RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 16

BAB 16

Esoknya Hafifah mendiamkan diri. Ramai yang bertanyakan hal Sofia darinya. Dia malas untuk melayan setiap soalan yang diajukan kepadanya. Mary yang kesian melihat Hafifah segera menegur gadis itu.
MARY : Fifa…
Mary melihat mata Hafifah berair. Gadis itu telah lama menyimpan perasaan sedihnya.
HAFIFAH : Mary… kenapa nasib I mcm ni?
MARY : Sabar la, Fifa…
HAFIFAH : I tak sangka masa hari jadi I Hezriq buat hal.
MARY : Apa dah jadi sebenarnya?
HAFIFAH : I tak tahu. Yang I tahu Piya dah musnahkan malam besday I.
MARY : Satu sekolah heboh tentang Piya masuk hospital sebab mkn ubat tidur.
HAFIFAH : Dia saje cari pasal…
MARY : Fifa…
HAFIFAH : I dah tawar hati dengan Eriq!
MARY : Kenapa?
HAFIFAH : I rasa dia masih sayangkan Piya.
Mary mendiamkan diri…
HAFIFAH : Jelas riak wajahnya semalam dia betul2 risaukan Piya.
MARY : Mungkin sebab Piya bekas awek dia. You bincang elok2 dengan dia.
HAFIFAH : I sayangkan dia, Mary.
MARY : I tahu.
HAFIFAH : I terhutang budi dengan dia.
Mary tidak faham. Hafifah mengesat air mata yang mengalir di pipi.
MARY : Maksud you?
Hafifah tersedar dia terlepas cakap.
HAFIFAH : Takde pape, la. Err… I nak tanya you sesuatu…
MARY : Apa dia?
HAFIFAH : Err… Idham dengan Eriq tu ada pertalian darah, ke?
Mary mengangguk..
HAFIFAH : Mereka adik-beradik?
HEZRIQ : Tak! Mereka sepupu. Tapi, kenapa you tanya?
HAFIFAH : Takde pape.. Cuma semalam I jumpa mama Eriq kat hospital. Muka
dia iras mak Idham.
Mary tersenyum..
MARY : Mak Idham dengan mama Eriq adik-beradik kembar.
HAFIFAH : Adik-beradik kembar?
Mary mengangguk…
HAFIFAH : Patutlah…
MARY : Kenapa, Fifa? Ko ada problem dengan tu?
Hafifah tersenyum menggeleng…

***********************

Petang itu, pulang dari sekolah Hafifah menerima mesej dari Hezriq…
‘Tgh buat apa?’
Hafifah mengeluh. Itu je ke mesej dia? Tak tanya aku sihat ke apa ke? Sabar aje la. Fifa membalas.
‘Fifa baru sampai rumah. Eriq kat mana? Tak jumpa Eriq one day, ni?’
Aku rindukan ko, Eriq… dua minit kemudian bunyi mesej kedengaran.
‘Eriq kat hospital lagi. Piya selamat. Dia dalam keadaan stabil skrg. Dia dah sedar pagi tadi.’
Piya? Aku tak tanya pun psl dia. Dia nak mampus ke apa ke… itu hal dia. Sape suruh dia buat hal? Sekarang ni aku nak bincang psl kita. Piya bukan tajuk utama! Astaghfirullahalazim…. Apa yang aku merepek ni?
‘Fifa rindukan Eriq. Eriq tak rindukan Fifa?’
Aduh… kenapa la mesej ni yang aku hantar? Duhai hati… apa yang harus aku buat sekarang?
‘Rindu. But Piya needs me right now. I’m so sorry, syg.’
Piya lagi? Ko ni masih sayangkan dia lagi, ke?
‘Tak boleh ke Eriq jumpa Fifa hari ni? Sekejap, aje.’
Please, Eriq. I need you. Fifa lagi berhak dari Piya!
‘Tak boleh, syg. Fifa… Piya dah bangun tu. Malam ni Eriq call Fifa ok. I love you. Bye!’

****************

Sakit hati Hafifah apabila membaca mesej terakhir Hezriq. Tak habis-habis Piya! Piya! Piya! Piya! Habis aku ni sape? Hafifah melemparkan handphonenya ke katil. Lantas dia mengambil bantal dan menekup mukanya. Dia sedih… sedih yang teramat sangat. Dah la malam besdaynya hancur dan sekarang bila dia memerlukan Eriq, perempuan tu buat hal lagik! Aaarrrgghhh!!!

