RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 14

BAB 14

Hafifah membilang hari di kalender. Lagi 2 minggu dia akan menyambut hari jadinya yang ke-17. Dia tak sabar menunggu saat itu. Dan yang paling penting dia ingin menguji Hezriq samada benar lelaki itu ingat tarikh lahir dan nama penuhnya ataupun tidak!
HAFIFAH : Aku kena diam. Aku nak pastikan yang dia benar2 sayangkan aku
ataupun tidak.

**************

Idham menandakan sesuatu pada kalender. Lagi 2 minggu Fifa akan menyambut hari lahirnya. Dia berharap gadis itu akan memperoleh kegembiraan pada tarikh itu, 25 Mei 2007. Idham mengeluh. Kalaulah kau menjadi milikku….alangkah bahagianya…

**************

Perlawanan akhir akan bermula tidak lama lagi. Hezriq memegang tangan Hafifah lantas diciumnya lembut.
HEZRIQ : Doakan Eriq, sayang.
Hafifah mengangguk…
HAFIFAH : Good luck! Doa Fifa akan sentiasa mengiringi Eriq…
HEZRIQ : Kalau Eriq berjaya… ini adalah hadiah paling berharga dari Eriq untuk
Fifa sempena hari jadi Fifa tak lama lagi!
Hafifah terkejut… dia tahu?
HAFIFAH : Eriq tahu besday Fifa?
HEZRIQ : Masakan Eriq tak tahu? Fifakan buah hati pengarang jantung Eriq.
Tarikh 25 Mei dah tersemat dalam jiwa Eriq selama, ni! Itukan tarikh
keramat bagi gadis bernama Nurul Hafifah Hashim?
Hafifah gembira yang teramat sangat. Memang lelaki itu benar2 menyayangi dirinya. Sekarang tiada lagi syak wasangka yang selama ini menyelubungi fikiran. Terungkap sudah segala jawapan yang ditunggu selama ini
Hafifah memeluk erat Hezriq…. Hezriq tersenyum. Masih dia ingat sewaktu Hafifah bertanyakan soalan itu di saat mereka mula-mula bercinta. Jenuh dia mencari jawapan bagi soalan itu. Mana tidaknya, waktu itu dia langsung tidak tahu nama penuh Hafifah…jangankan nama penuh, tarikh lahir pun tidak diketahuinya. Mujurlah dia bijak menutur kata agar gadis itu tidak mendesak dia memberi jawapan dengan segera. Pulang dari rumah, Mary la yang dicari. Dan sehingga kini dia bersedia untuk menjawab soalan itu kerana sayang dia kepada Fifa begitu mendalam.

************************

Hezriq dikendong oleh rakan-rakan setelah permainan tamat dan mereka dinobatkan sebagai juara untuk kali yang ke-4. Hafifah, Mary dan Idham adalah antara yang paling gembira sekali apabila pengumuman juara dilaungkan. Seperti yang dijanjikan, inilah hadiah paling bermakna buat Fifa dari Hezriq seumur hidupnya. Takkan dia lupa waktu yang paling indah ini…
Hezriq segera memeluk Hafifah ketika gadis itu mengalirkan airmata gembira di hadapannya.
HEZRIQ : Sayang, kenapa menangis?
HAFIFAH : Fifa gembira, Eriq!
HEZRIQ : Syyy… kan kita dah menang. Jangan menangis ye sayang? Eriq nak
Fifa ketawa gembira.
HAFIFAH : Inilah hadiah yang takkan Fifa lupa sampai bila2.
Hezriq memandang Hafifah. Dia mengesat lembut pipi gadis itu yang telah dibasahi air mata.
HEZRIQ : Eriq akan sentiasa menyayangi Fifa sampai bila2.
Hafifah mengangguk…
Kemudian mereka kembali berpelukan…
Idham hanya memandang sayu apabila melihat mereka berpelukan. Mary menyentuh bahu Idham. Idham tersenyum pahit. Dia faham perasaan lelaki itu. Sofia yang tidak pernah datang melihat perlawanan itu kini muncul. Niatnya untuk mengucapkan tahniah kepada Hezriq tidak kesampaian apabila dia melihat lelaki itu berpelukan dengan Hafifah. Timbul rasa cemburu di hatinya apabila melihat kebahagiaan mereka..

Hezriq dan Hafifah berjalan berpimpinan tangan menuju ke stesen bas.
HEZRIQ : Nanti besday sayang, Eriq nak bagi something special for you!
HAFIFAH : Eriq nak bagi apa?
HEZRIQ : Eh, mana boleh bagitau. Nanti tak surprise la…
Hezriq mencuit hidung gadis itu. Hafifah ketawa kecil. Genggaman tangan semakin erat..

