke, tu?
MAK IDHAM: Takde maknanya. Kau nak jadi anak derhaka ke bantah cakap mak?
Mak Idham pura-pura mencekak pinggang… Hafifah ketawa. Suka dia dengan keletah keluarga Am. Lebihlebih lagi maknya yang pandai bergurau…
IDHAM: Yela… yela… nanti kalau tak sedap jangan komplain plak!
MAK IDHAM: Buat dulu, jangan banyak songeh… Nah, bawak sekali bungkusan ni…
Idham mencebik lantas ke dapur dengan membawa bungkusan yang diberi…
Mereka berdua duduk…
MAK IDHAM: Macam mana perniagaan ibu Fifa?
HAFIFAH: Macam tu la, makcik… bisnes ibu makin maju. Ramai juga yang dah jadi regular customer ibu.
MAK IDHAM: Yek… mesti la ada regular customer. Biskut kedai korang kan sedap. Makcik yakin boleh kalahkan Famous Amos tu…
HAFIFAH: Takde la, makcik. Famous Amos tu biskut berkualiti tinggi. International pula, tu. Biskut ibu Fifa biskut kampung, je…
MAK IDHAM: Alaa… biskut kampung kalau di ketengahkan boleh sampai ke international, tau…
Tiba-tiba…
IDHAM: Makkk… balang gula mak letak mana!!?
MAK IDHAM: Aduhai… kan ada kat situ. Kamu cari la.
IDHAM: Ni banyak sangat balang, tak tahu mana satu…
MAK IDHAM: Tu laa… selama ni tau makan minum je. Tolong mak malas… Ada kat situ. Kamu tengok balang besar warna kelabu…
Idham menggaru kepala. Semua balang warna kelabu. Ah! Gasaklah! Bukan aku yang minum… kikikiki… Idham menceduk balang yang berisi gula kononnya dengan sudu lantas dimasukkan ke dalam teko untuk dikacau…
Ketika Idham menatang dulang berisi air teh o panas ke ruang tamu, maknya sibuk berborak dengan penuh kemesraan.
IDHAM: Haaa… ni air anak teruna mak buat. Sedap sampai menjilat jari kaki…
Hafifah ketawa… Maknya hanya mencebik..
MAK IDHAM: Sedap sangat ke?
IDHAM: Cuba dulu baru tahu…
Idham menuangkan air ke cawan.
IDHAM: Tapi disebabkan Am ni anak mak yang paling baik, mak kena minum dulu la…
Maknye mengangkat kening hairan…
MAK IDHAM: Kenapa pulak…
IDHAM: Yelah, ibu kena didahulukan…
MAK IDHAM: Hmm…
HAFIFAH: Ala makcik… Betul juga kata Am tu… Makcik minum la air anak kesayangan makcik ni..
Idham mengangguk bersetuju… Belum sempat ibunya minum…
IDHAM: Eh, kejap… Am nak ke dapur basuh pinggan… Am kan anak yang malas. Kena la rajinkan diri depan bakal menantu mak ni, kan?
Hafifah tersenyum malu. Macam-macam hal si Am ni…
MAK IDHAM: Hmm… dan-dan la… Entah-entah kau bubuh julap dalam air ni.
IDHAM: Ish, mak ni… tak baik tau tuduh Am macam tu… Mak dan Fifa minum la dulu. Am pergi ke dapur kejap, ye?
Idham meminta diri ke dapur. Terbalik pulak keletah mereka kali ini,
MAK IDHAM: Minumla Fifa… Bukan senang nak rasa air buatan anak teruna ni…
Mak Idham mendekatkan cawan ke bibirnya. Belum sempat air masuk ke dalam tekak… tiba-tiba… Bbbuuuuurrrrrrrrrr… Ibunya menyembur air tersebut. Hafifah terkejut…
MAK IDHAM: AAAAAaammmmm….!!!!! Air apa ni??? Masin nak mampus!!!
Idham di dapur ketawa terkekek-kekek. Seronok dia mengenakan ibunya. Hafifah pula cuba melarikan mukanya yang tak tertahan untuk ketawa dari disedari mak Idham. Idham kalau mengenakan ibunya memang pandai…
IDHAM: Tu la mak… suruh lagi anak mak yang hensem dan macho ni buat air. Kan dah kena… Hahahahaha....!
Kedengaran ketawa jahat Idham di dapur… Ibunya segera mengambil tisu untuk mengesat air yang bersepai di mulut. Dasar anak kurang kasih sayang betul! Hafifah tersenyum… dia seronok setiap kali lepak dengan keluarga Idham.. riuh je… Walaupun dua orang tetapi rasa macam lebih dari 10 orang riuhnya…


