RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 30 September 2016

Dia lelaki paling OHSEM! 10


BAB 10
10 tahun yang dulu..
            Tuan Ezmair baring di atas rumput sambil memandang ke arah langit. Sesekali dia mengerling memandang Lara Rania yang duduk bersimpuh di sebelah. Sangat comel bila melihat Lara dengan rambut yang diikat tocang dua. Entah kenapa pertama kali bertemu dengan gadis ini, dia sudah jatuh cinta. Dari seorang gadis nerd yang memakai spek tebal, dia mampu mengubah Lara menjadi gadis paling comel di sekolah mereka.
            “You tahu apa yang buatkan I suka sangat dekat you?”
            “Apa dia?”
            Tuan Ezmair bangun dari baringannya. Lantas dicapai tangan gadis itu.
            “Sebab you seorang gadis yang tak pernah tunduk dengan kata-kata I”
            Lara Rania tersenyum. Namun senyuman itu hanya seketika sebelum senyumannya hilang tiba-tiba.
            “I tak suka kena buli..”
            “Ye, I nampak. Bila you kena buli, you memberontak. I nampak dekat situ..”
            “Kenapa you suka buli orang yang lemah? You dari keluarga orang baik-baik. Tak baik tau buli orang yang lemah. Tuhan marah...”
            “Buli orang mampu buat I hilang stress...”
            “Kenapa?”
            “I kan anak terbuang... Selalu dibenci oleh papa I sendiri. Papa I lebih sayangkan abang I dari I. Beliau selalu membeza-bezakan kami berdua. Dari kecil I yang selalu kena marah, jadinya I memberontak. Bila I buli orang, I puas! Alang-alang papa I dah benci, biar dia benci I atas kejahatan yang I lakukan..”
            “Kalau you benci papa you sekalipun, dia tetap papa you. Jangan jadikan orang lain sebagai mangsa. Tapi I faham kenapa you jadi begitu...”
            “Terima kasih....”
            “For what?”
            “For understand me....”
            “I nak you berubah. Terima kasih juga sebab you ajar I jadi orang yang baru...”
            “You deserved to be as what you be now..”  
            “Tapi I takdelah secantik gadis popular dekat sekolah kita ni..”
            “You can be the most beautiful girl after this. Trust me!”
            “Thanks Ezmair for motivates me. I trust you a lot!”
            Masing-masing tersenyum. Pegangan tangan mereka semakin kejap.
*****
            Sebaik loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula, Tuan Ezmair menunggu Lara Rania di tempat biasa. Mereka sudah berjanji untuk ponteng sekolah pada hari itu. Tuan Ezmair berjalan menghampiri tempat parking motosikal yang terletak tidak berapa jauh dari bangunan kelas mereka. Motor Kawasaki Ninja ZX-12R berwarna hijau pucuk pisang yang menjadi kegilaan remaja lelaki tatkala itu dicapai. Helmet yang disangkut kemas di sisi motosikalnya dibuka dan disarungkan ke kepala. Visor helmet dibuka.
            Enjin motosikal segera dihidupkan. Kedengaran bunyi enjin menggamit membelah kesunyian waktu persekolahan. Sengaja minyak dipress sekuat-kuatnya sementara menunggu Lara turun dari kelasnya.
            “Ezmair!” panggil seseorang. Spontan matanya memandang ke arah suara tersebut. Tuan Eidlan? Tuan Ezmair mendengus kasar. Meluat pula bila melihat anak kesayangan papanya itu mendekatinya. “Kau tak nampak ke yang kita kat dalam sekolah? Kau nak kemana pagi-pagi ni? Sekolah belum habis lagi kan?” sambung Tuan Eidlan lagi.
            “Kau nak apa? Kalau sehari tak mengganggu hidup aku tak boleh ke? Suka hati aku la aku nak pergi mana pun! Yang kau sibuk sangat ni apehal?” tempelak Tuan Ezmair kepada abang kandungnya itu.
            “Aku tak mengganggu hidup kau pun tetapi kau sendiri mengganggu hidup orang lain. Ini sekolah. Jangan buat bising dekat sini! Kau nak pengetua denda kau lagi ke!? Kau jangan nak buat pasal nak ponteng sekolah pula!” balas Tuan Eidlan tenang. Tidak sedikit pun terdetik di hati lelaki itu untuk membalas kata-kata adiknya yang kadang-kadang mencabar kesabaran dengan kata-kata kesat.
            “Tak payah nak tunjuk baik la dekat sini! Asal benda baik je semuanya dekat kau! Aku ni semuanya jahat! Kalau kau tu baik sangat, pergi la kipas bontot cikgu tu puas-puas! Kau ingat aku tak tahu yang kau tu selalu jadi tali barut cikgu. Kau tu yang selalu mengadu pasal aku dekat cikgu kan? Puas la hati kau sekarang?” perli Tuan Ezmair lagi.
