RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 27

BAB 27

MARY: Macam tu ke cerita sebenarnya?
Hafifah mengangguk. Dari semalam dia tekad untuk menceritakan segala-galanya kepada Mary. Dia menjadi serba salah sekarang… paling dia sedih apabila menerima sms dari Hezriq malam tadi. Lelaki itu tidak putus asa untuk menawan hatinya semula.
MARY: Kenapa kau tak ceritakan perkara ni dari dulu lagi, Fifa? Sebelum kau cuba tarik perhatian Eriq?
Hafifah mengeluh…
HAFIFAH: Aku tahu aku salah. Tapi masa tu aku yakin dia yang selamatkan aku.
MARY: Dan sekarang kau suka siapa?
HAFIFAH: Aku rasa aku dah mula sukakan Am. Aku betul-betul sukakan dia!
MARY: Am tahu?
Hafifah mengangguk…
MARY: Apa Am cakap?
HAFIFAH: Dia kata kerja gila! Takkan kerana hal tu hati aku nak beralih arah.
MARY: So, kau sendiri dah tahu, kan?
Hafifah mengeluh lagi…
HAFIFAH: Mary, sebenarnya aku hanya cinta pada orang yang selamatkan aku. Memang kalau ikut rupa, Hezriq lebih lagi daripada Idham. Tapi cinta tak boleh dipaksa, kan?
MARY: Kau dulu pernah sukakan dia bukan? So, go ahead la! Kenapa perlu seksa hati dia?
HAFIFAH: Tak boleh! Aku tak boleh! Aku dah takde apa-apa perasaan pada dia, Mary…
MARY: Fifa… benda depan mata! Hezriq tu dah banyak berkorban untuk kau. Sanggup ke kau lepaskan dia?
HAFIFAH: Sanggup! Biarlah sekarang… Jangan dikemudian hari…
MARY: Kau ni memang kejam la, Fifa. Cuba kau bayangkan kalau kau di situasi dia?
Hafifah diam..
MARY: Am takde janji apa-apa dengan kau, bukan? So, kau yakin kalau kau tinggalkan Eriq, Am akan terima kau?
Hafifah tunduk membisu.
MARY: Am dan Eriq tu sepupu tahu, tak… Fikir lah baik-baik…!

**************************************
Malam itu Hafifah berfikir panjang…
Dia membaca setiap mesej yang Eriq berikan kepadanya. Dan mesej ini yang paling mengharukannya…
'Malam ni Eriq tak boleh tidur sebab teringatkan Fifa. Fifa apa khabar? Sihat, ke? Fifa tahu tak, walau benci macam mana Fifa pada Eriq, percayalah… Eriq tetap sayang Fifa… Gud nite!'
Hafifah mengetap bibir.
Adakah aku harus memilihnya semula? Tapi…

******************************
IDHAM: Aku sendiri pun terkejut bila Fifa tiba-tiba katakan yang dia mula sukakan aku.
MARY: Yelah! Sebab dia dah tahu kau penyelamat dia.
IDHAM: Tu la pasal. Kalau Fifa tu masih single… aku tak teragak-agak nak luahkan perasaan aku pada dia. Tapi… dia dah jadi awek Eriq. Eriq pun sayang sangat dengan dia.
MARY: Hal ni dah jadi complicated la, Am. Sebab dia kata dia dah takde langsung perasaan pada Eriq. Kejam pula kalau aku suruh dia tinggalkan Eriq macam tu, aje.
IDHAM: Hm…
MARY: Kau masih sayangkan Fifa, ke?
Idham ketawa…
IDHAM: Mary… kan aku pernah cakap dekat kau. Fifa first love aku! Sampai sekarang sayang aku pada dia makin menebal. Kalau tak kerana Eriq, aku sanggup bawa si Fifa tu lari dari sini tahu tak… Hahahahaha…
MARY: Giler la kau!
Mereka ketawa. Namun masing-masing tidak tahu apa yang harus dilakukan…
****************************
Idham memandang Hezriq semasa mereka keluar bersama. Dia kesian melihat perubahan Eriq. Badannya makin kurus…
HEZRIQ: Apa mimpi kau ajak aku keluar, ni?
IDHAM: Err… saje. Nak release tension… Kerja kau macam mana?
HEZRIQ: Biasa, je.
IDHAM: Come on la bro! Jangan la macam ni. Aku sedih tengok kau, ni!
Hezriq tersenyum…
HEZRIQ: Aku rasa aku nak sambung belajar ke luar negara, la!
Idham terkejut…
IDHAM: Kemana?
HEZRIQ: Jepun…
IDHAM: Tekad, ke?
Hezriq mengangguk…
IDHAM: Sebab Fifa ke?
Hezriq ketawa…
HEZRIQ: Takdelah! Memang dah lama aku plan…
IDHAM: Kau dah dapat scholarship, ke?
HEZRIQ: Aku dah bincang dengan papa. Dia nak tanggung pembelajaran aku kat sana nanti.
IDHAM: Baguslah! Lagipun aku tengok result SPM kau pun cemerlang. Tapi kenapa kau tak nak dapatkan scholarship je? Amik A Level dulu, ke?
Hezriq tersenyum…
HEZRIQ: Lagi cepat lagi bagus, Am.
IDHAM: Kau masih kecewa dengan Fifa, ke?
Hezriq mengeluh…
HEZRIQ: Mungkin dengan cara ni aku boleh lupakan dia…
Idham diam.
IDHAM: Bila kau nak pergi?
HEZRIQ: Aku dah apply ke sana. Samada Kumamoto Universiti atau Tohoku Universiti. Aku tunggu surat dari diorang je.
IDHAM: Kau betul-betul tekad ke nak pergi?
HEZRIQ: Belum tahu lagi la, Am. Tapi kalau aku dapat, aku tekad akan pergi…

********************
Malam itu Sofia menumpang tidur di rumah keluarga Hezriq. Sofia sudah dianggap sebagai anak mereka oleh mama dan papa Hezriq malah mereka berharap sangat Sofia dapat menjadi lebih dari itu. Walaubagaimanapun Hezriq berhak untuk memilih teman hidupnya sendiri kerana kebahagiaanya terletak kepada tangannya.

