RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 11

BAB 11

Petang itu mereka bertiga pulang bersama-sama. Hezriq membantu Idham berjalan manakala Hafifah pula membantu membawakan beg sekolah Idham. Idham memandang gadis itu, Hafifah tersenyum.
HAFIFAH : Ko ni sakit-sakit pun sanggup datang sekolah.
Idham ketawa kecil..
IDHAM : Bosan aku duduk terperuk kat rumah tu. Baik aku pergi sekolah.
HAFIFAH : Tapi kaki ko ni belum sembuh sepenuhnya.
IDHAM : Ko jangan risau, Fifa. Aku sihat. Cuma saja nak mengada2 sikit dengan
korang. Hehehe..
HEZRIQ : Ala, sayang. Tak payah la sayang nak nasihatkan dia. Am ni tak makan
nasihat. Degil dia lebih!
Mereka ketawa.
Sampai sahaja di setesen bas, mereka berdua membantu Idham duduk.
IDHAM : Thanks. Kalau takde korang entah macam mana la aku, ye?
Mereka berdua tersenyum…
Tiba-tiba…
SOFIA : Hai, Am?
Mereka bertiga memandang Sofia.
IDHAM : Hai, Piya. Lama tak jumpa ko.
Idham tersenyum memandang Sofia. Begitu juga Hezriq dan Hafifah.
SOFIA : Tu la… ko dah sihat, ke?
IDHAM : Sihat mende? Ko tengok la kaki aku, ni.
SOFIA : Habis kenapa pergi sekolah?
IDHAM : Saje…
Sofia menggelengkan kepala.
IDHAM : Ko sorang je, ke?
SOFIA : Takde la! Tu.. dengan kawan2 aku.
Sofia menunjukkan ke arah kawan2nya yang sibuk berbual sesama sendiri. Idham mengangguk. Hezriq dan Fifa hanya diam membisu.
SOFIA : Sebenarnya aku nak jumpa dengan Eriq kejap.
Hezriq mengangkat mukanya dan memandang Sofia. Hafifah hanya tunduk membisu. Idham sempat mengerling ke arah Hafifah. Ketara gadis itu menyimpan perasaan gundah.
SOFIA : Piya nak cakap sesuatu dengan Eriq.
HEZRIQ : Takde apa yang perlu kita bualkan, Piya.
SOFIA : Please! Kejap, je! Just 10 minutes.
Hezriq mengeluh…
IDHAM : Eriq… pergilah! Mungkin ada perkara penting yang Piya nak cakap.
Hezriq memandang Hafifah. Gadis itu hanya tersenyum mengangguk. Hezriq segera bangun dan mereka meninggalkan Idham dan Hafifah berdua.
Hafifah hanya memandang reaksi Hezriq dan Sofia. Bohonglah sekiranya dirinya tidak risau jikalau Eriq akan berpaling tadah. Sofia lebih lawa dan cantik daripada dia. Tak susah untuk Sofia memujuk kembali supaya Eriq kembali padanya.
Idham memandang gadis di sebelahnya itu.
IDHAM : Ko tak usah la risau! Eriq sayangkan ko. Mustahil dia akan kembali
pada Piya semula.
Hafifah tersenyum..
HAFIFAH : Piya cinta pertama dia.
IDHAM : Memang… tapi hatinya pernah dilukai. Ko kena fikir secara positif.
Hafifah hanya mengangguk perlahan. Hezriq kembali ke arah mereka semula dan duduk di sebelah Hafifah. Hafifah dan Idham melihat Sofia berlari meninggalkan stesen bas. Kawan-kawannya berlari mengejar Sofia.
IDHAM : Kenapa dengan Piya, tu?
HEZRIQ : Takde pape.
Hezriq segera memegang tangan Hafifah lantas diciumnya lembut. Hafifah hanya diam membisu dan Idham mula cemburu bila melihat kemesraan mereka berdua. Hezriq mengeluh. Hafifah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. 10 minit kemudian bas datang. Masing-masing segera naik dan selepas itu mereka berpisah kerana mengikut haluan masing-masing.

