RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 22

BAB 22

MARY: Cherating? Jauhnya.........
HAFIFAH: Tiba-tiba I teringin nak pergi sana.
MARY: Ulu Yam tak best ke?
HAFIFAH: Ulu Yam best juga tapi I nak pergi ke Cherating. Ada kenangan dekat sana.
MARY: Hmm... I tak kisah tapi takut parents kita yang kisah.
HAFIFAH: I think ibu I no problem, kot. As long I bleh jaga diri I kat tempat macam tu.
MARY: Budak-budak tu macam mana? You dah inform diorang?
HAFIFAH: Belum lagi. Ingat nak mintak pendapat you dulu.
MARY: I kena Tanya parents I dulu la, Fifa. If they allow me to join, I will.
HAFIFAH: Takpe la. It is just a planning. Memang kena Tanya parents dulu. Kalau jadi, I inform diorang terus la. Budak laki no prob I think.
MARY: Errmm… I try asking my mom and dad. I’ll call you by tomorrow, ok?
HAFIFAH: Ok.. daa…
MARY: Daaa..

Handphone diletak.. Hafifah masih memegang kalung tersebut. Adakah aku harus tanya Idham mengenai kalung ini?

************
HAFIFAH: Ibu, Fifa nak pergi mandi laut la, ye.
IBU FIFA: Boleh tapi jangan jauh sangat. Bahaya!
HAFIFAH: Alaa.. ibu. Fifa kan tahu berenang. Ibu jangan risau la…
IBU FIFA: Kamu tu budak lagi. Even tahu berenang pun, keselamatan kena jaga. Laut tu dalam…
HAFIFAH: Alaa.. takdenya, ibu.
AYAH FIFA: Fifa… cuba kamu dengar cakap ibu, tu.
Hafifah diam… Dia merajuk…
IBU FIFA: Sudah la ayahnya.. Biarlah dia. Kali ini ibu bagi peluang. Tapi jangan mandi jauh-jauh sangat!!!
Hafifah kembali tersenyum..
HAFIFAH: Thank you, ibu!!
Hafifah berlari mendekati pantai.. Sudah lama dia tidak mandi air laut… Seaa… I’m comingggg!!
Hafifah tidak puas hanya mandi di kawasan pantai. Datang niat jahat untuk pergi ke arah yang lebih jauh lagi. Kakinya berjalan ke dasar laut dan semakin lama semakin jauh..
Erm… cukup takat ni je, kot.. Dah jauh, ni.. Hafifah segera memberhentikan langkahnya namun ombak menderu ke arahnya. Hafifah cuba untuk melarikan diri dari ombak tetapi kakinya tergelincir lantas badannya bergerak ke belakang.. Pada waktu itu dapat dia rasakan kakinya tidak menjejaki tanah… Dia cuba untuk berenang tetapi seluar track-suit menghalang pergerakan kakinya untuk mengibas laut. Dia semakin ke belakang dan mula tenggelam. Demi nyawa, dia cuba untuk menjerit meminta tolong tetapi suaranya tidak keluar. Tekaknya perit kerana telah menelan banyak air laut. Tangannya diusahakan melambai ke udara. Harapan semoga ada orang yang melihatnya. Kemudian dia tidak sedar selepas itu. Hanya memohon agar dirinya selamat. Pada masa itu, fikiran hanya memikir nyawanya hanya dihujung tanduk. Dia tak mahu mati, dia masih muda lagi. Masih banyak rencana hidup yang perlu dia lalui… Oh Tuhan selamatkanlah aku. Aku janji aku takkan degil lagi.

Sedang dia hampir putus asa, tiba-tiba ada tangan menarik tangannya.
LELAKI: Cepat, peluk saya!!!
Hafifah cuba menguatkan kudratnya untuk merangkul leher lelaki itu. Namun wajahnya hanya samar.. dia hampir pitam dan tidak ingat selepas itu… Telinganya hanya mendengar kembali ketika lelaki itu menjerit menyuruh orang sekeliling menelefon ambulans. Hafifah cuba membuka mata… memang kelihatan jelas wajah Hezriq yang dia nampak. Tapi…

Hafifah terjaga dari tidur… Dia bermimpi rupanya. Tapi baginya itu bukan mimpi tapi petunjuk…
Benarkah Hezriq penyelamatnya? Tapi kalung tu siapa punya? Idham atau Eriq?

**********************

Puas Hafifah memujuk ibunya agar membenarkan dirinya pergi bercuti di Cherating tetapi ibunya membantah..
HAFIFAH: Boleh la, ibu…
IBU FIFA: Tak boleh!!!!!
HAFIFAH: Ala… bukan Fifa nak mandi pun. Nak melawat tempat tu je.
IBU FIFA: Ibu cakap tak boleh tu tak boleh la.. Cuba Fifa dengar cakap ibu!!
Hafifah diam. Ibunya betul-betul marah…
IBU FIFA: Ibu tak nak benda lama berulang lagi. Lebih-lebih lagi bila Fifa jauh dari ibu.
HAFIFAH: Tapi ibu…
IBU FIFA: Sudah, Fifa! Keputusan ibu muktamad! Ayah kau dah tinggalkan kita. Ibu tak nak kehilangan kau pula!!
Ibu segera mengelap kelopak matanya. Matanya berair… Memang benar kata ibunya, arwah ayah dah lama pergi, ibu hanya ada aku..

