RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 21

BAB 21

Malam itu, Hafifah membantu ibunya membuat biskut yang dipesan di rumah mereka.
HAFIFAH: Banyak ke keluarga Pakcik Mat tu nak biskut ni, bu?
IBU FIFA: Banyak la jugak. Dalam 100 kotak.
HAFIFAH: Wah! Banyaknya! Untuk apa, ye?
IBU FIFA: Katanya untuk kenduri kahwin anak perempuan diorang hujung bulan ni.
HAFIFAH: Ni mesti untuk jemputan. Pelik ye bagi biskut? Selalunya orang bagi muffin, kek atau telur rebus je. Tak pun gula-gula.
IBU FIFA: Diorang nak buat cara lain la tu. Lagipun bagus apa... bertambah popular la biskut ibu ni nanti. Mana la tahu kalau satu hari nanti biskut ibu ni popular sampai ke luar negara. Kaya kita nanti!
HAFIFAH: Ibu ni, berangan je lebih.
IBU FIFA: Dari berangan tu la kalau kita usaha akan jadi kenyataan.
Hafifah tersenyum..
Tiba-tiba handphonenya berbunyi...
IBU FIFA: Eriq la tu.
Hafifah hanya tersengih lantas berlari ke ruang tamu.
HAFIFAH: Hai, Eriq...
HEZRIQ: Hai, sayang tengah buat apa tadi?
HAFIFAH: Fifa tengah tolong ibu buat biskut. Eriq buat apa plak?
HEZRIQ: Eriq tengah surfing internet. Nak find information tentang universiti kat luar negara.
HAFIFAH: Eriq nak sambung belajar ke luar negara?
HEZRIQ: Tak tau lagi. Tapi Eriq dalam perancangan..
HAFIFAH: Eriq nak tinggalkan Fifa, ke?
Kedengaran suara Eriq ketawa.
HEZRIQ: Fifa, kan Eriq cakap Eriq dalam perancangan. Itu belum confirm...
HAFIFAH: Eriq nak sambung ke mana?
HEZRIQ: Eriq selalu dengar bidang engineering elok dekat Jepun. So Eriq try find out semua universiti kat sana.
HAFIFAH: Fifa doakan Eriq berjaya.
HEZRIQ: Fifa kan nak jadi doktor? Doktor selalunya banyak train kat luar negara.
HAFIFAH: Ya... kat Ireland. Tapi Fifa kena tengok result Fifa dulu. Lagipun Fifa ingat nak study dalam negara je.
HEZRIQ: Kalau kita study abroad, pengalaman hidup di tempat orang lagi bermakna.
HAFIFAH: Eriq dah tekad, ke?
HEZRIQ: Mesti la... Tapi Eriq pun nak tengok result Eriq gak. Mana tau kalau bagus and ada peluang.. takkan nak lepaskan.
Hafifah hanya mendiamkan diri. Dia sedih apabila mendengar keputusan Eriq. Dia tidak terkejut sekiranya Eriq mendapat keputusan cemerlang. Lelaki itu cemerlang dalam segala bidang. Bidang sukan dan akademik.
HEZRIQ: Fifa, kenapa senyap je?
HAFIFAH: Takde apa-apa la.
HEZRIQ: Jangan risau, ini perancangan je. Maybe Eriq study dalam negara juga, kot.
Hafifah masih lagi diam...

*************

Malam itu Hafifah tidak boleh memejamkan matanya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Hezriq di telinga.
Seriuskah dia? Oh, Tuhan... aku tak sanggup berpisah dengannya.

**************

Besoknya Hafifah membantu ibunya di kedai. Masuk hari ini sudah sebulan Hafifah bekerja dengan ibunya sejak hari terakhir peperiksaan SPM. Dari dia duduk lepak di rumah, ada gunanya dia membantu ibunya menjual biskut. Dapat juga duit poket.