***************************

Hafifah berdiri di hadapan pintu rumah Idham. Dia melihat jam di tangan. Pukul 2.30 petang. Di tangan kanannya dia menggenggam sebungkus biskut untuk Idham. Dia mengeluh lantas segera menekan loceng. Hari ini Idham tidak hadir ke sekolah. Riuh satu sekolah mengatakan Idham jatuh dari bilik air. Dia terpaksa diberikan cuti dua hari oleh doctor. Dikesempatan itulah Hafifah melawat dia hari ini.
Sebaik sahaja loceng ditekan, pintu rumah Idham terbuka dan muncul seorang wanita cantik lingkungan awal 40-an keluar dari rumah tersebut. Wanita itu berkerut memandang Hafifah. Hafifah tersenyum lantas mendekatkan dirinya ke pagar.
HAFIFAH : Assalamualaikum, makcik.
MAK IDHAM : Waalaikumussalam. Adik cari siapa?
HAFIFAH : Err… ini rumah Idham, ke?
MAK IDHAM : Ye. Ni rumah Idham. Adik ni sape?
HAFIFAH : Oh, saya kawan sekolah dia, Fifa.
MAK IDHAM : Oh, kawan sekolah Am. Masuklah!
Mak Idham segera membukakan pintu pagar untuk memberikan Fifa masuk.
HAFIFAH : Idham ada kat rumah, makcik?
MAK IDHAM : Ada. Dia ada kat bilik dia. Marilah, masuk.
Hafifah mengekori ibu Idham. Sampai di ruang tamu..
MAK IDHAM : Masuklah. Rumah makcik ni bersepah sikit.
Hafifah tersenyum…
HAFIFAH : Takpe, makcik.
MAK IDHAM : Err… siapa nama tadi?
HAFIFAH : Fifa, makcik.
MAK IDHAM : Ooo Fifa. Takpe, Fifa pergi naik atas. Bilik Am kat sebelah kiri.
Makcik nak pergi buat air kejap.
HAFIFAH : Eh, takpelah makcik… susah2 aje. Kejap je ni.
MAK IDHAM : Alaaa… tak baik kalo tetamu datang kita tak hidangkan apa-apa. Fifa
naiklah, dulu.
HAFIFAH : Baik, makcik.
Hafifah melangkah ke anak tangga untuk ke tingkat atas. Dahinya berkerut. Dia seolah-olah pernah berjumpa dengan wanita itu sebelum ini. Tapi dia tak pasti.
HAFIFAH : Ish! Mungkin jumpa kat mana2 kot.
Hafifah segera membuang andaian dan menjejak kakinya menuju ke atas. sampai sahaja di bilik Idham dia segera mengetuk pintu.
IDHAM : Masuk!
Hafifah segera memutar tombol pintu sebaik sahaja mendengar suara Idham menyuruhnya masuk dari dalam.
HAFIFAH : Assalamualaikum?
Hafifah menjenguk ke dalam.
IDHAM : Waalaikummussalam.
Idham yang terlantar sambil membaca komik terkejut apabila melihat Hafifah.
IDHAM : Eh? Fifa!!
HAFIFAH : Ko sihat, Am?
Hafifah segera mendekati katil Idham.
IDHAM : Alhamdulillah! Kenapa ko datang?
HAFIFAH : Hai, tak boleh ke kalau seorang kawan nak melawat kawan dia yang
sedang terlantar ni?
Idham ketawa…
IDHAM : Takdelah! Pelik. Tak pernah ko datang rumah aku ni. Sorang2 plak tu.
Eriq mana? Dia tak datang sekali?
Hafifah duduk di sisi Idham lantas meletakkan bungkusan biskut di atas meja.
HAFIFAH : Ni aku buah tangan untuk ko!
IDHAM : Biskut, ke? Macam tau-tau je aku kempunan nak makan biskut ko!
Hafifah ketawa…
HAFIFAH : Aku tahu ko suka makan biskut aku. Sebab tu aku bawa.
Idham tersengih.
IDHAM : Eriq tak datang, ke?
HAFIFAH : Dia tak dapat datang. Dia kirim salam kat ko. Suppose aku datang
dengan dia tapi tiba-tiba dia ada latihan futsal petang ni. Tu yang aku
datang sorang tu.