********************
Petang itu, Idham menghantar Fifa pulang dengan berjalan kaki…
HAFIFAH: Kau memang suka kenakan mak kau, kan?
IDHAM: Alaa… dalam keluarga aku, hanya aku dan mak aku je. Tiap-tiap hari tengok muka sama. So nak kenakan siapa lagi, kan? Kalau dulu ada ayah dan…
HAFIFAH: Dan siapa?
Idham terdiam… Kemudian dia tersenyum…
IDHAM: Takde apa-apa, la… Kau dengan Eriq macam mana?
HAFIFAH: Hmm… macam tu, la..
IDHAM: Kau betul-betul dah buang dia dalam hidup kau, ke?
HAFIFAH: Takde la buang. Maybe take time untuk aku terima dia balik, kot…
IDHAM: Jangan la kerana aku, kau buat Eriq macam tu. Kesian dia… Aku yakin Eriq betul-betul sayangkan kau…
HAFIFAH: Aku tahu… Tapi… Entah laa… Mungkin aku kena belajar sukakan dia balik, kot…
IDHAM: Kau tahu tak apa perancangan Eriq sekarang?
HAFIFAH: Perancangan? Perancangan apa?
IDHAM: Dia nak study abroad…
Hafifah diam… Dia agak tidak terkejut dengan berita itu. Dulu Hezriq pernah menyatakan hasratnya kepada Fifa…
HAFIFAH: Kemana?
IDHAM: Jepun…
Hafifah mengeluh… Hezriq betul-betul ingin pergi. Tiba-tiba hatinya rasa sedih…
IDHAM: Aku rasa kau patut fikir perkara ni baik-baik. Aku faham, cinta tak boleh dipaksa. Tapi dulu kau pernah sayangkan dia, kan? Aku yakin dia akan dapat tawaran belajar ke sana. So, sebelum terlambat… better kau berterus-terang sebelum dia pergi…
Hafifah masih lagi diam. Dia tak tahu nak buat apa… perlukah dia terima Eriq balik? Tapi dia dengan Am… walaupun Am tidak menjanjikan apa-apa dengannya, tapi dia betul-betul berharap Am dapat terima dia… Ah! Pening kepala memikirkannya…
IDHAM: Hmm… Dah sampai pun rumah kau…
Hafifah memandang Idham…
HAFIFAH: Am…
IDHAM: Yups!?
HAFIFAH: Thanks hantar aku pulang…
IDHAM: Its ok, la! Kitakan kawan. Lagipun dah senja. Tak elok kau balik sorang-sorang.
Hafifah tersenyum…
IDHAM: Ok la… jumpa lagi!
Idham memusingkan badannya untuk pulang tetapi…
HAFIFAH: Am…
IDHAM: Ya?
Hafifah segera memeluk lelaki itu. Idham terpana sebentar. Kemudian Hafifah meleraikan pelukannya…
HAFIFAH: Thanks…!!
Hafifah segera berlari ke pintu pagarnya dan masuk tanpa memandang Idham selepas itu. Idham terpaku. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku tadi. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Oh! Aku dah jatuh cinta sekali lagi….!

2 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

galoknyer tehh , nok pelok2 pon tunggu lah kawin dulu ... hmm

NURUL berkata...

Hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...