*****************

Hafifah menunggu panggilan Hezriq malam itu. Dia melihat skrin handphone yang kosong. Bila ko nak telefon aku, Eriq? Setelah lama menunggu, Hafifah mula putus asa. Dia meletakkan handphonenya di atas meja sisi dan bergerak ke meja studynya. Dia perlu siapkan kerja sekolah yang terbengkalai. Takde gunanya dia menunggu panggilan yang tak mungkin dia akan terima malam ni.
Hafifah cuba memahami ayat-ayat di dalam buku itu. Berkali-kali dia membaca namun satu pun tidak masuk ke kepala. Dia mendengus. Fikirannya masih mengingatkan Hezriq. Dia melihat jam di dnding. Sudah lewat pukul 10.30 malam. Namun satu pun panggilan dari Hezriq tidak dia terima.
Sibuk layan puteri gedik tu, kot? Marah dia dalam hati.
5 minit kemudian, handphonenya berbunyi. Mata yang agak mengantuk kembali cerah. Hati Hafifah berbunga kembali apabila mendengar bunyi handsetnya. Mesti Hezriq yang call! Dia segera berlari ke meja sisi katilnya untuk mengambil handphone.
Hafifah melihat nama di skrin. Dia terkejut apabila melihat nama tersebut. Bukan Hezriq yang menghubunginya tapi….
HAFIFAH : Helo, Am…
IDHAM : Hai, Fifa? Assalamualaikum?
HAFIFAH : Waalaikumussalam…
IDHAM : Aku ganggu, ke?
HAFIFAH : Tak lah!
IDHAM : Ko tgh buat apa?
HAFIFAH : Siapkan latihan sejarah.
IDHAM : Ooo… ko apa khabar?
HAFIFAH : Baik, je.
IDHAM : Aku dengar kat sekolah tadi riuh pasal Piya masuk hospital.
Piya lagik! Apesal sume orang risaukan minah gedik, tu!?
HAFIFAH : Hmmm…
IDHAM : Eriq pun tak datang sekolah tadi.
Hafifah terkejut..
HAFIFAH : Eriq tak datang sekolah!!?
IDHAM : A’ah! Ko tak tahu, ke?
Kiranya dia jaga Sofia sepanjang hari?
IDHAM : Fifa… Are you, ok?
Hafifah masih lagi diam. Tiba-tiba kedengaran suara dia menahan esak..
IDHAM : Fifa ko nangis, ke?
HAFIFAH : Aku benci Eriq, Am! Aku benci!
IDHAM : Fifa, kenapa, ni?
HAFIFAH : Dia dah tak sayangkan aku lagi!
IDHAM : Kenapa ko cakap mcm tu?
HAFIFAH : Ko tau kat mana dia sekarang?
IDHAM : Aku tak tahu… aku call dia pun tak dapat.
HAFIFAH : Dia dengan Piya!
IDHAM : Mana ko tau?
HAFIFAH : Petang tadi dia mesej aku. Dia kat hospital jaga Piya masa tu.
Idham mengeluh…
HAFIFAH : Aku rasa dia masih sayangkan pompuan tu.
IDHAM : Fifa… jangan cakap macam tu. Piya bekas awek dia. Walaupun mereka
dah putus tapi mereka tetap kawan.
HAFIFAH : Kenapa dia tak suruh orang lain aje yang jaga dia. Kenapa Eriq?
IDHAM : Maybe Eriq tpt dia dapatkan semangat dia balik.
HAFIFAH : Huh! Semangat konon.
IDHAM : Fifa, ko tak faham…
HAFIFAH : Apa yang aku tak faham!!?
IDHAM : Mereka berkawan sejak kecil.
Hafifah diam…
HAFIFAH : Am…
IDHAM : Ye?
HAFIFAH : Aku nak minta pertolongan ko.
IDHAM : Apa dia?
HAFIFAH : Ko kenal Piya juga dah lama, kan?
IDHAM : Ye…
HAFIFAH : Kalau aku minta ko pikat Piya boleh, tak?
IDHAM : Apa yang ko merepek, ni?
HAFIFAH : Aku tak nak dia rampas Eriq dari aku. Aku sayang sangat dekat Eriq!
IDHAM : Tapi bukan ini caranya…
HAFIFAH : Kenapa? Ko pun kenal Piya dari kecil jugak, kan?
IDHAM : Fifa… jangan paksa aku.
HAFIFAH : Aku tak paksa ko, Am. Aku nak minta tolong ko, aje!
IDHAM : Tapi cinta tak boleh dipaksa!!!
Hafifah terdiam… dia terkejut bila Idham menengkingnya begitu…
HAFIFAH : Maafkan aku, Am. Aku… aku keterlaluan. Tapi mustahil ko tak pernah
jatuh cinta pada Piya? Dia lawa…
IDHAM : Cinta tak mengenal rupa, Fifa. Aku tak pernah ada perasaan pada dia.
Sekali lagi Hafifah terdiam. Dia mengeluh. Dia tahu dia agak keterlaluan memaksa Idham. Lelaki tu tidak sepatutnya terjebak dalam cinta tiga segi antara dia, Hezriq dan Sofia.

