RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 1



BAB 1

Dania sedang leka menampal gambar artis kesayangannya di dalam diari. Tak cukup dengan itu, segala koleksi kesayangannya seperti keychain, poster, cd dan sebagainya penuh dengan gambar lelaki pujaan hatinya itu. Siapa yang tak kenal dengan Arziril Ryan… nama yang gah di persada seni suara. Bukan sahaja suaranya lunak dan merdu, malah mempunyai personaliti dan wajah yang cukup memikat gadis-gadis remaja sepertinya. Kalau nak dibandingkan dengan artis yang pernah mencipta nama dan terkenal suatu ketika dulu seperti Anuar Zain, Jamal Abdillah, Kaer, Mawi atau siapa-siapa la… Arziril Ryan lebih terserlah bakatnya. Dari menyanyi, menari semuanya perfect! Kalah Rain penyanyi terkenal Korea tu.

“Dania…..!!! Ariel datang, ni!” jerit ibunya di bawah. Dania mengeluh. Malas betul dia nak berjumpa dengan Ariel Rashidi, budak lurus bendul yang selalu setia menemaninya sejak kecil. Kerana sifatnya yang agak jujur itu, dia gelarkan Ariel sebagai lurus bendul. Ikut je apa kemahuannya. Dania menyimpan diarinya di dalam laci lantas keluar dari bilik.

“Ha… apesal kau nak jumpa aku, ni!!!?” tanya Dania kasar ketika dia membukakan pintu pagar untuk Ariel. Lelaki itu tersengih macam kerang busuk. Meluat pula dia tengok!

“Alaa… aku bosan la duduk rumah. Tu yang datang sini jumpa kau…” ngomel Ariel dengan nada manjanya. Dania mencebik. Tak kuasa dia nak melayan budak lurus bendul ni. Dania segera masuk ke dalam rumah. Ariel hanya mengikut jejak langkah Dania.

“Dania, kita keluar nak, tak?” ajak Ariel penuh mengharap.

“Apa? Keluar? Dengan kau!? Tolong sikit… Tak mahulah!” tolak Dania sambil menyilangkan lengannya ke dada. Apa barang keluar dengan budak ni. Lain la kalau si Arziril Ryan tu yang datang mengajak aku dating… alahai… indahnya dunia ini…
“Alaa… Takkan nak dating kat rumah kau, je? Jom lah! Aku belanja kau tengok wayang, makan-makan, karaoke… kan best!” Ariel masih lagi tak putus asa mengajak Dania keluar. Dania berang…

“Eeee…. Rimaslah! Aku dah ajak kau masuk rumah aku ni dah kira bagus, tau! Jangan nak paksa aku boleh, tak!!?” bentak Dania tak puas hati.

“Dania, kenapa layan Ariel macam tu?” tegur ibunya sambil menatang dulang berisi dua gelas jus oren. Dia menjeling. Ibunya dari dulu lagi suka melayan kerenah si Ariel ni. Apa yang istimewanya budak ni dia pun tak tahu. Kalau tak kerana ibunya yang memintanya menjaga Ariel sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke kolej, jangan harap la dia nak melayan budak lurus bendul itu. Jangankan bercakap, pandang sebelah mata pun dia tak hingin!

“Wah! Sedapnya air oren ni…Pandai makcik buat” puji Ariel selepas dia meneguk satu gelas air itu dengan penuh rakus…

“Gelojoh la kau! Macam tak pernah minum bertahun-tahun…” perli Dania mengerut dahi. Ariel hanya tersengih memandangnya.

“Penatlah. Tadi aku berlari pergi ke rumah kau” jawab dia jujur.

“Siapa suruh kau lari, bengong! Rumah aku ni takde kaki nak lari dari kau!” herdik Dania pula. Ibunya menggelengkan kepala.

“Dania, cuba cakap baik-baik dengan Ariel. Ibu tak pernah ajar tau Dania layan tetamu macam tu!” tegas ibunya sekali lagi. Dania mendengus. Dia menekan punat remote untuk menukar siaran lain. Dari siaran ke siaran akhirnya sampai ke siaran yang mengiklankan konsert Arziril Ryan di stadium Merdeka yang akan diadakan tidak lama lagi. Dania mendekatkan dirinya ke peti televisyen. Mulutnya ternganga melihat kehenseman wajah si Arziril. Dah start berangan pulak dia…

“Wah! Hensemnye dia….” puji Dania apabila melihat wajah pujaan hatinya di televisyen. Ibunya dan Ariel saling berpandangan. Mata Dania tak kelip-kelip menatap wajah Arziril Ryan di kaca televisyen.

“Dania…” sapa Ariel.

“Diamlah! Tak nampak aku tengah melayan pakwe aku, ni!?” bentak Dania lantas menyambung kembali angannya itu. Ariel menggelengkan kepalanya. Begitu juga ibu Dania. Gadis itu betul-betul dah kemaruk dengan cinta fantasinya…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...