Pagi itu pelanggan tidak berapa ramai. Hafifah sibuk berborak dengan pekerja ibunya, Kak Hashimah. Ibunya pula sibuk membuat biskut di dapur bersama beberapa pekerja yang lain.
HASHIMAH: Fifa nak sambung belajar ke mana lepas, ni?
HAFIFAH: Tak tahu lagi, kak. Belum terfikir. Maybe lepas result keluar baru nak fikir kot.
HASHIMAH: Fifa nak ambil bidang apa?
HAFIFAH: Kalau boleh nak ambil surgery. Tapi tengok la result macammana.
HASHIMAH: Ooo.. nak jadi doktor, ye? Eriq?
HAFIFAH: Eriq nak ambil civil. Itu pun tengok result jugak.
YUSOF: Shima, mari tolong kitorang bancuh adunan kejap.. tak cukup tangan, la.
HASHIMAH: Ok!
Yusof... pembantu chef ibu di dapur. Hashimah hanya bekerja sebagai pelayan dan adakalanya khidmat dia diperlukan di dapur.
Hashimah segera ke dapur. Tinggal la Fifa. Dia mengeluh lantas mengambil tuala bersih untuk mengelap pinggan dan gelas yang baru dibasuh.
Sedang Fifa leka mengelap tiba-tiba....
IDHAM: Bagi biskut coklat 100 gram...
HAFIFAH: Ok..
Hafifah segera mengambil beg kertas untuk memasukkan biskut.. Kemudian dia ke mesin timbang untuk menimbang biskut tersebut.
Dia langsung tidak memandang Idham di kaunter.
IDHAM: Hai, busy sampai tak pandang orang langsung.
Hafifah terkejut. dia menoleh...
HAFIFAH: Am???
Idham hanya tersengih memandang Fifa. Lelaki itu dah lain sekarang..
HAFIFAH: Lama tak jumpa kau. Makin hensem nampak.
IDHAM: Takde la.. Biasa je. Kau apa khabar?
HAFIFAH: Sihat je. Kau?
IDHAM: Aku pun sihat gak. Kalau tak, takdenya aku datang jauh ke kedai kau, ni.
Hafifah ketawa..
IDHAM: Aku dah lama tak jumpa Eriq. Dia buat apa sekarang?
HAFIFAH: Hai, ko kan rapat dengan dia.. Masakan kau tak tahu dia buat apa sekarang?
IDHAM: Alaa... dia selalu sangat dengan kau. Mana nak lepak dengan aku gik.
HAFIFAH: So ko jeles, la?
IDHAM: Huh! Takde maknanya aku nak jeles.
Hafifah segera mengikat beg kertas berisi biskut itu dengan reben. Sudah menjadi tradisi, setiap biskut yang dijual mesti diikat dengan reben berwarna silver. Itulah trademark kedai mereka.
IDHAM: Ikat elok-elok, tau. Itu mak aku yang nak.
Hafifah berhenti mengikat. Mak? Tiba-tiba dia teringat ibu Idham. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan wanita itu. Wanita yang seiras dengan mama Eriq.
HAFIFAH: Mak kau apa khabar?
IDHAM: Dia sihat, je. Selalu sangat dia bertanyakan pasal kau. Bila kau nak datang rumah jenguk kami sekeluarga?
Hafifah tersenyum...
IDHAM: Dia teringin nak makan biskut kau, ni. Tu yang aku datang sini beli. Lagipun esok harijadi dia.
