RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 12

BAB 12

Yasmin melihat jam di tangan. “Mana minah, ni! Dah lebih setengah jam tunggu. Pergi ke tandas ke buat tandas?!!” rungut Yasmin. Mereka yang lain masing-masing mengeluh di dalam kereta menunggu ketibaan Dania.

“Dia tengah buat plan dengan Majlis Perbandaran Kuala Lumpur kot nak bina tandas baru.. Tu yang lambat tu, hehehehe…” gurau Lily. Yasmin menjeling. Sempat pula minah ni nak buat lawak.

“Tu kakak!!” jerit Daniel di dalam kereta. Mata masing-masing memandang ke arah Dania yang sedang berjalan sambil tersengih menghampiri kereta. Yasmin membuka cermin kereta apabila Dania mengetuknya.

“Kau ke mana?” tanya Yasmin tak puas hati.

“Sorry, beb! Aku cari tandas tak jumpa tadi. Perut aku ni memulas-mulas pulak! Tu yang buat dua kerja terus tu! Hehehehe…” tipu Dania.

“Banyak la alasan kau. Masuklah!” arah Yasmin. Dania segera membuka pintu kereta lantas memboloskan diri ke dalamnya. Kereta mula bergerak meninggalkan Stadium Merdeka yang semakin sunyi. Dania memandang ke arah stadium… dia takkan lupakan memorinya bersama Arziril hari ini.

******************************

“Apa mimpi kau baik sangat melayan budak perempuan tadi?” tanya Marzuki setelah Dania keluar meninggalkan mereka. Arziril hanya tersengih.

“Saje, je. Diakan peminat aku” ujar Arziril. Dia segera ke sofa semula untuk menyambung tidurnya.

“Peminat? Selama ni jarang aku tengok kau layan peminat begitu baik macam tu. Apa… kau minat dekat budak perempuan tu, ke?” uji Marzuki. Arziril hanya senyum. Biarlah benda ini menjadi rahsia. Kalau diberitahu takut tersebar luas pulak! Dunia hiburan memang tak boleh lari dari gosip tapi kalau gosipnya dengan Dania, dia memang tak kisah cuma… mungkin belum tiba masanya untuk dia memberitahu sesiapa lagi. Masih panjang jalan cerita yang perlu dilaluinya. Kalau la Dania tahu siapa dia, tentu sukar baginya untuk membahagikan masa antara cinta dan kerjaya. Cinta!? Hahaha… Adakah Dania cintakan dia? Lelaki yang lurus bendul, bengong dan dungu macam Ariel? Kalau Arziril… jangankan Dania, ¾ gadis kat Malaysia ni gilakan dia. Tapi, dia tetap sayangkan gadis itu… sampai bila-bila! ‘Aku harap satu hari nanti, biarlah Dania yang menyayangi Ariel dan bukannya Arziril’, bisik hatinya mengharap.

********************
Malam itu selepas mandi Dania segera mencapai seluar jeansnya. Dia menyeluk poket. Berniat untuk mengambil kertas yang diberikan oleh Arziril Ryan tadi. Kertas tersebut masih lagi terlipat dengan sempurna. Dia tersenyum lantas membukanya.

To cute little girl..
Good luck for whatever you do! Selalu-selalu la tersenyum kerana senyuman awak boleh membahagiakan orang disekeliling awak! Hargailah seseorang yang pernah menyayangi diri awak! Take care and happy always!