*************************

Dua minggu berlalu… akhirnya tibalah masa yang ditunggu2…
Hari ini adalah hari lahir Hafifah…
Di dalam kelas Hafifah sibuk membaca mesej yang diberikan Hezriq kepadanya lewat malam semalam…
‘Hepy besday sayang, petang esok siap lawa2 tau… Eriq nak bawak Fifa dinner kat Saloma Bistro. And I have something special for you. Lots of love Eriq’
Hafifah tersenyum sorang-sorang. Tak sabar rasa di hati ingin menyambut hari jadinya malam ini bersama Hezriq. Sambutan hari jadi pertamanya bersama yang disayang. Apalah special yang Hezriq rahsiakan tu.
MARY : Hepy besday, Fifa!!!!!
HAFIFAH : Opocot mak kau!!!
Hafifah terkejut beruk. Mary ketawa berguling2..
HAFIFAH : Mary…!!!! You ni dah gile ek? Terkejut I tau. Kalau ada sakit jantung
dah lama I kiok!
MARY : Alaaa… sekali sekala. Bukannya selalu. Tak sangka you ni melatah
orangnya. Hehehe…
Hafifah menjeling. Sakit dada dia disebabkan kejutan tadi. Dia megurut dada perlahan. Mary duduk di sebelahnya.
MARY : Alaaa… sori la kawan. Lain kali I tak buat gi ek?
Mary memujuk tetapi tidak dihiraukan Hafifah. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dan dihulurkan kepada Hafifah.
MARY : This is for you. Hepy Besday!!
Hafifah terkejut melihat dua bungkusan hadiah yang dihulurkan oleh Mary.
HAFIFAH : Thanks, Mary. But why 2 presents?
MARY : This one is from me. And this one is from your secret admirer!
Hafifah terkejut. Secret admirer?
HAFIFAH : Secret admirer? Siapa?
MARY : I tak boleh bagitau sekarang. Ini amanah!
HAFIFAH : Bagila tau sape dia?
Mary menutup mulut . Dia menggelengkan kepalanya.
MARY : Dia ucapkan hepy besday and semoga bahagia.
Hafifah mengeluh..
HAFIFAH : Kalau you tak kasi tau, I tak nak amik!
Hafifah merajuk… Mary mengerut dahi…
MARY : Alaaa, Fifa. Bukan I tak nak bagi tahu, but for this time I have to keep
this secret.You will know it one fine day. Pleaseeeee… take it!?
Hafifah mengambil huluran itu. Dia tersenyum paksa…
HAFIFAH : Thanks…
MARY : So, hari ni you all sambut kat mana?
HAFIFAH : Errmm… Eriq kata nak ajak dinner kat Saloma Bistro malam ni.
MARY : Wow! Dinner kat sana, ke?
HAFIFAH : Maybe…
MARY : How romantic… Mesti ada something special yang dia nak bagi you,
kan?
Hafifah mengangkat bahu tanda tidak pasti..
MARY : Esok, bleh la you cite kat I, kan?
HAFIFAH : Buat apa cite kat you? Dinner you dengan Kelvin pun you tak pernah
cerita.
MARY : Alaaa… takde cerita yang best pun nak cite kat you. Kelvin bukannya
jenis yang romantic sangat!
HAFIFAH : Yelah, kalau benda yang best I cerita kat you, ok?
MARY : Thanks, Fifa! Sayang you!!
Mary memeluk Hafifah. Mereka kembali ketawa. Tanpa disedari, Sofia dari tadi memandang gelagat mereka. Sofia mengeluh…
SOFIA : Hari ini hari jadi, Fifa? Kenapa aku rasa cemburu bila mendengar
diorang nak wat date malam ni? Aku dan Eriq dah takde pape…
Sofia bangun dan segera ke tandas. Dia harus membuang air mata dari di lihat orang lain. Tiada gunanya dia memaksa Hezriq. Lelaki itu sudah tidak mencintainya lagi. Pengorbanannya selama 7 tahun ini hanya sia-sia sahaja.

*****************************

Malam itu Hezriq menjemput Hafifah dengan kereta papanya. Sempena sambutan hari jadinya, Hafifah hanya memakai gaun labuh paras lutut berwarna pink. Rambutnya dibiarkan lepas dan hanya dicekakkan dengan riben berwarna pink. Dia seolah-olah seperti 'Alice in wonderland'. Sewaktu Hezriq mengambil Hafifah, dia terpegun sebentar dengan kecomelan Hafifah. Walaupun dia tidak secantik Sofia, tapi dia sangat comel. Dalam perjalanan, mereka dihiburkan dengan celoteh Apek dari radio Era. Hezriq yang dari tadinya menumpukan kepada pemanduannya mula membuka mulut untuk memulakan perbualan.
HEZRIQ : Lawa Fifa malam ni.
Hafifah tersenyum.
HAFIFAH : Thanks.
HEZRIQ : Fifa comel dengan pakaian tu. Tak padan langsung dengan Eriq yang
pakai t-shirt dengan jeans ni. Hehehe..
HAFIFAH : Kata dinner. Mestilah kena lawa.
Mereka ketawa. Tiba-tiba…
Truuuuuttt…. Handphone Hezriq berbunyi.. Hezriq segera mengambil handsfree lantas menekan punat dia wayar handfree tersebut.
HEZRIQ : Hello? Ye… Eriq, ni. Oh makcik. Apaaa!!!!!!!!!????
Hafifah memandang Hezriq. Timbul rasa bimbangnya apabila melihat reaksi Hezriq yang mengerutkan dahi.
HEZRIQ : Baiklah! Eriq ke sana sekarang…
Tamat sahaja perbualan Hezriq segera memutarkan stereng untuk membuat U-Turn.
HAFIFAH : Kenapa, Eriq?
HEZRIQ : Piya…
HAFIFAH : Kenapa dengan Piya?
HEZRIQ : Dia tidak sedarkan diri. Makcik cakap Piya banyak makan ubat tidur.
HAFIFAH : Astaghfirullahalazim… Habis, kita nak kemana?
HEZRIQ : Kita ke hospital! Piya kat wad kecemasan sekarang…
Hafifah terdiam. Musnah harapan dia untuk dinner bersama Hezriq malam ini. Dia sempat menjeling ke arah Hezriq. Riak muka lelaki itu ketara bimbang. Adakah dia masih menyimpan perasaan pada Sofia? Hafifah mengeluh lantas membuang segala andaiannya ke luar tingkap. Dia tak mahu berfikir yang bukan2.

2 orang beri kritikan::

kinrara berkata...

wah sekolah lg dh pandai peluk2 ek...kuat tul ko imagin ek wani...xsyok la bdk skolah sosial cmni..hehe

Tanpa Nama berkata...

btol3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...