RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 15

BAB 15

Di hospital. Hezriq berlari meninggalkan Hafifah yang terkapai-kapai dengan kasut tingginya. Lelaki itu seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui keadaan Sofia. Hafifah mengekori buntut Hezriq menuju ke wad kecemasan.
Hezriq berlari ke kaunter…
HEZRIQ : Dimana wad kecemasan yang menempatkan gadis bernama Sofia
Maisara Ahmad?
NURSE : Sebentar ye, encik.
Nurse itu mencari senarai nama dari buku pendaftaran…
NURSE : Di wad 5. Encik terus dan masuk kiri.
HEZRIQ : Terima kasih.
Hezriq berlari ke arah wad tersebut. Dia seolah-olah lupa akan Hafifah. Di dalam fikirannya adalah Sofia.
Sebaik sahaja sampai di wad kecemasan, dia melihat ibu dan adik-beradik Sofia duduk menunggu di kerusi panjang yang terletak di hadapan bilik kecemasan. Ibunya dari tadi menangis-nangis. Adik Sofia yang kedua, Mariah sibuk mententeramkan ibunya.
HEZRIQ : Makcik!
MAK PIYA : Eriq!!
Segera Mak Sofia bangun dan memeluk lelaki itu.
HEZRIQ : Bagaimana dengan keadaan Piya, makcik?
MAK PIYA : Makcik tak tahu. Dia masih lagi dalam wad kecemasan.
HEZRIQ : Kita berdoa aje, makcik. Semoga Piya selamat.
Hezriq cuba menenangkan Mak Sofia. Wanita itu dari tadi tidak henti-henti menangis. Hafifah yang termengah-mengah mendekati mereka.
HAFIFAH : Eriq?
HEZRIQ : Fifa, maafkan Eriq ye. Kita tak boleh sambut hari jadi Fifa malam ni.
Hafifah tersenyum pahit.
HAFIFAH : Takpe.
MAK PIYA : Siapa ni, Eriq?
HEZRIQ : Err.. ni Hafifah, makcik. Fifa, ni mak Piya.
HAFIFAH : Makcik…
Mak Sofiah mengangguk. Dia segera beralih ke arah Hezriq.
MAK PIYA : Eriq, makcik risau!
HEZRIQ : Sabar makcik. Piya mesti selamat.
MAK PIYA : Makcik dah call mama kamu. Diorang on the way ke sini.
Hezriq mengangguk. Hafifah terkejut. Mak Hezriq? Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Dia tidak pernah melihat ibu Hezriq secara life. Adakah serupa di dalam gambar itu? Dia ingat-ingat lupa wajah itu. Hafifah memandang Hezriq dan Mak Sofia. Ah, keluarga Hezriq dan Sofia begitu rapat. Adakah aku penghalang cinta mereka? Hafifah menggelengkan kepala. Hezriq kini haknya. Dia bukan orang ketiga. Percintaan mereka musnah juga bukan kerana dia. Dia bercouple dengan Hezriq apabila mengetahui cinta mereka dah berakhir. Jadi dia tidak bersalah!
HEZRIQ : Fifa?
Hafifah tersedar dari lamunan.
HEZRIQ : Kita duduk sana?
Hafifah mengangguk. Kakinya terasa sakit.
HAFIFAH : Aduh…
Hezriq mengalih pandangannya kea rah Hafifah…
HEZRIQ : Kenapa, Fifa?
Hafifah melihat kakinya…
HAFIFAH : Kaki Fifa sakit…
HEZRIQ : Mesti melecet. Fifa pakai kasut tinggi.
HAFIFAH : Fifa lari tadi.
HEZRIQ : Mari duduk kat bangku tu…
Hafifah mengangguk. Hezriq memapah Fifa…
Sebaik sahaja Hafifah duduk, Hezriq segera membuka kasut itu…
HEZRIQ : Kaki Fifa dah melecet ni. Fifa duduk sini. Eriq pergi ambil ubat kat
nurse, ye?
Hafifah mengangguk. Matanya memandang Hezriq sehingga bayang lelaki itu hilang.
Sedang dia leka menunggu Hezriq, tiba-tiba kelihatan seorang wanita mendekati mereka dalam keadaan cemas. Hafifah terkejut. Itukan mak… Idham? Wanita itu melaluinya. Langsung tidak memandang Hafifah. Apa makcik buat dekat sini? Wanita itu menghampiri ibu Sofia lantas mereka berpelukan. Sekali lagi Hafifah hairan. Mak Idham juga mengenali keluarga Sofia? Wanita itu cuba menenangkan ibu Sofia.
Hezriq yang baru sahaja mengambil first aids dari nurse terkejut dengan kehadiran wanita itu.
HEZRIQ : Mama!!
Wanita itu menoleh ke arah Hezriq. Hafifah terkejut… Mama? Itukah ibu Hezriq? Tapi…
Wanita itu segera ke arah mereka.
MAMA ERIQ : Eriq!!
HEZRIQ : Bila mama sampai?
MAMA ERIQ : Baru, je. Macam mana dengan Piya?
HEZRIQ : Tak tahu lagi, mama. Dia masih lagi kat wad kecemasan.
Mama Hezriq mengangguk… Hezriq segera melutut di hadapan Hafifah. Dia membuka first aids itu untuk mengambil iodine dan plaster.
MAMA ERIQ : Sape ni, Eriq?
HEZRIQ : Lupa pulak. Mama, inilah Fifa. Kawan Eriq.
Hafifah terkejut. Kawan?
MAMA ERIQ : Dia buat apa kat sini?
HEZRIQ : Kami on the way nak pegi makan dengan kawan2. Tiba-tiba dapat call
dari mak Piya, kitorang terus ke sini.
Sakit hati Hafifah bila mendengar penjelasan Hezriq kepada ibunya. Kenapa Hezriq tidak berterus terang yang mereka pasangan kekasih? Kenapa harus menipu? Mama Eriq mengangguk. Mama Hezriq meminta diri untuk ke arah mak Sofia. Hezriq masih lagi memegang kaki Hafifah untuk disapu dengan iodine.
Hafifah menarik kakinya.
HAFIFAH : Tak payah! Biar Fifa je yang buat.
Hezriq mengeluh…
HEZRIQ : Kaki Fifa ni luka. Biar Eriq yang buatkan.
Hezriq lantas menarik semula kaki Hafifah. Dia menyapu luka itu dengan berhati-hati.
HAFIFAH : Kenapa Eriq tak berterus-terang dengan mama Eriq pasal Fifa?
Hezriq masih lagi leka dengan sapuannya.
HAFIFAH : Eriq dengar tak, ni?
Hezriq berhenti menyapu. Dia mengeluh.
HEZRIQ : Fifa, keadaan sekarang tak sesuai untuk bercerita pasal kita. Harap Fifa
faham.
HAFIFAH : Tapi tak salah kan kalau Eriq cakap yang Fifa ni awek Eriq.
HEZRIQ : Fifa… mama Eriq tak tahu yang Eriq dengan Sofia dah putus!
Hafifah terkejut… dia tak boleh terima kata2 Hezriq itu. Malam hari jadinya, dia menerima tamparan paling hebat seumur hidupnya.

