RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 23

BAB 23

Hafifah melihat sahaja nombor handphone Idham dalam list handphonenya. Perlukah dia menelefon lelaki itu? Tetapi instinct dia kuat mengatakan Idham la penyelamatnya. Dia perlukan cerita yang sebenar.

Hafifah menekan punat dial. Dia tekad kini.

IDHAM: Assalamualaikum..Fifa…
HAFIFAH: Waalaikumussalam…
IDHAM: Apa mimpi call aku, ni? Tak pernah kau call aku sebelum ni. Mesti ada perkara penting, kan?
HAFIFAH: Err… takde la sangat. Cumaa…
IDHAM: Cuma apa?
HAFIFAH: Aku ingat nak jumpa kau, la.
IDHAM: Eh? Jumpa aku? Kenapa? Nak bincang pasal Eriq, ek?
HAFIFAH: Bukan…
IDHAM: Habis, tu?
HAFIFAH: Pasal…

*****************

IDHAM: Kau cakap nak bincang pasal kita… pasal apa?
Hafifah hanya memandang Idham. Dia cuba mengamati wajah lelaki di hadapannya..
Selesai sahaja memberi pesanan, mereka menyambung perbualan…
Hafifah mengeluarkan kalung tersebut dari dalam beg dompetnya.
Dia menolak kalung itu kepada Idham… Idham seolah-olah terkejut apabila melihat kalung tersebut.
HAFIFAH: Aku rasa kau tahu mengenai kalung ni.
Idham masih lagi diam. Dia melihat gambar di dalam kalung itu… tiba-tiba matanya berair…
IDHAM: Mana kau jumpa kalung, ni?
Hafifah hanya memandang sayu pada Idham…
HAFIFAH: Kalung ni kau punya, ke?
Idham mengangguk perlahan…
IDHAM: Kalung ni hilang 5 tahun yang lalu. Sewaktu kami berada di Cherating…
HAFIFAH: Jadi, kau la penyelamat aku?
Sekilas Idham memandang Hafifah. Dia cuba mengingatkan memori lama. Patutla dia rasakan dia pernah berjumpa dengan Hafifah sebelum ni…
IDHAM: Kau ke budak perempuan yang lemas 5 tahun dulu?
Hafifah mengangguk…
IDHAM: Thank god! Tak sangka dapat jumpa kau.
HAFIFAH: Jadi, kau la yang selamatkan aku dulu?
IDHAM: Kau rasa?
HAFIFAH: Come on, Am. Aku tak mahu rasa-rasa. Instinct aku kuat mengatakan kau la penyelamat aku!!
Idham tersenyum…
HAFIFAH: Betul, kan?
IDHAM: Kalau aku, kenapa?
Hafifah terkejut besar…. Jadi selama ini dia tersilap orang???
HAFIFAH: Jadi… kau la penyelamat aku? Kenapa baru sekarang aku tahu?
IDHAM: Selama ni kau fikir siapa?
HAFIFAH: Aku ingat Eriq! Oh my God… aku dah salah orang.
IDHAM: Apa maksud kau?
HAFIFAH: Bukan Eriq yang aku cari… tapi kau!
Idham terdiam… dia tidak mengerti maksud Fifa.

*************
Idham termenung di dalam biliknya…
Dia masih lagi merenung kalung tersebut… Masih dia ingat saat dia selamatkan gadis itu…
Lima tahu yang lalu…
IDHAM: Eriq… aku keluar kejap, ye…
HEZRIQ: Ok… kau nak kemana?
IDHAM: Aku nak ke pantai kejap…
Hezriq mengangguk seraya masuk ke dalam tandas…
Idham menyalin pakaian lantas keluar dari bilik…

Dia mengamati keindahan pantai seorang diri… saudara-mara yang lain keluar beramai-ramai melawat tempat pelancongan lain. Hanya dia dan Eriq yang minta excuse untuk berehat selepas hampir 7 jam perjalanan mereka ke Cherating.

Sedang Idham berjalan di persisiran pantai, kedengaran suara orang meminta tolong… keadaan menjadi kalut. Idham berlari ke tempat kejadian. Suara orang memekik meminta tolong semakin kuat.. Namun tiada siapa yang berani berenang untuk menyelamatkan gadis itu. Ombak semakin kuat…
ORANG RAMAI: Tolong! Selamatkan budak tu!!
Idham tekad… dia perlu membantu gadis itu. Tanpa berfikir panjang, dia segera membuka bajunya lantas berlari ke laut… dia berenang merentasi ombak… semakin lama semakin dekat dengan gadis itu. Lambaian tangan gadis itu semakin lama semakin perlahan…
IDHAM: Cepat, peluk saya!!!
Gadis itu lantas merangkul lehernya. Kudrat Idham untuk berenang ke tepi semakin lemah. Namun dia perlu berusaha agak mereka berdua tidak lemas. Ya Allah! Selamatkanlah kami! Itu saja yang mampu dilakukan. Kaki dipaksa bergerak laju melawan ombak… Lima minit bermati-matian… akhirnya mereka selamat sampai ke pantai… Idham mengendong gadis itu… dia berjalan lemah ke pantai. Matanya hanya memandang gadis tersebut yang tidak sedarkan diri. Comel sungguh gadis ini. Timbul perasaan lain dalam hatinya… Orang ramai segera membantu mengangkat gadis itu. Idham cuba menarik nafas… dia terasa ingin muntah kerana terminum banyak air laut.. kepalanya pening… tenaganya semakin lemah lantas dia pengsan di situ juga. Dan dia tidak ingat apa-apa lepas itu. Bila terjaga, dia sudah pun berada di hospital… Dan dia juga menyedari kalung yang dipakai juga hilang. Satu-satunya kalung memori telah hilang di dasar laut. Dia teringatkan gadis tersebut.. Selamatkah dia?? Setelah diberitahu oleh ibunya bahawa gadis itu selamat dan telah dibawa pulang oleh keluarga mereka pada malam kejadian, Idham hanya melepaskan keluhan… Ibu hanya memberitahu keluarga mereka mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya… Idham hanya tersenyum pahit… Takpela… yang penting gadis itu selamat…

Idham mengeluh… tak sangka Fifa la gadis yang dia selamatkan 5 tahun dulu. Gadis yang selalu dia ingati adalah Fifa. Patut la kali pertama dia berjumpa dengan Hafifah, hatinya mula berdetik. Dia seolah-olah pernah berjumpa dengan gadis itu. Tapi dia tidak ingat di mana dan bila. Dia cuba untuk mendekati gadis itu, kebetulan gadis itu meminati sepupunya. Tetapi, cinta dan perasaan tak boleh dipaksa… kali kedua dia kecewa. Dikecewakan oleh gadis yang sama.

Idham masih merenung kalung itu…
IDHAM: Jumpa juga kalung ini…
Dia tersenyum sendirian….

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...