RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 24

BAB 24

Fifa tak keruan apabila mengenangkan Idham la penyelamatnya selama ini. Oh, Tuhan! Aku dah salah orang selama ini. Hafifah mengeluh.

Esoknya Hafifah dan Hezriq keluar berjalan. Namun Hafifah langsung takde mood untuk melayan Hezriq. Apa yang Hezriq katakan semuanya masuk telinga keluar telinga kiri. Fikiran dia masih memikirkan hal semalam.

HEZRIQ: Fifa, kenapa ni? Senyap, je?
Hafifah terkejut. Hezriq mengerut dahi hairan…
HAFIFAH: Err… takde apa-apa…
HEZRIQ: Kenapa ni, sayang? Sayang tak sihat, ke?
Hafifah menggelengkan kepala..
HAFIFAH: Eriq, kita balik?
Hezriq memandang Hafifah kehairanan.
HEZRIQ: Laa.. kitakan baru je keluar…
HAFIFAH: Please, Eriq… Fifa takde mood hari ni…
Hezriq mengeluh lantas dia mengangguk setuju. Walaupun dia kecewa dengan reaksi Hafifah yang agak pelik hari itu, namun dia terpaksa akur. Takkan dia nak paksa Fifa menemaninya satu hari itu?

Dalam perjalanan pulang, Hezriq cuba memegang tangan Hafifah tetapi secara spontan Hafifah menepis. Hezriq betul-betul terkejut.
HEZRIQ: Kenapa ni, Fifa? Eriq cuma nak pegang tangan Fifa, je..
HAFIFAH: Maafkan Fifa, Eriq…
HEZRIQ: Sayang ok, ke? Dari tadi Eriq tengok Fifa macam lain, je… Fifa sihat tak, ni?
HAFIFAH: Erk… Fifa sihat.
Oh Tuhan… kenapa tiba-tiba aku rasa macam cintaku bukan untuknya lagi?... Hafifah melajukan langkahnya meninggalkan Hezriq.
HEZRIQ: Fifa, tunggu Eriq!

********************
Malam itu Hezriq lepak di rumah Idham. Sambil menghirup udara segar di luar rumah, dia termenung panjang… dari tadi dia cuba untuk menghubungi Hafifah, tapi tiada jawapan. Mesejnya pun langsung tak dibalas. Dia tak faham apa masalah Fifa sebenarnya…

Idham datang mendekatinya sambil menatang dulang berisi dua cawan teh o panas..
IDHAM: Wes… kenapa, ni? Dari tadi aku tengok kau ni muram aje?
Idham meletakkan dulang tersebut di atas meja batu di luar rumah lantas dia duduk bersebelahan dengan Hezriq…
Hezriq masih lagi diam…
IDHAM: Kau bergaduh lagi ke dengan Fifa?
Hezriq menggelengkan kepala…
HEZRIQ: Tak…
IDHAM : Habis tu pasal apa?
Hezriq mengeluh…
HEZRIQ: Aku pun tak tahu la Am apa masalah Fifa hari ini.
IDHAM : Kenapa dengan dia?
HEZRIQ: Petang tadi dia lain sangat. Kau tau, kami baru je sampai dekat Mall tiba-tiba dia nak balik. Lepas tu, bila aku cuba pegang tangan dia, dia tepis. Macam seolah-olah aku ni orang lain bagi dia.
Idham diam seketika…
IDHAM : Kau tak tanya dia kenapa?
HEZRIQ: Dah puas aku tanya tapi dia… Entahlah!
IDHAM: Alaa… rilekslah, Eriq… Maybe Fifa ada masalah personal yang tak boleh share dengan kau. Small matter je tu. Kau bagi dia tenang dulu la.
Hezriq hanya mengangguk. Tapi dia tetap tak puas hati dengan perubahan Fifa kali ini.