HAFIFAH: Ye? Sampaikan ucapan "Hepy besday" aku pada dia, ye?
IDHAM: Sampaikan, je? Hadiah-hadiah takde, ke?
HAFIFAH: Haa... kau ambil la biskut ni. Aku hadiahkan pada mak kau.
IDHAM: Mana boleh, aku baru plan nak bagi hadiah ni pada mak aku.
HAFIFAH: Alaa... takpe.. kira kongsi-kongsi la.
IDHAM: Mana boleh. Ha! Apa kata kalau kau sendiri yang datang masa besday dia. Kira diri kau tu hadiah dia, la.
HAFIFAH: Ish! Mana boleh... diri aku ni berharga. Tak boleh jadi hadiah.
IDHAM: Alaa.. ko datang jenguk dia pun mak aku dah gembira.
HAFIFAH: Tengokla.. haaa.. apa kata esok aku datang bawa kek besday untuk dia. Hasil buatan aku? Amacam?
IDHAM: Bagus juga idea kau tu. Jadi confirm la kau nak datang esok?
HAFIFAH: Insya'allah... malam ni aku mesej kau, ye..
IDHAM: Ok! Mesti mak aku gembira jumpa kau, nanti.
Hafifah ketawa...
MAK FIFA: Apa yang riuh-riuh sangat, ni?
Mereka berdua terkejut... Ibu Hafifah segera mendekati mereka..
HAFIFAH: Err... ibu... kenalkan, ini Idham. Orang panggil Am... Dia ni kawan sekolah Fifa.
IDHAM: Apa khabar, makcik?
Idham menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya..
Salam disambut dengan senyuman..
MAK FIFA: Makcik ingat si Fifa ni ada sorang je kawan lelaki. Rupa-rupanya ramai...
Hafifah membuntangkan matanya. Tidak mengerti maksud ibunya sendiri.
HAFIFAH: Ibuuu...
Idham hanya ketawa sahaja.
MAK FIFA: Kamu duduk kat mana, Am?
IDHAM: Dekat Taman Kencana, makcik.
MAK FIFA: Oh.. taman sebelah je. Am beli biskut untuk siapa? Awek ke?
HAFIFAH: Err... untuk mak dia.
Idham hanya mengangguk..
MAK FIFA: Oh, untuk mak... bagusnya... jarang ada anak yang sayang mak dia lebih.
HAFIFAH: Dia beli untuk besday mak dia.
MAK FIFA: Betul ke, Am?
IDHAM: Betul, makcik.
MAK FIFA: Errmm.. nanti kirim salam makcik pada dia, ye? Biskut ni makcik bagi free..
IDHAM: Eh tak payah la makcik
MAK FIFA: Takpe... Ambil berkat.
HAFIFAH: Ambil je, Am. Mak aku dah bg free, tu.
IDHAM: Err.. Terima kasih, makcik..
MAK FIFA: Sama-sama. Kamu berborak la dulu, ye. Makcik ada keje kat belakang..
Mereka mengangguk. Ibu Hafifah kembali menyambung kerjanya..
IDHAM: Tak sangka mak kau pun peramah macam mak aku juga.
HAFIFAH: Kata usahawan, kena la peramah... Hehehe...
IDHAM: Eh, aku pulang dulu la. Kang bising pula mak aku. Thanks ya biskut ni...
HAFIFAH: Ok.. kirim salam kat makcik, ye? Insya'allah esok aku datang.
IDHAM: Ok... see you!
Idham berlari keluar dari kedai lantas mendekati basikal 'mountain-bike'nya. Basikal dikayuh meninggalkan kedai...

