RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 12

BAB 12

Hafifah berjalan menuju ke stesen bas. Dia tersenyum sendirian. Seronok berbual dengan ibu Idham. Wanita itu banyak bercerita dan periang orangnya..
Tiba-tiba…
Trrruuuuttt…handphone Hafifah berbunyi. Hafifah melihat skrin hanphonenya. Tiada nama…
HAFIFAH : Siapa, ni?
Hafifah menekan punat hijau di keypad.
HAFIFAH : Hello?
IDHAM : Hello, Fifa ye? Am ni!
HAFIFAH : Oh, Am! Mana ko tau no handphone aku,ni?
IDHAM : Dah lama dah aku ada no ko.
HAFIFAH : Dah lama?
IDHAM : Eh, tak! Aku minta no ko kat Mary.
HAFIFAH : Ooo…
IDHAM : Err… aku sebenarnya nak minta maaf pasal tadi.
HAFIFAH : Pasal tadi? Kenapa pulak?
IDHAM : Yelah… mak aku tu banyak cakap sikit. Sori kalau ko rasa tersinggung
dengan gurauan dia. Dia ingat ko awek aku!
Hafifah ketawa…
HAFIFAH : Small matter la. Aku tak rasa tersinggung pun. Seronok borak dengan
mak ko! Peramah.
IDHAM : Mak aku memang macam tu.
HAFIFAH : Tak sangka ko banyak cerita pasal aku kat mak ko, ek?
IDHAM : Err… Alaaa… tu semua sebab biskut ko. Dia suka biskut tu yang dia
banyak tanya. Aku jawab la…
HAFIFAH : Dia suka ke ko yang suka?
Idham terdiam… Dia tak tahu nak cakap apa.
HAFIFAH : Aku gurau je la! Hehehe…
IDHAM : Ko ni…. Risau aku!
HAFIFAH : Ko ni manja jugak, ek? Betul cakap mak ko.
IDHAM : Eh, takdelah!
HAFIFAH : Alah! Yee….
IDHAM : Thanks ye, Fifa. Sebab sudi melawat aku.
HAFIFAH : Sama2. Kitakan kawan…
Ye kawan… kan best kalau ko awek aku! Idham tersenyum sendirian…
IDHAM : Kirim salam dekat Eriq, ye?
HAFIFAH : Ok!
IDHAM : Take care. Jalan baik2, tau.
HAFIFAH : Ye…
IDHAM : Bye!
HAFIFAH : Bye!
Hafifah mematikan perbualan. Dia menggelengkan kepalanya. Risau sungguh si Am tu. Sekali lagi handphone dia berbunyi…
HAFIFAH : Hai, Eriq?
HEZRIQ : Sayang kat mana? Eriq call tadi asyik tak dapat je.
Sejak dua menjak ni Hezriq sudah biasa memanggilnya sayang…
HAFIFAH : Fifa on the way nak balik!
HEZRIQ : Fifa ke mana tadi?
HAFIFAH : Dari rumah Am la. Dia kirim salam kat Eriq.
HEZRIQ : Lamanya Fifa kat sana?
HAFIFAH : Mak Am tu banyak cerita. Tu yang lama sikit tu.
HEZRIQ : Oooo… makcik memang peramah.
HAFIFAH : Eriq kat mana?
HEZRIQ : Eriq pun nak balik skarang ni. Baru je habis latihan.
Hafifah melihat jam di tangan. Dah pukul 6.00 petang. Lama juga dia kat rumah Idham tadi.
HEZRIQ : Sayang, tunggu Eriq kat situ, ye?
HAFIFAH : Eriq nak datang sini?
HEZRIQ : A’ah. Eriq dalam bas sekarang ni. Kejap lagi sampai kat taman rumah
Am. Kita balik sama, ye?
HAFIFAH : Jalan kaki?
HEZRIQ : Yelah! Kenapa?
HAFIFAH : Takde pape. Eriq rindu kat Fifa, ek?
HEZRIQ : Mestilah! Satu hari tak jumpa. Hehehe…
HAFIFAH : Ok! Fifa tunggu kat sini.
HEZRIQ : Tunggu tau. Jangan pergi mana2.
HAFIFAH : Yelah, Fifa tunggu.
Hafifah segera mengambil tempat di stesen bas itu. Hatinya berbunga-bunga menunggu kehadiran Hezriq. Dia bahagia kini.