********************
Esoknya di halaman rumah Fifa…
HEZRIQ: Kenapa Fifa tak balas mesej Eriq semalam?
Hafifah membelakangkan Hezriq. Dia tak sanggup bertentang mata dengannya.
Hezriq mendekati Fifa lantas dia menyentuh bahu gadis itu lembut…
HEZRIQ: Kenapa sayang? Eriq ada buat salah ke?
HAFIFAH: Eriq… boleh tak kalau Eriq faham Fifa? Kali ini aje…
HEZRIQ: Apa masalah Fifa sebenarnya, ni? Kalau Fifa ada masalah, bincang dengan Eriq. Jangan buat Eriq macam ni, Fifa!
HAFIFAH: Takde benda yang perlu dibincangkan…
Hezriq menatap wajah gadis itu semahunya. Walaupun dia rasa marah sangat dengan perangai gadis itu tetapi kerana sayang, dia turutkan aje.
HEZRIQ: Kalau Fifa tak berterus-terang dengan Eriq, macam mana Eriq nak tahu?
HAFIFAH: Eriq… ini bukan masalah kita!
Hafifah cuba menjarakkan dirinya dari Hezriq…
HEZRIQ: Kalau bukan masalah kita, masalah siapa?
Hafifah mengeluh…
HAFIFAH: Please, Eriq… Jangan paksa Fifa boleh tak? Eriq balik, lah! Fifa nak bersiap… kejap lagi Fifa nak pergi kedai ibu…
Hafifah segera masuk ke dalam tetapi dihalang oleh Hezriq lantas dipeluknya gadis itu erat.
HEZRIQ: Eriq takkan lepaskan Fifa macam tu, je. Kalau ada masalah, kita settlekan cara baik, sayang….
Hafifah cuba untuk melepaskan diri.
HAFIFAH: Lepaskan Fifa, Eriq!!
HEZRIQ: Eriq takkan lepaskan selagi Fifa tak bagitau Eriq apa masalah Fifa.
Hafifah segera menolak Hezriq lantas ditamparnya pipi lelaki itu. Hezriq terkejut…
Dia menyapu pipinya… sampai hati kau, Fifa…
HAFIFAH: Balik!
Hafifah segera meninggalkan Hezriq dan masuk ke dalam rumah. Pintu rumahnya dihempas. Hezriq mengetap bibir… dia bergerak keluar dari laman itu dengan perasaan yang sungguh kecewa. Niatnya untuk menyelesaikan masalah bersama Fifa terbengkalai begitu sahaja…

***********************
Idham datang ke kedai Hafifah ketika gadis itu sedang sibuk mengemas meja pelanggan.
Idham berjalan mendekatinya…
HAFIFAH: Terima kasih…
Pelanggannya tersenyum ketika Hafifah mengucapkan terima kasih kepada mereka. Lantas Hafifah mengambil kain buruk untuk mengelap meja. Idham menyapa..
IDHAM: Fifa…
Hafifah menoleh…
HAFIFAH: Errr… hai!
IDHAM: Kau busy, ke? Aku ada benda nak bincang dengan kau.
HAFIFAH: Erm… ok. Kau tunggu sini. Aku pergi ke dapur basuh tangan kejap.
Hafifah bergerak ke dapur dan Idham menarik kerusi untuk duduk.
2 minit kemudian Hafifah keluar dari dapur sambil menatang dua gelas chocolate shake dan duduk di hadapannya. Gadis itu tersenyum… Idham hairan… Kenapa Eriq kata gadis ni ada masalah? Tengok ok, je?
HAFIFAH: Nah, chocolate shake khas untuk kau.
Hafifah meletakkan gelas itu di hadapan Idham.
IDHAM: Err… terima kasih.
HAFIFAH: Sama-sama. Ermm… apesal kau nak jumpa aku?
IDHAM: Err… takde la penting sangat. Tapi pasal Eriq.
Tiba-tiba senyuman Hafifah mati apabila nama Eriq disebut.
Dia mengacau chocolate shake itu dan buat muka takde perasaan…
IDHAM: Kau dengan Eriq ada masalah, ke?
HAFIFAH: Takdelah! Biasa, je…
IDHAM: Habis tu kenapa semalam Eriq datang jumpa aku dengan wajah mencuka?
Hafifah senyap.
IDHAM: Aku nampak pipi dia merah. Kau tampar dia, ke?
Hafifah masih lagi diam membisu. Dia menundukkan mukanya…
IDHAM: Fifa, kalau korang ada masalah… bincang cara baik.
Macam mana aku nk bincang, Am. Masalah utamanya adalah kau… Fifa diam tanpa kata. Dia tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang tersirat dalam hatinya.
IDHAM: Kau nampak Eriq keluar dengan perempuan lain?
Hafifah menggelengkan kepalanya perlahan.
IDHAM: Habis, tu?
Hafifah tetap diam… Idham mengeluh…
IDHAM: Fifa…
HAFIFAH: Am… kalau aku cakap masalah utamanya adalah kau, macam mana?
Idham terkejut besar. Betul-betul terkejut. Apa kena-mengenanya dia dengan masalah Fifa dan Hezriq?

1 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

citer ni cam ntah pape je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...