****************************

Esoknya Hafifah tidak ke sekolah. Dia sakit. Ya… sakit hati. Dia malas untuk ke sekolah bagi melayan kerenah rakan sekelasnya yang sibuk bertanyakan Sofia padanya. Semuanya mengaitkan percintaan dia dan Hezriq yang kononnya berkaitrapat dengan cubaan Sofia membunuh diri.
Hafifah memandang handsetnya apabila bunyi mesej kedengaran. Dia melihat nama si penghantar. Dari Mary. Hafifah menekan punat ok.
‘You sihat, Fifa? Kenapa tak datang sekolah?’
Hafifah mengeluh…
‘I tak sihat.’
Hafifah menunggu mesejnya dibalas. Berapa minit kemudian handsetnya berbunyi sekali lagi.
‘You sakit apa?’
Sakit hati! Sakit hati melayan kerenah budak kelas kita!
‘I demam. You bagitau Miss Lim.’
Lain yang difikir lain yang ditulis. Miss Lim adalah guru kelas mereka.
‘Hai, demam cinta, ke? Hehehe.. Ok, my dear. Don’t forget to take a medicine. I will inform Miss Lim when she comes to our class, ok? Jgn fikir sgt. It will be ok! Bye’
Hafifah tersenyum membaca mesej Mary. Gadis itu tahu perasaan dia. Mary la sahabat dia dunia akhirat.

****************

Satu hari Hafifah tidur di biliknya. Ibunya telah lama ke kedai. Adik-adiknya yang lain pula masing-masing telah pergi ke sekolah untuk sesi petang. Mesej handsetnya berbunyi. Kali ini betul2 dari Hezriq.
‘I’m so sori syg for the last night. Suppose I called you but… I miss you. Eriq cari Fifa kat sekolah tadi. Mary cakap syg tak datang ke sekolah hari ni. Eriq on the way ke rumah syg, ni… ’
Hafifah mengeluh. Sakit hatinya tidak hilang lagi dari semalam. Fifa membalas…
‘Datang sini buat apa? Pergilah kejar Piya, tu!’Padan muka ko! Sakitkan hati aku lagi!. 2 minit kemudian bunyi mesej kedengaran.
‘Kenapa ni syg? Eriq tau Eriq salah. I’m so sori. Smlm Eriq tension. Eriq tersepit syg.’
Tersepit konon. Kalau ko tak manjakan sangat si Piya tu takde benda ni berlaku!, rintih hati Fifa.
‘Jgn kacau Fifa! Fifa nak bersendirian! I’m sick of you!’
Aku sakit sebab ko tau tak!!
‘Syg, jgn mcm ni. Kita jumpa? Kita setelkan mslh ni bersama. Plsss…’
Setelkan masalah? Boleh… boleh blah!
‘Tak nak! Leave me alone! I hate you!!!!!!’
Kali ini Hafifah terus menekan off handsetnya. Malas dia nak melayan kerenah Hezriq. Dia mengada-ngada? Biarlah apa Eriq nak fikir. Dia pun ada hak untuk merajuk. Biar padan muka dia!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...