**************************

Sofia menguis-nguis makanan di hadapannya. Dia tidak ada selera. Seleranya mati. Zaki yang menyedari kelakuan Sofia dari tadi mengeluh.
ZAKI : Kenapa ni, sayang? Dari tadi I tengok you kuis-kuis makanan tu. Nape
tak jamah sikit?
SOFIA : Piya takde selera, la.
ZAKI : Fikir pasal Eriq lagi?
Sofia tunduk membisukan diri. Tangannya masih lagi menguis-nguis makanan tersebut.
ZAKI : Tak payah la fakir-fikir sangat. Kalau dia dah tak mahu you, I kan ada?
Malah ramai yang menanti you. You bukan tak lawa? Cun melecun
lagi!
SOFIA : You tak faham, Zaki.
ZAKI : I faham. I pun pernah bercinta. I pun pernah kecewa. Malah kecewa I
lagi teruk daripada you. Tapi hidup mesti diteruskan!
Sofia mengeluh…
SOFIA : Tak mungkin dia cintakan perempuan tu. Even I sendiri tak dapat
lupakan dia, inikan dia?
ZAKI : Mungkin dengan cara itu dia nak lupakan you!
SOFIA : Tapikan I dah minta maaf? I tahu I yang salah!
ZAKI : Kalau you nak salahkan diri you tu dah takde gunanya. Dan sekarang
ni, you makan puas2 makanan depan you ni. Sedap, tu!
Sofia mengeluh lantas dia menyuap sedikit ke dalam mulutnya. Ketika mengunyah, dia merasakan nasi yang dimakannya seperti pasir. Dia betul2 takde selera. Masih dia ingat ketika bertemu dengan Hezriq tempoh hari di stesen bas.
HEZRIQ : Piya nak apa lagi?
SOFIA : Eriq, Piya nak minta maaf.
HEZRIQ : Eriq dah lama maafkan Piya.
SOFIA : Eriq masih sayangkan Piya lagi, kan?
HEZRIQ : Kalau Eriq masih sayangkan Piya pun dah takde gunanya.
SOFIA : Kenapa?
HEZRIQ : Cinta dan kasih sayang Eriq hanya pada Fifa, Piya. Harap Piya faham.
SOFIA : Tapi Eriq buat macam tu sebab Eriq nak jauhkan diri daripada Piya,
kan? Betul tak, Eriq?
HEZRIQ : Memang dulu Eriq berfikir macam tu. Tapi sekarang tidak lagi. Eriq
betul2 sayangkan Fifa.
SOFIA : Apa dah perempuan tu buat pada Eriq sampaikan Eriq sanggup buat
Piya macam ni?
HEZRIQ : Dia tak buat apa-apa.
SOFIA : Jangan-jangan dia letak ubat guna-guna pada Eriq!
HEZRIQ : Piya!!?
SOFIA : Dia dah guna-gunakan Eriq!!
HEZRIQ : Cukup, Piya!!!
Sofia terdiam. Air matanya mengalir deras…
HEZRIQ : Jangan fitnah yang bukan-bukan! Sebelum Piya nak cari kesalahan
orang lain…Piya kena sedar dulu kesalahan Piya! Piya kena fikir
kenapa Eriq tak boleh terima Piya!
SOFIA : Tapi Piya dah menyesal!
HEZRIQ : Biar penyesalan tu memberi pengajaran, Piya. Fifa bukan gadis yang
Piya fikirkan. Eriq sayangkan dia. Kerana kejujuran dan keikhlasan dia
pada Eriq yang membuatkan Eriq sayang sangat kat dia.
SOFIA : Eriq..
HEZRIQ : Mungkin ada hikmah kenapa benda ni berlaku… Maafkan, Eriq.
SOFIA : Eriq… jangan tinggalkan Piya! Mana janji2 Eriq pada Piya dulu?
HEZRIQ : Janji tinggal janji, Piya. Eriq dah ada hidup baru. Eriq nak Piya juga
mulakan hidup baru, ok?
Hezriq meninggalkan Sofia. Dia menekup muka dan segera meninggalkan stesen bas itu.

Sofia mengeluh sekali lagi. Tiba-tiba dia dapat rasakan tangannya disentuh…
Sofia memandang Zaki. Lelaki itu tersenyum lantas menggenggam erat tangan Sofia. Sofia hanya tersenyum lantas membalas genggamannya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...