RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 19

BAB 19

Fifa berjalan perlahan mendekati Eriq.
HAFIFAH: Assalamualaikum..
Hezriq mengangkat mukanya. Hafifah terkejut melihat muka Hezriq yang agak pucat dan cengkung. Terseksakah dia selama ini?
HEZRIQ: Fifa?
Hezriq bangun. Dia betul-betul gembira. Hezriq segera mencapai tangan Hafifah.
HEZRIQ: Eriq rindukan Fifa! Kenapa Fifa buat Eriq macam ni?
Fifa hanya memandang sekilas genggaman tangan mereka. Kemudian matanya beralih semula ke wajah Hezriq.
HEZRIQ: Fifa, Fifa dah tak sayangkan Eriq lagi, ke? Fifa nak buang Eriq jauh dari hidup Fifa, ke?
Hafifah memandang sekeliling. Nasib baik dalam perpustakaan itu hanya mereka bertiga sahaja. Kalau tidak, pastinya kisah mereka sudah menjadi bahan bualan.
HAFIFAH: Eriq dah kurus.
Itu sahaja jawapan yang boleh Hafifah ungkapkan. Serius... Dia betul-betul simpati dengan keadaan Eriq sekarang. Memang benar lelaki itu sayangkan dia. Kalau tidak, masakan dia boleh jadi begini.
HEZRIQ: Eriq nak minta maaf pasal hal dulu. Eriq janji, Eriq takkan abaikan Fifa lagi. Fifa nyawa Eriq.
HAFIFAH: Eriq janji?
HEZRIQ: Demi Allah, Fifa. Eriq janji!
Hafifah tersenyum gembira. hilang sudah kemarahannya pada Hezriq. Dan dia betul-betul menghargai segala pengorbanan Hezriq padanya. Mereka duduk berdua-duaan dan belajar bersama pada hari itu. Namun disebalik kemesraan mereka, ada insan lain yang berduka.
Idham hanya tersenyum memandang pasangan tersebut.
IDHAM: Semoga ko bahagia, Fifa. Senyuman ko tu dah cukup buat aku gembira.
Idham segera meninggalkan mereka dan menyambung tugasnya. Biarlah dia berkorban kini yang penting dia takkan menjadi penghalang cinta sejati pasangan tersebut.

*************************

Perkara yang lepas telah lama dilupakan dan kini Hafifah dan Hezriq memulakan hidup baru. Hezriq semakin gembira. Dia berjanji tidak akan mengabaikan gadis yang pernah dia sayang suatu ketika dahulu. Dan dia berjanji akan selalu menyayangi gadis itu.

Cuti sekolah sudah menjelma. Peperiksaan SPM juga sudah pun berakhir. Hezriq menunggu Hafifah di kerusi batu berhampiran dewan. Dia melihat jam di tangan. Sudah pukul 5.00 petang. Bayang Hafifah masih juga belum muncul. Mana pulak dia, ni? Mata Hezriq melilau mencari kelibat Hafifah. Tiba-tiba...
SOFEA: Eriq...
Hezriq terkejut.
HEZRIQ: Piya?
SOFEA: Eriq tunggu siapa?
HEZRIQ: Eriq tunggu Fifa.. Sepatutnya peperiksaan dah habis sejam tadi.
Sofea hanya tersenyum pahit.
SOFEA: Macam mana soalan Fizik tadi? Senang?
HEZRIQ: Alhamdulillah, boleh la jawab.
SOFEA: Mesti Eriq dapat keputusan cemerlang kali ini. Piya masih ingat yang Eriq pernah bagitau Piya yang Eriq nak jadi jurutera satu hari nanti.
Hezriq hanya tersenyum. Gadis di hadapannya masih lagi ayu seperti dulu. Tapi sayang, sudah tiada perasaan sayang pada gadis itu lagi.
HAFIFAH: Eriq.........
Untuk kali kedua Hezriq terkejut. Hafifah mendekati mereka dengan muka masam.
HEZRIQ: Sayang ke mana? Puas Eriq tunggu.
HAFIFAH: Fifa jumpa cikgu buat kali terakhir. Eriq tak baca mesej dari Fifa ke?
Hezriq menggelengkan kepala.
HEZRIQ: Handphone tertinggal dekat rumah.
HAFIFAH: Patut la...
Hafifah memandang Sofea. Apa lagi minah gedik ni nak?
HAFIFAH: Ko nak apa lagi, Piya?
Sofea hanya tersenyum.
SOFEA: Aku tak buat apa-apa pun. Kami hanya berborak.
Hezriq hanya mengangguk bersetuju. Hafifah sengaja mencapai tangan Hezriq dan digenggamnya kemas di hadapan Sofea. Biar perempuan tu tahu Hezriq kepunyaan siapa.
Sofea agak terasa dengan kelakuan Hafifah.
SOFEA: Err... aku pergi dulu. Bye, Eriq.
HEZRIQ: Bye...
Sofea meninggalkan mereka. Hezriq hanya tersenyum melihat tindakan Hafifah yang cemburu.
HAFIFAH: Lain kali Fifa tak mahu Eriq cakap dengan Piya lagi.
HEZRIQ: We're just friends, sayang. Not more than that. I just love you. Only you.
HAFIFAH: I know. But she still you ex-girl. It is not impossible if she still loves you.
Hezriq tersenyum. Dia memegang erat tangan Hafifah.
HEZRIQ: Takde siapa yang boleh halang sayang Eriq pada Fifa. You know what, Eriq dah cerita semua pasal Fifa pada mama. And she wants to meet you today.
HAFIFAH: What?
HEZRIQ: Why? Bukan ini yang Fifa nak?
HAFIFAH: I know but it is too early. Lagipun Eriq tak bincang dengan Fifa dulu. I am not ready yet.
HEZRIQ: Ok... nanti bila Fifa dah ready... Fifa bagitau Eriq, ye?
Hafifah mengangguk senyum..
HEZRIQ: So, bila nak ajak Eriq jumpa bakal mak mertua Eriq?
HAFIFAH: Eriq... are you serious?
Hezriq ketawa...
HEZRIQ: Yes, I am.
HAFIFAH: Later la. Fifa masih pening jawab soalan tadi.
HEZRIQ: So, how was your exam?
HAFIFAH: Not bad. Soalan quite difficult. Eriq?
HEZRIQ: Same too. But I hope my wish will be come true.
HAFIFAH: Nak jadi jurutera ek?
HEZRIQ: Yups.. and you would like to be a doctor, right?
HAFIFAH: Hope so. If my wish will be come true also.
Mereka ketawa.
HEZRIQ: Jom la pulang. Dah lewat petang ni.
HAFIFAH: Ok.. Eriq hantar Fifa sampai depan rumah Fifa, tau.
HEZRIQ: Yela, sayang. Manja betul.
Hezriq mencuit hidung Fifa lembut.
HAFIFAH: Yela... bukan selalu Fifa minta kan? Nak juga manja-manja dengan Eriq...
HEZRIQ: Yelah, tuan puteri...
Mereka berjalan meninggalkan dewan sambil berpegangan tangan. Sofea yang hanya memerhati mereka dari jauh hanya mendengus kuat. Dia benci melihat kemesraan mereka. Takpe... hari ni hari kau... esok lusa hari aku pulak.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...