Lots of love,
Arziril Ryan………


Dania tersenyum. Dia begitu tertarik dengan ayat ‘Hargailah seseorang yang pernah menyayangi awak’. Siapa yang menyayanginya? Adakah Arziril sendiri? Hahaha.... berangan lebih-lebih pula dia kali ini…

Kertas itu disimpan di dalam diarinya. Ianya begitu berharga bagi dirinya. Bukan senang dapat bercakap dan bergambar mesra dengan penyanyi dan penari popular seperti Arziril Ryan. Dania mencapai telefon bimbitnya. Dari satu gambar ke satu gambar ditatapnya. Lelaki itu memang hensem! Untung siapa yang jadi awek dia! Punat telefon ditekan berkali-kali. Gambar semakin berubah dan sehinggalah sampai ke satu gambar yang agak membuatkan hatinya tersentap. Jarinya berhenti dari menekan. ‘Ariel!? Bila masa pula aku tangkap gambar budak bengong, ni? Hish! Buanglah! Menyemak, je!’ rungut Dania di dalam hati. Belum sempat dia menekan butang delete, jarinya kaku. Matanya masih tertancap ke arah gambar Ariel. Inilah satu-satunya gambar yang dia ada. Tiada memori yang ditinggalkan Ariel sepanjang mereka bersama. Takkan dia nak buang begitu saja? Dania menekan semula butang cancel. Benci macam mana pun dia, Ariel tetap lelaki yang istimewa. Lelaki yang sabar, baik, jujur dan penuh dengan keikhlasan. Itulah Ariel…

****************

1999,
Dania berteleku di balik pokok mangga yang kian berbuah. Dia menangis. Sedih sungguh rasanya bila dihina sebegitu rupa. Sampai hati Helmi mempermainkan perasaannya. Dia tahu dia tidaklah secantik budak perempuan yang lain. Dia kasar, selekeh dan buruk. ‘Tapi aku ada perasaan…’, rintih hatinya. Kalaulah dia diberikan kekuatan, mahu saja ditumbuknya Helmi lumat-lumat tetapi kerana kasihkan lelaki itu… hatinya tak sanggup!

‘Hahaha… cintakan kau? Hello, cik kak… kita ni budak sekolah lagi la! Baru 10 tahun. Mana main cintan-cintan! Lagipun, dari aku bercinta dengan budak samseng kampung dusun macam kau ni… baik aku bercinta dengan monyet Pak Rabu tu tahu, tak!?’

Tangis Dania semakin kuat apabila dia mengingati kembali kata-kata hinaan dari Helmi semasa dia ingin mendapatkan kepastian. Tak disangka, lelaki itu berpura-pura menyayanginya. Hanya kerana dicabar oleh kawan-kawan, Helmi sanggup mempermainkan perasaannya.

‘Ya!! Memang betul! Memang aku kasar, perangai macam samseng… tapi aku perempuan. Aku ada maruah! Aku ada perasaan!’, jerit dia di dalam hati. Matanya bengkak. Dia malu…

“Daniiiaaaaa………!!!” kedengaran suara memanggil namanya. Dania mengangkat mukanya. Ariel? Dania segera menyembunyikan dirinya dari dinampak oleh Ariel. Dia tak mahu lelaki itu nampak keadaan dia yang tak terurus sekarang. Dia perlu bersendirian. “Daniiiiaaa…!!” panggilan itu kembali bertalu-talu namun Dania hanya diam membisu. “Daniaaa… kau kat mana? Jawablah…” jerit Ariel. Lelaki itu tak putus-putus memanggil namanya. Dania masih cuba melarikan diri dari pandangan Ariel.

Selang dua minit kemudian, Ariel hilang dari pandangan. Dania bangun dari berteleku. Dia keluar dari penyembunyian dan mencari kelibat Ariel. Begitu cepat lelaki itu menghilangkan diri. Dania mengeluh. Lukanya masih belum pulih lagi. Dia benci Helmi! Dia benci lelaki!! Bencciii…!!!

“Kenapa kau tak menyahut panggilan aku?” Dania tersentak apabila terdengar suara itu dari arah belakang. Dia menoleh. Matanya tidak berkelip memandang Ariel yang tersenyum ke arahnya. Sedikit demi sedikit lelaki itu melangkah menghampirinya. “Kau menangis Dania?” tanya dia sekali lagi.