**********************

Malam itu Hezriq menghantar Hafifah pulang. Tiada langsung perbualan antara mereka sepanjang perjalanan balik. Sampai sahaja di rumah, Hezriq terus berlalu tanpa mengucapkan kata-kata selamat tinggal. Hati Hafifah remuk. Inikah hadiah special yang dikatakan Hezriq?
Hafifah melemparkan tubuhnya di atas katil. Dia menangis semahu-mahunya. Dia sedih yang teramat sangat. Tiada langsung kata2 sayang dari Hezriq sepanjang perjalanan balik. Tiada langsung kata-kata selamat tinggal terungkap dari bibir lelaki itu sebelum meninggalkan rumahnya.
Hafifah bangun dan mendekati meja studynya. Dia membuka laci dan mengeluarkan sebuah kotak yang berisi kalung tersebut. Dia tak sabar2 untuk melihat gambar tersebut. Mak Hezriq dan Mak Idham adalah wanita yang sama. Tapi… kenapa wanita itu tidak mengenalinya?
Hafifah membuka buah kalung itu. Dia terkejut. Memang itulah wanita yang dijumpainya di hospital tadi. Wanita itu juga pernah berbual mesra dengannya di rumah Idham. Adakah Idham dan Hezriq adik-beradik? Atau… mereka adalah sepupu? Atau Ibu Hezriq dan Ibu Idham adalah kembar? Aahhh!! Hafifah memegang kepalanya. Sakit kepalanya memikirkan perkara itu. Dia baring di atas katil dan beberapa minit kemudian dia terlena tanpa menukar pakaian terlebih dahulu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...