RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 13

BAB 13

Setelah hampir sebulan perlawanan futsal ditangguh, akhirnya pusingan separuh akhir bermula. Hafifah, Idham dan Mary duduk berhampiran dengan padang untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan sekolah mereka. Kaki Idham beransur sembuh cuma dia tidak dibenarkan banyak bergerak.
Sebaik sahaja pemain-pemain futsal masuk ke padang, suasana dalam dewan futsal kembali gamat dengan suara2 penyokong2. Hafifah mencari kelibat Hezriq. Lelaki itu berlari keluar…
HAFIFAH : Eriqqqq!!!! Good Luck!!! Fifa yakin kita menang!! Fifa sayang Eriq!!
Hezriq memandang Hafifah. Dia tersenyum mengangguk. Idham di sebelah hanya tersenyum melihat gelagat Hafifah.
MARY : Oii! Satu dunia ke you nak bagitau yang you sayangkan dia?
Hafifah ketawa…
HAFIFAH : Excited la!
Idham memandang Hafifah. Takpelah, andai kau bahagia bersama Eriq, aku pun tumpang bahagia.
Masa berlalu dengan pantas. Sebaik sahaja Hezriq menjaringkan gol untuk kali yang ke-3, siulan wisel berbunyi menandakan masa telahpun tamat. Semua penonton terutama sekali penyokong bagi pasukan sekolah mereka menjerit kegembiraan apabila melihat mata dimana sekolah mereka mendahului sebanyak 3-0 mengalahkan SMK Bukit Raja.
Hafifah berlari memeluk Hezriq setelah mereka dinobatkan sebagai pemenang bagi perlawanan separuh akhir kali ini. Idham dengan bertongkat segera mendapatkan Hezriq.
HAFIFAH : Kan Fifa dah cakap, kali ni mesti menang!
HEZRIQ : Bila Fifa cakap?
HAFIFAH : Eriqqqqq…
Hezriq ketawa. Seronok dia mengenakan gadis kesayangannya itu.
HEZRIQ : Thanks, sayang…
IDHAM : Tahniah, Eriq…
Idham memeluk Hezriq…
HEZRIQ : Thanks, Am…
IDHAM : Aku tumpang gembira.
HEZRIQ : Kejayaan ni untuk ko, Am…
Idham mengangguk…
IDHAM : Tapi jangan cepat gembira sangat. Pihak lawan kita selepas ini hebat.
HEZRIQ : Aku tahu. Dan aku akan pastikan yang kita akan tewaskan pasukan
tu!!!
Idham sekali lagi mengangguk…
HAFIFAH : Eriq… ni tuala…
Hafifah memberikan tuala itu kepada Hezriq… Hezriq mengangguk lantas mengambilnya.
HAFIFAH : Badan Eriq berpeluh. Tentu Eriq haus, kan?
HEZRIQ : Sayang bawak air untuk Eriq, ke?
HAFIFAH : Ada… ni, ha!
Hafifah memberikan botol mineral kepada Hezriq…
HEZRIQ : Thanks… Ni yang rasa nak cium sayang ni!!
Idham hanya memandang sahaja gelagat pasangan sejoli itu. Timbul rasa cemburu apabila melihat kemesraan mereka. Idham lantas bergerak meninggalkan mereka berdua. Mary yang sibuk bergelak ketawa dengan pemain-pemain yang lain menyedari langkah Idham meninggalkan mereka. Dia memandang Hezriq dan Hafifah yang sibuk bermesraan. Dia mengeluh… Mary mengikuti jejak Idham…
Di luar dewan, Mary mencari kelibat Idham. Dia berlari mencari Idham ke sana ke mari. Akhirnya dia menemui Idham yang duduk memandang parking lot. Dia mendekati Idham…
MARY : Kat sini pun ko! Puas aku cari…
IDHAM : Mary…
Mary duduk di sebelahnya…
MARY : Tempang2 ko ni, laju jugak ko jalan, ek?
Idham tersenyum…
MARY : Aku nampak ko meninggalkan dewan tadi. Ko macam tak gembira, je?
Kenapa?
IDHAM : Eh? Mana ada! Aku gembira la!
MARY : Orang gembira berseronok kat dalam. Ko gembira dok termenung
sorang2.
Idham ketawa…
IDHAM : Aku sedih sebab tak dapat bermain…
Mary mengeluh…
MARY : Alaaa… maybe ini bukan rezeki ko. Mana tahu lain hari rezeki ko
datang melimpah ruah..
Idham ketawa…
MARY : Kenapa ko ketawa?
IDHAM : Kelakar dengan ko. Gadis cina macam ko ni pandai plak tahu pasal
rezeki.
MARY : Haiyyaa… aku manyak kawan melayu maaa….
Idham tersenyum… tapi Mary tahu senyuman itu hanya buat-buat…
MARY : Tapi aku tak yakin ko sedih kerana ni…
Idham memandang Mary…
IDHAM : Apa maksud ko?
MARY : Ko jeles, kan?
IDHAM : Jeles?
MARY : Dengan Fifa dan Eriq…
Idham ketawa…
IDHAM : Apa laa yang ko merepek ni, Mary? Kenapa plak aku nak jeles dengan
diorang?
MARY : Ko ingat aku tak tahu yang ko ada hati dekat Fifa.
Hampir tersedak Idham apabila terdengar kata-kata Mary…
IDHAM : Mana ada!
MARY : Am… aku dah kenal ko lama tau. Kita satu kelas dari form 1 sampai
form 3. Cuma masa form 4 dan sekarang ni je aku lain kelas dengan ko.
IDHAM : So…???
MARY : So… aku dah kenal ko la! Aku boleh nampak macam mana reaksi ko
pada perempuan. Jarang sekali aku dengar ko minta no perempuan dari
aku except Fifa!
IDHAM : Dah Fifa tu kawan baik ko.
MARY : Memang la…tapi aku hairan sejak Fifa datang ke sekolah ni lagi aku
tengok ko macam minat kat dia. Masa Fifa nak bagi biskut pada Eriq,
ko la orang yang sudi membantu.
IDHAM : Sebab masa tu aku dengan Eriq, je!
MARY : Tapi pandangan ko pada Fifa lain benar aku tengok.
IDHAM : Ko perhatikan aku, ke?
Mary ketawa sinis…
MARY : Salah satu sebab kenapa ko ambil biskut dari Fifa adalah kerana ko
inginkan biskut tu, kan? Ko tau yang Eriq takkan terima so ko yang
akan simpan biskut tu, betul tak?
IDHAM : Bijak betul kepala otak ko ni, Mary…
MARY : Well, you know me…
Idham mengeluh…
IDHAM : Tapi dia dah bahagia sekarang…
Mary diam… dia hanya memandang Idham…
MARY : Alaa… banyak lagi perempuan kat dunia ni, Am…
IDHAM : Tapi ko sendiri tahu, kan? Begitu sukar untuk aku sukakan seseorang.
Fifa is my first love!
Mary diam… dia mengeluh… Dia sendiri pun tak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau dia adalah Fifa, tentu dia akan memilih Idham dari Hezriq. Bukannya mamat sebelah dia tu tak hensem. Mukanya iras2 Badrul Muhayat lagi. Macho plak tu! Tapi tak boleh salahkan gadis itu kerana dia sendiri tidak menyedari yang dia mempunyai secret admirer.