Hezriq menatap gambar Hafifah… Dia masih lagi tidak faham kenapa Hafifah membuat keputusan terburu-buru tanpa berbincang. Kali ini dia kecewa sangat. Kecewa untuk kali yang kedua. Mungkin sudah tersurat, hidupnya sering dipermainkan oleh golongan hawa.

Tiba-tiba… TUK! TUK! TUK! Pintu biliknya diketuk…

HEZRIQ: Masuk…
Pintu dibuka dan Sofia tercegat di pintu… Hezriq bangun dari perbaringan…
HEZRIQ: Ada apa, Piya?
Sofia tersenyum…
SOFIA: Boleh kita berborak kejap?
Hezriq mengangguk lantas mengikut Sofia ke ruang tamu.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Kedua ibu bapa Hezriq sudah terlena dibuai mimpi… Hezriq membuka tv… malam-malam macam ni tak elok kalau mereka berdua-duaan dalam keadaan sunyi…
HEZRIQ: Kau nak borak pasal apa?
SOFIA: Laa… nak borak pun kena ada tajuk, ke?
Hezriq ketawa… Iya tak iya juga!
SOFIA: Lama tak borak dengan Eriq…
Hezriq tersenyum…
SOFIA: Macam mana hubungan Eriq dengan Fifa?
HEZRIQ: Biasa, je…
SOFIA: Baguslah kalau macam tu…
HEZRIQ: Piya? How’s your life?
SOFIA: Macam tu je, la… Takde yang best pun…
HEZRIQ: Piya tak nak cari pakwe, ke?
SOFIA: Entahlah ,Eriq… Belum terfikir lagi, kot.
HEZRIQ: Takpelah… kita masih muda. Lambat lagi nak fikir pasal kahwin, kan? Hehehe…
Sofia mengangguk..
SOFIA: Betul… betul… Eriq ingat lagi, tak… masa kita kecik-kecik dulu?
HEZRIQ: Yang mana?
SOFIA: Masa kita main kawen-kawen… Eriq dengan Am berebut nak jadi pengantin Piya. Sampai nangis-nangis. Ingat, tak?
Hezriq ketawa…
HEZRIQ: Ingat! Masa tu entah apa-apa, kan?
SOFIA: Eriq ingat siapa yang Piya pilih?
HEZRIQ: Tentulah, Eriq… Eriq kan macho dari Am…
Sofia tersenyum…
HEZRIQ: Tapi itu dulu, kan? Kenangan kita tiga orang…
Masing-masing diam seketika…
SOFIA: Eriq…
Hezriq memandang Sofia…
SOFIA: Eriq masih sayangkan Piya, tak?
Hezriq terdiam. Dia tak tahu nak cakap macam mana…
SOFIA: Piya masih sayangkan Eriq…
HEZRIQ: Piya… benda tu dah lama… Eriq dah ada hidup baru…
SOFIA: Piya tahu… Tapi, kenapa Eriq tak nak bagi peluang kedua untuk Piya? Piya kesal dengan apa yang Piya buat dulu, Eriq…
Hezriq mengeluh…
HEZRIQ: Piya, kita jangan cerita pasal benda ni boleh, tak?
SOFIA: Piya tahu Eriq dah bahagia dengan Fifa…
Hezriq diam. Tak perlulah dia memberitahu perkara yang sebenarnya pada Sofia. Buat masa ini dia malas nak fikir apa-apa. Sayangnya pada Fifa masih lagi tebal. Walaupun dia juga pernah sayangkan gadis di hadapannya itu, namun Fifa lebih dihargai… Gadis itu betul-betul unik dari pandangannya. Sukar baginya untuk melupakan Fifa begitu sahaja kerana cintanya pada Fifa dirasakan seperti cinta pertamanya…. Mungkin dulu, antara dia dengan Piya hanyalah cinta monyet. Cinta sekadar suka-suka, bukan lahir dari hati yang tulus… Ini adalah kerana saat Piya ingin minta putus dengannya dulu, dia hanya terluka sekejap. Tetapi bila Fifa yang minta putus, dia rasakan hidupnya tak bererti lagi. Namun dia harus kuatkan semangat. Selagi Fifa belum berpunya, dia akan terus berusaha untuk memenangi hati gadis itu kembali. Itulah janji dia pada dirinya.
SOFIA: Eriq…
Hezriq tersedar dari lamunan…
HEZRIQ: Err… ye?
SOFIA: Piya akan tetap tunggu Eriq…
Hezriq memandang mata Sofia sedalam-dalamnya. Dia tahu gadis itu betul-betul sayangkan dia. Tapi… ‘Maafkan aku, Piya!’. Cintaku hanya untuk Fifa seorang…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...