RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 26

BAB 26

MAK IDHAM: Bagus la kalau Fifa dah mula sukakan kamu, Am…
Idham terkejut. Sampai begitu sekali ibunya bersetuju bila dia menceritakan kepada ibunya mengenai Fifa malam itu..
MAK IDHAM: Kau pun sukakan dia juga, kan? So… inilah peluang kau… Mak suka Fifa, tu.
IDHAM: Tapi mak… memang Am sayangkan dia. Sejak kali pertama Am jumpa dia Am dah sukakan dia. Tapi…
MAK IDHAM: Sebab Eriq?
Idham mengangguk…
MAK IDHAM: Hmm… bagaimana dengan Fifa?
IDHAM: Dia dah takde apa-apa perasaan pada Eriq lagi…
MAK IDHAM: Eriq tahu pasal korang berdua? Pasal kalung, tu?
Idham menggeleng…
MAK IDHAM: Susah lah. Pening pula fikir masalah korang bertiga, ni.
IDHAM: Am yakin Eriq sayangkan Fifa yang teramat sangat… Am tak nak jadi orang ketiga..
MAK IDHAM: Habis, korang nak buat macam mana?
Idham mengangkat bahu tanda tidak tahu…
MAK IDHAM: Fifa tahu yang kau pun sukakan dia?
IDHAM: Tak… sebab Am tak nak Fifa ambil keputusan drastik… Sebab tu Am masih simpan isi hati Am pada dia, mak…
Marlina mengeluh… dia sendiri pun tak tahu nak buat apa. Masalah mereka amat berat kerana Idham dan Hezriq mempunyai pertalian darah… dia takut hanya kerana seorang perempuan, hubungan mereka sebagai saudara putus di tengah jalan…

**************************
Hafifah masih lagi menangis di dalam biliknya. Dia serba salah kini. Yang mana satu harus dia pilih? Eriq atau Am? Tapi Idham tak pernah mengatakan yang dia sukakannya. Eriq? Lelaki itu dah banyak berkorban untuknya…. Hafifah memandang gambar Hezriq. Dahulu dia pernah sayangkan lelaki ini. Sayang yang teramat sangat… tapi kenapa sekarang perasaan itu semakin hari semakin hilang. Sayangnya kini beralih kepada Idham? Oh, Tuhan… apakah yang harus aku lakukan? Sofia…!?

Di rumah Sofia…
SOFIA: What!? Kau nak aku kembali pada Eriq? What the hell are you thinking, Fifa!!?
Hafifah memegang tangan Piya… Dia berharap sangat…
HAFIFAH: Tolong la aku, Piya… Aku tahu kau masih sayangkan Eriq…
SOFIA: Kenapa dengan kau ni, Fifa? Dulu kau cemburu giler bila aku baik dengan Eriq. Dan sekarang bila kau dah takde hati dekat dia, kau buang dia.. Lepas tu kau nak suruh aku yang pergi kutip dia pula!?
Hafifah terkejut…
HAFIFAH: Piya… jaga sikit mulut kau, tu! Aku tak pernah buang Eriq dalam hidup aku!
Sofia menjeling dan mencebik.
HAFIFAH: Aku cuma nak bantu kau untuk dapatkan Eriq balik…
SOFIA: Kenapa secara tiba-tiba?
HAFIFAH: Sebab aku tahu kau betul-betul sayangkan dia…
Sofia ketawa sinis…
SOFIA: Memang aku sayangkan dia lagi, Fifa. Sayang yang teramat sangat. Yelah… hubungan selama 7 tahun takkan boleh luput begitu sahaja. Kalau dulu memang aku teringin nak rampas dia dari kau. Aku sanggup buat apa saja untuk pastikan Eriq kembali ke pangkuan aku semula. Tapi bila aku rasakan yang dia betul-betul dah jumpa cinta sejati dia, aku rela lepaskan dia. Belum pernah aku lihat Eriq begitu berkorban. Selama aku bercinta dengannya, Eriq tak pernah begitu sengsara bila aku minta break. Tapi dengan kau… Aku betul-betul yakin dia sayangkan kau, Fifa!
HAFIFAH: Piya, aku yakin kau boleh bahagiakan dia…..
SOFIA: Kau ni kenapa, Fifa!!? Kau dah tak sayangkan Eriq lagi?
Hafifah terdiam…
SOFIA: Memang dulu aku jahat… tapi kau tahu kenapa aku ubah pendirian aku untuk rampas Eriq?
Hafifah menggeleng…
SOFIA: Mari ikut aku…
Sofia menarik tangan Hafifah agar mengikutnya ke satu tempat…