***************************

Hezriq ketawa membaca mesej yang di sampaikan oleh Hafifah. Dia bahagia kini. Walaupun dulunya dia dikecewakan oleh seorang perempuan namun dia juga dibahagiakan oleh seorang perempuan. Hezriq mengalihkan duduknya ke kepala katil. Tiba-tiba dia terpandangkan bingkai gambar di meja sisi. Senyumannya hilang. Hezriq kembali mengeluh lantas mengambil bingkai gambar itu. Dia menyentuh lembut wajah Sofia dalam gambar itu. Walaupun dia bahagia, tapi dia tetap sayangkan Sofia. Gadis itu telah banyak menyimpan memori indah sewaktu mereka bersama dulu. 7 tahun bersama tidak mudah untuknya melupakan gadis itu sekelip mata.

Walaupun sekarang dirinya dibayangi wajah Hafifah, namun kadang2 terselit juga bayang Sofia di antara mereka. Dia pening memikirkan siapakah sebenar yang dia sayang. Masih dia ingat kata2 Sofia sewaktu pertemuan mereka di stesen bas:
‘Eriq… jangan tinggalkan Piya! Mana janji2 Eriq pada Piya dulu?’
HEZRIQ : Eriq tak pernah lupa janji Eriq pada Piya.
Sewaktu ketika dulu Hezriq pernah berjanji untuk menyayangi Sofia seumur hidupnya, menghadirkan diri sewaktu gadis itu memerlukannya dan menjadi penawar ketika gadis itu dalam kelukaan.
Masih dia ingat sewaktu Sofia kehilangan orang yang paling dia sayang… PAPAnya. Hezriq pernah berjanji akan menjaga Piya sama seperti arwah papanya. Dan Hezriq takkan tinggalkan Sofia walau apapun yang telah berlaku.
HEZRIQ : Maafkan Eriq, sayang. Eriq ego dengan masalah Eriq sendiri. Eriq tak
dapat terima yang Piya pernah mencurangi hati Eriq. Hati Eriq hancur
ketika melihat Piya berpegangan tangan dengan lelaki itu. Maruah Eriq
tercabar… Maafkan Eriq, Piya… Eriq tak dapat tunaikan janji Eriq
pada Piya…
Ya Allah, siapakah yang harus kupilih? Sofia ataupun Hafifah? Seboleh2nya aku tak mahu mengecewakan mereka kerana aku sayang kedua2nya.

1 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

awat la cam tu??? sapa yg Eriq nk sebenaqnya nie?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...