Dania mengalihkan perhatian Ariel dari terus memandangnya. Dia tak mahu Ariel ketawakan dia. Hatinya tega! Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tisu kepadanya. Dia hanya memandang tisu tersebut tanpa mengambilnya.

“Ambil la tisu ni. Kesat air mata kau, tu!” pujuk Ariel.

Dania mengerut dahi. Dia menjeling. Benci melihat sifat kepura-puraan Ariel kepadanya. Entah-entah dah berguni-guni lelaki itu ketawakan dia sebelum ini.

“Tak payah nak tunjuk baiklah, Ariel! Aku tahu kau pun suka aku kena main macam ni, kan!?” herdik Dania keras. Ariel terkejut. Dia menggeleng…

“Aku tak pernah terfikir macam tu sekali, Dania.” jelas dia. Dania senyum sinis.

“Habis kau buat apa kat sini!!!?? Nak ketawakan aku!? Nak perli aku sebab Helmi bukan sukakan aku!!? Macam tu?” Dania benar-benar marah. Dia menolak keras badan Ariel sehinggakan lelaki itu hampir jatuh.

“Tidak! Aku takkan ketawakan, Dania. Sekali pun aku tak akan ketawa. Aku faham perasaan kau masa ni! Aku hanya datang nak selami perasaan kau bersama-sama. Itu je…!” Ariel menyangkal. Sumpah! Dia tahu Dania dipermainkan. Dia tak mahu gadis itu terus-menerus berasa sedih!

“Pergilah, Ariel! Biarkan aku sorang-sorang kat sini…” arah Dania. Dia kembali bersandar di balik pokok. Dia memandang ke arah hutan berdekatan. Dia malu nak ke sekolah esok. Tentu kawan-kawan akan gelakkan dia.

“Aku takkan tinggalkan kau Dania..” Ariel duduk disebelahnya. Dania marah.

“Kau nak kena belasah dengan aku, ke?” ugut Dania lantas dikepalnya penumbuk.

“Aku tak kisah kalau itu yang membuatkan sedih kau hilang!” ujar Ariel menyerah. Dania naik angin. Dia tak suka dipermainkan. Lantas ditumbuknya lelaki itu sehingga hidung Ariel berdarah.

“Pergi!!! Aku tak suka kau…!! Budak bodoh!!! Pergilah!! Aku benci tengok muka kau!! Pergi! Pergi! Pergi!” herdik Dania sekali lagi sambil tangannya tak habis-habis memukul Ariel. Tapi… lelaki itu langsung tidak melawan. Malah dibiarkan sahaja Dania melepaskan perasaannya.

Dania berhenti dari memukul. Dia menangis teresak-esak. Matanya memandang Ariel yang menahan kesakitan. Dia menghela nafas. Dadanya turun naik. Perasaan amarahnya kembali reda. Ariel mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung dengan lengan bajunya. Kemudian dia kembali tersenyum.

“Dah puas?” tanya dia dengan muka selamba. Dania diam.

“Kenapa kau tak melawan!?” tanya Dania pula tanpa menjawab pertanyaan Ariel. Memang bengong betul! Ariel cuma tersenyum. Hidungnya kemerahan. Tentu sakit!

“Sebab aku nak kau lepaskan segala-galanya” jawab dia. Dania tersentak! Nak kata bodoh, lelaki ni cemerlang dalam kelas. Tapi…

“Dahlah! Malas aku nak layan kau!” Dania segera bangun. Dia menepuk-nepuk seluarnya untuk membuang kotoran yang melekat. Dia segera meninggalkan Ariel…

“Dania!!” panggil Ariel. Dania berhenti melangkah. Dia menoleh…

“Aku akan sentiasa ada di sisi kau…!!” jerit dia.

‘Bodoh!’ bentaknya dalam hati. Dania segera meninggalkan Ariel jauh ke belakang. Dia tak mahu Ariel. Dia tak mahu lelaki yang lurus bendol macam Ariel!! Yang lembik dan tahu menyerah segalanya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...