IDHAM : Oic…
HAFIFAH : Aku ada ajak Mary sekali temankan aku. Tapi dia ada hal pulak.
IDHAM : Ooo.. kesian ko. Susah2 je datang sini.
HAFIFAH : Alaaa… tak susah pun.
IDHAM : Macam mana kau tahu rumah aku?
HAFIFAH : Ni…
Hafifah menunjukkan sekeping kertas pada Idham.
HAFIFAH : Eriq yang bagi aku alamat rumah ko.
Idham mengangguk.
HAFIFAH : Macam mana boleh jatuh?
IDHAM : Alaaa… kau tahulah kaki aku, ni. Lebih-lebih lagi lantai bilik air tu
licin. Lagi senang la nak jatuh.
HAFIFAH : Tak dapat aku bayangkan mesti ko jatuh macam nangka busuk!
Hehehe…
IDHAM : Eh, ko pernah tengok ke nangka busuk jatuh?
HAFIFAH : Ish!
Hafifah menampar lengan Idham.
IDHAM : Aduh!
HAFIFAH : Eh, sori2. Tak sengaja.
Mereka ketawa..
Tiba-tiba…
MAK IDHAM : Ehem!
Mereka terkejut apabila melihat ibu Idham masuk sambil menatang dulang berisi air dan kuih-muih.
IDHAM : Eh, mak.
Hafifah segera bangun..
HAFIFAH : Biar saya tolong, makcik.
MAK IDHAM : Eh, takpe… takpe… sikit je ni. Fifa duduklah!
Hafifah kembali duduk. Dia tersenyum memandang ibu Idham.
MAK IDHAM : Hai, bergurau sakan makcik tengok, tadi?
IDHAM : Takde pape la, mak! Fifa ni… ada ke dia kata anak mak yang hensem
ni macam nangka busuk?
Ibu Idham ketawa…
MAK IDHAM : Memang pun!
Hafifah ketawa. Idham hanya mencebik.
MAK IDHAM : Fifa jangan layan sangat si Am ni. Perangai dia ni tak ubah macam
budak kecik! Manja tak bertempat.
Hafifah tersenyum memandang Idham.
IDHAM : Alaaa… dengan sape lagi Am nak bermanja kalau tak dengan mak.
MAK IDHAM : Tengoklah, tu!
Ibu Idham menuangkan air ke dalam cawan lantas diberikan kepada Fifa.
MAK IDHAM : Minumlah, Fifa. Air bujang je.
HAFIFAH : Terima kasih, makcik.
IDHAM : Untuk Am, takde?
MAK IDHAM : Kamu buat sendiri!
Hafifah ketawa melihat gelagat dua beranak itu.
IDHAM : Mak, Fifa bawa biskut yang mak suka, tu.
MAK IDHAM : Eh? Biskut coklat tu, ke?
Idham mengangguk…
Hafifah segera memberikan biskut itu kepada ibu Idham..
MAK IDHAM : Susah2 je kamu ni, Fifa.
HAFIFAH : Alaa… sikit je, makcik.
MAK IDHAM : Kamu yang buat, ke?
HAFIFAH : A’ah! Ibu yang ajar.
MAK IDHAM : Ooo… nanti kirim salam kat ibu, ye? Nanti boleh la ajar makcik plak.
HAFIFAH : Boleh aje!
IDHAM : Mak aku ni suka sangaat makan biskut kau tau, Fifa. Hari tu masa ko
bagi biskut tu kat aku, mak aku yang habiskan.
MAK IDHAM : Hai, sejak bila pula mak yang habiskan? Bukan ko ke yang
mentekedarah biskut tu sampai kosong bekas tu?
IDHAM : Mana ada!
MAK IDHAM : Kamu jangan percaya sangat si Am ni, Fifa. Dia suka bebenor biskut
yang kamu buat tu sampai suruh makcik belajo dengan kamu.
IDHAM : Ish mak, ni! Mana ada!
MAK IDHAM : Tengok tu! Nak sembunyi2 lagi!
Hafifah hanya ketawa. Muka Idham merona merah… Dia malu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...