RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 17

BAB 17

Hampir dua minggu Hafifah merajuk dengan Hezriq. Setiap mesej dan panggilan dari Hezriq tidak dilayannya. Walaupun kali ini dia agak keterlaluan, tapi dengan cara ini sahaja dia boleh mengajar Hezriq supaya tidak mengabaikannya. Kadang-kadang dia benci dengan dirinya sendiri. Hafifah dulu bukan mcm ni. Hafifah dulu lebih kuat sabarnya dari sekarang. Kenapa ko jadi begini, Fifa? Hafifah mengeluh. Sofia pula telah kembali ke sekolah. Malah wajah gadis itu lebih ceria dari sebelumnya. Mana tak ceria kalau tiap2 hari Hezriq melayan kerenah dia. Gadis itu pula cuba tersenyum apabila Hafifah memandangnya. Terukir senyuman sinis dari gadis itu untuknya seolah-olah mengejek.

*******************
Sudah dua hari Hezriq tidak call dia. Malah mesej pun tidak. Dia rindukan Hezriq. Adakah lelaki itu sudah berputus asa? Petang itu, habis sahaja sekolah Hafifah terus ke kedai ibunya.
Di kedai…
IBU FIFA : Fifa… kamu tak balik ke rumah, ke?
HAFIFAH : Malaslah, bu. Fifa nak lepak sini. Duduk rumah pun boring.
IBU FIFA : Fifa dah makan?
HAFIFAH : Takpelah… ibu buat je keje. Nanti kalau Fifa lapar, Fifa ambil sendiri,
ye?
Ibu Hafifah mengangguk senyum lantas ke kaunter melayan pelanggan. Hafifah segera mencari meja kosong untuk melayan perasaan. Dia duduk di meja tepi kedai. Di situ dia boleh melihat pandangan luar. Dia meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi. Dia mengeluh. Tiba-tiba Hashimah, pekerja ibunya membawa segelas air lemon tea untuk Hafifah.
HASHIMAH : Termenung, nampak? Teringat kat pakwe, ke?
Hafifah tersenyum…
HAFIFAH : Takdelah, kak. Saje je tengok pemandangan luar. Tengok orang lalu-
lalang..
HASHIMAH : Nah, air. Tentu Fifa hauskan?
HAFIFAH : Terima kasih, kak.
Hashimah segera menyambung kerjanya semula.
Hafifah kembali mengambil handphone dari dalam kocek baju kurungnya. Dia memandang ke skrin. Kosong. Eriq… call la aku! Sekilas dia pandang ke luar. Dia melihat orang yang lalu-lalang dengan pandangan kosong. Tiba-tiba dia melihat Hezriq berjalan seorang diri di kaki lima jalan. Hatinya riang melihat Hezriq. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Hezriq. Mana tidaknya, setiap kali Hezriq ingin berjumpa… dia sedaya upaya cuba mengelakkan diri dari dilihat lelaki itu. Hafifah sayu melihat Hezriq. Lelaki itu tidak seceria dulu. Dia semakin kurus. Adakah dia rindukan aku? Hafifah segera bangun dari tempat duduknya. Dia mesti mengejar Hezriq sebelum lelaki itu hilang dari pandangan. Belum sempat dia bergerak keluar dari tempat duduknya, tiba-tiba dia melihat Sofia berlari mendapatkan Hezriq. Gadis itu cuba beramah mesra namun tidak dilayan. Sofia memegang lengan Hezriq. Gadis itu gembira berkata-kata. Sakit hati Hafifah melihat kemesraan gadis itu. Perempuan gila!! Orang dah tak suka janganlah dipaksa! Hafifah kembali duduk. Dia geram melihat Sofia.

******************
Setelah hampir sejam duduk termenung di dalam kedai ibunya, Hafifah meminta diri untuk pulang. Dia hanya berjalan kaki menuju ke rumah. Ini adalah kerana jarak rumahnya dengan kedai cuma 200 meter sahaja. Sedang Hafifah berjalan sambil mengelamun tiba-tiba namanya dipanggil seseorang… tanpa disedari seseorang menarik tangannya… kedengaran kuat bunyi hon dari kereta yang melalui mereka. Hafifah terkejut. Jantungnya berdegup kencang.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...