Di dalam kereta, Hafifah melihat di segenap jalan yang mereka lalui…
HAFIFAH: Kita nak ke mana?
Sofia yang sedang memandu tersenyum sinis…
SOFIA: Rumah Eriq…
Hafifah terkejut…
HAFIFAH: Buat apa?
SOFIA: Kau jangan risau, Masa ni Eriq takde dekat rumah. Diakan kerja…
HAFIFAH: Tapi… apa tujuan kau bawa aku ke rumah dia?
SOFIA: Kau akan tahu nanti…
Hafifah hanya mendiamkan diri. Tidak diketahui apa tujuan Piya membawanya ke sana.

Sofia dan Hafifah masuk ke dalam rumah Hezriq tatkala mamanya membukakan pintu. Mereka bersalaman dengan mama Hezriq.
SOFIA: Auntie apa khabar?
MAMA HEZRIQ: Baik… Piya?
SOFIA: Piya sihat je, auntie. Err… ini Fifa…
Sofia memperkenalkan Hafifah kepada mama Hezriq…
MAMA HEZRIQ: Auntie kenal… diakan awek si Eriq..
Hafifah tersenyum pahit…
MAMA HEZRIQ: Kenapa Piya datang tak call auntie dulu? Boleh la auntie masakkan sesuatu yang spesel untuk Piya dan Fifa..
SOFIA: Takpelah, auntie.. Piya datang kejap aje… Err.. auntie, boleh Piya ke bilik Eriq kejap?
MAMA HEZRIQ: Ermm… pergilah. Auntie buatkan air untuk korang dulu, ye.
Hafifah teragak-agak untuk mengikut Sofia. Sofia berbisik…
SOFIA: Jangan risau la! Auntie Ina sporting orangnya. Jom!
Sofia menarik tangan Fifa menuju ke bilik atas.

Mereka membuka pintu bilik Hezriq…
SOFIA: See… inilah buktinya…
Hafifah terpaku apabila melihat seluruh dinding bilik Hezriq di hiasi dengan poster wajahnya. Langsung takde space untuk meletakkan perhiasan yang lain. Hafifah mengetap bibir apabila matanya tertancap pada poster dia bersama Hezriq sewaktu Hezriq menjuarai futsal peringkat kebangsaan pertengahan tahun lepas. Saat itu mereka sungguh bahagia. Dulu, dia yang beria-ia untuk mendapatkan perhatian Hezriq… dia berusaha untuk pikat hati lelaki itu tetapi sekarang…
SOFIA: Aku pernah curi-curi masuk bilik dia masa aku datang ziarah mama dia dulu. Dan ini yang buat aku tarik balik plan aku nak rampas dia dari kau.
Sofia memandang Fifa, dia melihat air mata gadis itu mengalir ke pipi…
SOFIA: Kau dah nampak kan betapa sayangnya Eriq pada kau? Dan sekarang kau nak lepaskan dia setelah dia menjanjikan kebahagiaan untuk kau? Fikirlah baik-baik, Fifa…
Hafifah terdiam. Dia tak tahu nak cakap macam mana. Memang dia terharu. Air matanya dikesat. Dia tersenyum… hatinya tekad kini…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...