RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 10

BAB 9

Keadaan kelas agak riuh. Masing-masing sibuk dengan tugas. Ada yang menyapu sampah, ada yang menyusun kerusi dan ada yang menyediakan makanan. Sepuluh minit kemudian, semuanya tersedia.
Sementara menunggu Idham masuk ke kelas, mereka semua berdiri di tempat masing-masing. 5 minit berlalu akhirnya Idham masuk dengan bertongkat. Mereka meraikan kepulangan Idham ke kelas setelah dua minggu dia bercuti.
Hezriq memeluk Idham…
HEZRIQ : Selamat kembali ke sekolah, Am.
Idham ketawa. Dia terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh kawan2 sekelasnya.
IDHAM : Terima kasih semua, aku takkan lupa apa yang korang buat pada aku
hari ni. Terharu sangat.
CIKGU FATIN : Selamat kembali, Am. Cikgu doakan kaki kamu ni cepat sembuh.
IDHAM : Terima kasih, cikgu.
HEZRIQ : Haa… apa lagi? Jom kita potong kek!
Idham mengangguk. Mereka semua berebut untuk membantu Idham menghampiri kek yang tersedia. Sebaik menyanyikan lagu selamat untuknya, Idham segera memotong kek. Mereka bertepuk tangan. Dengan pertolongan yang diberikan oleh guru kelas mereka Cikgu Fatin, jamuan berjalan dengan lancar.
Hezriq dan Idham duduk di sudut kelas berhampiran dengan tingkap sekolah… mereka berbual-bual di situ sambil memandang pemandangan sekolah…
IDHAM : Lama betul tak jenguk sekolah.
HEZRIQ : Hai, baru dua minggu. Dah rindu ke?
Idham ketawa…
IDHAM : Mestilah! Lepas keluar dari hospital, sepanjang hari aku duduk kat
rumah. Bosan betul! Teringin nak main bola balik.
HEZRIQ : Insya’allah. Lepas kaki ko sembuh, kita ramai2 pergi serbu padang.
Macam mana?
IDHAM : Itu sudah semestinya!! Hehehe…
Mereka ketawa..
IDHAM : So, macam mana dengan perlawanan?
HEZRIQ : Kena tunda ke awal bulan depan.
IDHAM : Kenapa?
HEZRIQ : Ada masalah teknikal. Padang tu nak digunakan untuk hal apa
entah.
IDHAM : Laaa… baru je semangat nak tahu sape yang menang.
HEZRIQ : Takpe, sekurang2nya kita ada masa nak berlatih.
IDHAM : Betul tu. So, ko apa cerita sekarang?
HEZRIQ : Cerita apa?
IDHAM : Hai, sepanjang aku takde ni… takde cerita baru ke?
HEZRIQ : Ko nak cerita baik ke cerita buruk?
IDHAM : Mestilah cerita baik. Eh, ada cerita baik,ke?
HEZRIQ : Ko rasa?
IDHAM : Alaaa… jangan la main rasa2. cakaplah!
HEZRIQ : Aku dengan…
IDHAM : Ko dengan Piya dah berbaik semula?
HEZRIQ : Ko ni bagilah aku cakap habis dulu…
Idham ketawa..
IDHAM : Ok… ok… Sorilah! Aku excited sangat nak tahu.
HEZRIQ : Iyo la! Sebenarnya, ada benda penting yang aku rahsiakan pada kau.
IDHAM : Apa rahsianya?
HEZRIQ : Aku dengan Fifa dah couple!
Bagai sebuah batu hempap ke kepala apabila mendengar berita dari mulut Hezriq. Berita yang dikatakan baik bagi Hezriq sebenarnya adalah berita buruk baginya. Idham tiba-tiba terdiam.
HEZRIQ : Eh, kenapa ko senyap? Ko tak gembira ke dengan berita ni?
Idham pura-pura ketawa…
IDHAM : Mestilah aku gembira. Tahniah! Akhirnya ko dapat jugak terima Fifa.
HEZRIQ : Yup! Sebenarnya Fifa tu baik orangnya. Aku yang buta!
IDHAM : Dah berapa lama ko couple dengan dia?
HEZRIQ : Almost 2 weeks!
Idham diam. Sebenarnya dia kecewa. Dia berharap sangat yang Hezriq kembali baik dengan Sofia. Tapi sangkaan dia meleset.
IDHAM : Hari yang korang jenguk aku tu, ke?
HEZRIQ : If I am not mistaken.
IDHAM : Piya macam mana?
Hezriq mengeluh…
HEZRIQ : Bohonglah kalau aku cakap aku dah lupakan dia.
IDHAM : Ko masih cintakan dia?
HEZRIQ : 7 tahun, Am. 7 tahun kami bercinta. Takkan begitu senang cinta aku
nak pudar!
IDHAM : Habis, kenapa ko couple dengan Fifa kalau ko masih sayangkan Piya?
HEZRIQ : Ko ni macam tak suka je aku couple dengan Fifa?
IDHAM : Err… bu.. bukan apa, aku tak nak ko mainkan perasaan Fifa. Dia gadis
yang lurus.
Hezriq ketawa…
HEZRIQ : Kalau aku dah couple dengan dia kiranya aku dah terima dia. Of course
aku sayangkan dia lebih sekarang.
IDHAM : Piya?
HEZRIQ : Dia dah ada hidup baru.
Idham mengeluh…
IDHAM : Ko jagalah Fifa baik2.
HEZRIQ : Kenapa? Kau tak percaya dengan aku, ke?
Idham tersenyum…
HEZRIQ : Aku tahu ko mesti risau kalo aku mainkan perasaan Fifa, kan?
Tapi percayalah! Aku betul2 sayangkan dia. Soal Piya ko jangan risau
sebab aku dah dapat lupakan dia sedikit demi sedikit walaupun sayang
dan cinta aku masih ada pada dia.
IDHAM : Fifa macam mana? Ko cintakan dia?
Hezriq tersenyum..
HEZRIQ : Cinta boleh dipupuk, kan?
IDHAM : Aku tak nak ko mainkan perasaan dia. Aku tak nak kalo ko baik
dengan Piya balik, ko akan tinggalkan Fifa macam tu aje.
HEZRIQ : Tak mungkin aku akan kembali pada Piya semula.
IDHAM : Kenapa?
Hezriq diam. Biarlah ianya menjadi rahsia. Dia tak mahu menyebarkan kecurangan Sofia kepada kawan karibnya ini.
HEZRIQ : Am, ko jangan risaulah! Aku akan pastikan yang aku takkan
permainkan perasaan Fifa sebab aku dah mula sayangkan dia!
Idham mengangguk. Tapi sayang aku pada Fifa lebih daripada sayang ko pada dia. Idham mengeluh.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...