**********************

Hafifah menatang kek coklat yang dibuatnya di hadapan mak Idham. Mereka menyanyikan lagu harijadi untuknya.
Mak Idham berasa sungguh gembira dan terharu bukan sahaja kedatangan Hafifah malah dengan hadiah kek buatan sendiri.
Hezriq tidak menyertai mereka kerana dia dan keluarganya bercuti di Pulau Pangkor sempena harijadi mamanya.
HAFIFAH: Selamat hari jadi, makcik..
Hafifah mencium pipi mak Idham. Mak Idham gembira.
MAK IDHAM: Thanks, Fifa.. buatkan kek untuk makcik.
HAFIFAH: Takde apa-apa la sangat, makcik.. Senang je membuatnya.
Mereka menyuruh ibunya memotong kek. Idham memberikan hadiah biskut kepada maknya.
IDHAM: Hadiah untuk mak. Mesti mak suka, kan?
MAK IDHAM: Hadiah biskut, kan? Bau pun mak dah tahu...
Mereka ketawa. Petang itu memang membahagiakan.
Sedang ibunya leka menyediakan agar-agar buatannya di dapur, Idham dan Fifa sedang asyik menonton televisyen.
HAFIFAH: Err... Am.. Ayah kau mana? Tak pernah aku nampak ayah kau.
IDHAM: Ayah aku jarang ada kat sini. Dia kena bertugas kat luar negara.
HAFIFAH: Ayah kau kerja sebagai apa?
IDHAM: Tentera.
Hafifah mengangguk.
HAFIFAH: Aku teringin nak tengok muka ayah kau. Mesti macho macam kau juga, kan?
IDHAM: Kau nak tengok, ke? Nanti aku bawa gambar dia.
Idham bergegas ke atas untuk mengambil album gambar. Mak Idham datang sambil menatang dulang berisi agar-agar dan air oren.
HAFIFAH: Susah-susah je, makcik..
MAK IDHAM: Alaa.. bukan selalu kamu datang ke sini.
Hafifah membantu menuangkan air oren ke dalam gelas.
MAK IDHAM: Kamu tak join ke keluarga Eriq pergi bercuti?
Hafifah hanya tersenyum...
HAFIFAH: Fifa belum kenal lagi dengan keluarga Eriq, makcik. Segan pulak nak mengganggu keluarga dorang bercuti.
MAK IDHAM: Yeke? Erm... untung si Ina bakal dapat menantu macam kamu.
Hafifah tersenyum malu...Ina yang dimaksudkan adalah mama Hezriq. Ibu Idham bernama Marlini manakala mama Hezriq bernama Marlina.
HAFIFAH: Takdelah makcik. Fifa macam biasa je.
MAK IDHAM: Biasa apa... luar biasa ni. Kamu pandai memasak, pandai buat kuih... kira dah perfect jadi isteri tu.
Hafifah tersenyum lagi.
MAK IDHAM: Makcik mati-mati ingat kamu ni awek Am. Am tu jarang nak tunjukkan perasaannya pada perempuan. Tak pernah dia bawa mana-mana perempuan datang jumpa makcik. Kamu orang pertama.
HAFIFAH: Am banyak kawan perempuan, makcik. Maybe sebab makcik nak sangat jumpa saya, tu yang dia ajak.
MAK IDHAM: Yeke? Dulu makcik berkenan dengan Piya. Tapi dia tu takde inisiatif nak pergi pikat. Last-last Eriq yang dapat..
HAFIFAH: Err.. Piya tu baik ke dengan keluarga makcik?
MAK IDHAM: Ibu Piya tu kawan baik kitorang masa kecil. Tu yang rapat.
Hafifah hanya mengangguk...
IDHAM: Fifa, ni album dia.
Idham turun sambil membawa album gambar. Dia meletakkan album itu di atas meja.
Helaian demi helaian dibuka.. sampai la ke gambar ayahnya memakai baju tentera.
IDHAM: Ini la ayah aku!
Hafifah terkejut melihat gambar lelaki itu. Mukanya sebiji dalam............. KALUNG!
HAFIFAH: Err.. ini ayah kau?
IDHAM: Yup! Hensem, kan?
Hafifah mengangguk... Dia keliru...
IDHAM: Dan ini gambar papa Hezriq..
Idham menunjukkan gambar papa Hezriq pula. Sah! Bukan seperti dalam kalung.. Jadi.......
IDHAM: Masa ni kitorang buat family gathering kat kampung. Masa arwah opah kami masih ada lagi.
Hafifah masih lagi keliru. Segala apa yang diterangkan oleh Idham dan ibunya selebihnya... hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
Adakah Idham penyelamat dia sebenarnya????

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...