            “Jangan menuduh aku sebarangan, Ezmair! Sejak bila aku mengadu pasal kau dekat cikgu?”
            Tuan Ezmair tersenyum sinis.
            “Tak payah nak tunjuk baik macam malaikat la dekat sini! Aku jelak dengan sikap pura-pura kau tu tahu tak!”
            “Kau sendiri yang terkantoi depan cikgu, bukan aku yang pergi mengadu! Lain kali jangan sesekali buli orang lain, takut nanti makan diri!”
            “Ah, pergi mati la dengan kau punya makan diri! Jelak aku dengar!”
            Sengaja pedal minyak diputar berkali-kali. Bunyi enjin motor semakin bingit sekaligus mengganggu suasana. Tuan Eidlan malas nak bertekak dengan adiknya itu. Makin diberi nasihat makin melampau pula. Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Helmet disarungkan ke kepala..
            “Hah, kau nak kemana tu? Ponteng juga ke?” perli Tuan Ezmair kepada abangnya.
            “Aku tak macam kau suka ponteng! Aku keluar kejap nak pergi ambil barang cikgu aku minta tolong!” balas Tuan Eidlan selamba.
            Belum sempat dia mengundurkan motor Suzuki GSX-R 1000 berwarna kuning hitam  itu keluar dari barisan motosikal, Lara berjalan mendekati mereka Kali pertama Lara Rania memandang Tuan Eidlan, jantungnya sudah berdegup kencang. Pandangan mata mereka bersatu. Namun lelaki itu hanya memandangnya seketika cuma sebelum melemparkan senyuman ke arahnya.
            “Huh whatever... Memang kaki bodek cikgu! Pigirah! Menyampah aku!” ejek Tuan Ezmair meluat.
            Sebaik enjin  motosikal Suzuki GSX-R 1000 kepunyaan Tuan Eidlan dihidupkan, segera lelaki itu berlalu meninggalkan mereka tanpa menoleh ke belakang lagi. Lara Rania agak terkedu bila melihat wajah Tuan Eidlan. Handsome gila!
            “Who is he?” tanya Lara Rania mendapatkan kepastian.
            “Who?”
            “Lelaki yang naik motor Suzuki tadi tu?”
            “Owh..” Tuan Ezmair tidak menjawab malah dia menghulurkan helmet pendua kepada Lara Rania.
            “You tak jawab soalan I..” pinta Lara lalu mengambil helmet yang dihulurkan.
            “His my brother!” tegas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Tuan Ezmair itu.
            “Oh really?”
            “Ye... kenapa you tanya?” soal Tuan Ezmair tidak berpuas hati. Agak pelik bila Lara bertanyakan soal Tuan Eidlan.
            “Takde apa-apa la. Just curious..” balas Lara Rania seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu. Sedangkan waktu itu hatinya sudah melekat kepada kekacakkan dan senyuman Tuan Eidlan terhadapnya.
            “You suka abang I ke?” teka Tuan Ezmair. Hatinya resah sekiranya Lara Rania yang disayanginya menyukai abang kandung yang dibencinya itu.
            “Eh no la! I just curious sebab nampak you berborak dengan mamat tu tadi..” jawab Lara Rania lagi dengan wajah yang yakin. Dia berharap sangat Tuan Ezmair takkan bertanyakan soalan yang sama terhadapnya lagi.
            “Ok, cepat naik. Kita ke Bandar Kuala Lumpur kejap ye?”
            “Eh? Macammana I nak naik ni? Tinggi sangat seat belakang ni..”
            “Alah, you kan pakai skirt dan stoking. Takde masalah kan?”
            “I tak selesa la!”

            “You ni banyak songeh la. Nanti kita pergi KL beli seluar panjang. So senang you nak naik motor I nanti. Dah cepat!” arah Tuan Ezmair lagi sekaligus membuatkan Lara Rania tiada peluang untuk berdalih. Kalau ikutkan hati, dia tak nak naik motorsikal jenis macam ni dengan Tuan Ezmair tetapi kerana nak menjaga hati lelaki itu, dipaksa dirinya untuk membonceng di belakang. Kalau motosikal jenis 250cc ke bawah takpe la jugak. Ini 1200cc. Menakutkan! Terpaksa la bontotnya menonggek sedikit. “Peluk I kuat-kuat! I nak ride laju ni!” pinta Tuan Ezmair sebelum clutch ditekan untuk menukar gear. Spontan Lara memeluk pinggang lelaki itu kuat-kuat. Bukan boleh percaya dengan si Ezmair ni! Kalau bawak motor sure macam pelesit. Takut-takut nanti dia pulak yang terbang ke belakang.

bersambung.....
--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...