*****************

MARY: So macam mana?
HAFIFAH: Ibu aku tak bagi la..
MARY: Same too… Fifa, if I am a parent, I pun takkan benarkan anak I pergi jauh dari I. It’s too dangerous. Since kita tak boleh nak measure apa anak kita buat kat tempat jauh macam tu.
Hafifah diam…
MARY: I want to ask you. Why suddenly you want to go there? Kan kita plan nak pergi Ulu Yam?
HAFIFAH: Ada memory..
MARY: What memory??
Hafifah masih lagi diam.
MARY: Kalau hanya ada memory, you have to invite you mom also.
Hafifah tidak terkata. Fikirannya bercelaru. Kerana keinginan yang meluap-luap dia lupakan orang lain. Ya Allah, aku dah janji pada kau takkan berdegil lagi.. Maafkan aku Ya Allah…

*****************

Di secret recipe…
Hafifah berjanji untuk bertemu Hezriq di situ…
Hampir 5 minit berlalu akhirnya Hezriq muncul. Lelaki itu segera melambaikan tangan dan berjalan mendekati meja yang didudukinya..
HEZRIQ: Sorry sayang.. I’m late.
HAFIFAH: It’s ok. Fifa pun baru sampai.
HEZRIQ: Lama tak jumpa sayang.. rindu sangat.
Hezriq memegang tangan Hafifah erat. Hafifah hanya tersenyum…
HAFIFAH: Eriq… kalau Fifa ajak Eriq pergi Cherating..Eriq nak ikut, tak?
HEZRIQ: Cherating????
Hafifah mengangguk…
HEZRIQ: Buat apa?
HAFIFAH: Saje bercuti..
HEZRIQ: Siapa lagi ikut?
HAFIFAH: Belum tahu lagi. Plan nak ajak Mary, Am and Kelvin.
HEZRIQ: Kenapa sampai ke Cherating? Jauhnya…
HAFIFAH: Errr…
HEZRIQ: Eriq tak mahu pergi la!
HAFIFAH: Why?
HEZRIQ: Sebab dulu Eriq pernah pergi sana…
Hafifah memandang Eriq. Inilah masanya dia ingin mengorek sesuatu rahsia dari Eriq. Ya, rahsia yang telah lama ingin dibongkarkan..
HAFIFAH: Eriq pergi sana buat apa?
HEZRIQ: Ada family gathering kat sana. Keluarga ibu kami…
Hafifah terkejut.. jadi kalau ada family gathering keluarga ibu mereka, kira keluarga Idham pun ada bersama…
HEZRIQ: Dulu pernah ada kes orang lemas kat sana.
HAFIFAH: Ye? Siapa?
HEZRIQ: Eriq pun tak ingat siapa orangnya. Benda ni dah lama. 5 ke 6 tahun yang lepas. Macam tu la.
HAFIFAH: Masakan Eriq tak tahu siapa budak tu?
HEZRIQ: Memang la. Eriq tengok-tengok macam tu, je.
HAFIFAH: Lelaki ke perempuan?
Hezriq hairan dengan kelakuan Hafifah.. Gadis itu nampak excited..
HEZRIQ: Kenapa Fifa tanya banyak-banyak, ni?
Hafifah tersedar. Dia terlebih pula.
HAFIFAH: Err.. takde sebab kan Fifa nak pergi sana. Bila Eriq dah open cerita pasal lemas, tu yang Fifa nak tahu sangat.
Hezriq mengangguk faham… Hafifah menghela nafas. Rahsianya hampir terbongkar..
HEZRIQ: Budak tu budak perempuan…
HAFIFAH: Siapa yang selamatkan budak tu?
HEZRIQ: Eriq la! Eriq kan hero….!
Hafifah terkejut… Hezriq????? Sah, dia la penyelamat aku!
Hafifah hampir gembira tetapi….
HEZRIQ: Hahahah… Fifa percaya, ke?
Hafifah tercengang…
HAFIFAH: Kenapa tak percaya pula.. Eriq kan terer dalam segala bidang..
Hezriq ketawa…
HAFIFAH: Kenapa Eriq ketawa?
HEZRIQ: Terer macam mana pun, tetap ada kelemahan..
HAFIFAH: Kelemahan?
HEZRIQ: To be honest… Eriq tak pandai berenang!
HAFIFAH: What?
HEZRIQ: Kenapa? Tak percaya?
HAFIFAH: Tadi kata Eriq selamatkan budak perempuan tu…
HEZRIQ: Bukan Eriq la… Eriq tipu tadi…
HAFIFAH: Habis siapa?
Hezriq hanya tersenyum….
HAFIFAH: Eriq… siapa???
HEZRIQ: Kenapa Fifa excited sangat ni? Benda tu dah lama la. Dah lapuk pun… Budak tu pun dah sihat walafiat rasanya sekarang… Dah la… kita order air la, ye? Waiter….
Hafifah kecewa.. kenapa Eriq tak nak bagitau siapa lelaki tersebut? Dalam kepala otaknya sekarang adalah Idham.. Idham la orang yang terakhir… Am, ke??

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...